Sunday, December 19, 2010

resistance

Bismillahirrahmanirrahim.

sudah seminggu duduk uia. dan esok adalah minggu baru. huh.huh. cepatnyaaa. kerja-kerja yang patut buat dan siapkan ada yang dah buat dan ada yang belum. buku sudah beli dan balut cantik-cantik, nota-nota sudah photostate, course outline lengkap semua cuma tunggu Dr.Belghit punya je belum dapat-dapat lagi, yuran tak bayar lagi walaupun duit scholarship JPA dah bank in. amanah orang suruh hantarkan nota tak buat lagi. tak extract lagi legal principle criminal law's cases sebab teruja speed reading buku family law. ahah. nanti kena soal dengan Dr.Baha baru-tau-sadisnya-kena-perli-pedas-pedas-depan-semua-orang. haishh, akrimi, kenapa-kamu-lambat-lambat-buat-kerja-ni. kata mahu jadi lagi rajin? ;))

Align Center

rasa-rasanya, kalau kerja tertangguh-tangguh, ada tak macam sakit hati dengan diri sendiri? ahah. ;) sungguh tak seronok dan memang tak seronok kerja bertangguh ni. tapi, masa mahu buat alasan macam-macam memang seronok.

  • eh, nantilah. nak tengok kartun Oggy & cockroaches ni dulu.
  • kejap lagilah buat assignment tu, alaa, minggu depan kan baru lecturer nak. kau ni rajin terlebih kenapa lahh..
  • eh, esok-esoklah..
lalu, bila sudah sampai masa kena hantar assignment dan kerja-kerja yang berderet-deret tu, mula lah. mahu marah-marah dan roomate kesayangan menjadi mangsa, terasa nak makan orang baru puas hati. habis semua barang berterabur sebab encik brain sudah pening-pening. haa, siapa yang susah, kan diri sendiri juga. marimari kita tinggalkan efekefek sedih ini dengan tak bertangguh lagi. ;)

mudah saja kalau tak mahu bertangguh, buat senarai kerja untuk esok siap-siap. contohnya,

  • tutorial constitutional law
  • pergi bank muamalat transfer duit untuk adik
  • bayar bil broadband kat celcom centre
  • pergi library cari case report
  • jumpa kak fadhillah ambil pendrive
  • baca buku 10 helai
selepas itu, haa, buatlah semua kerja-kerja yang di list kan tu. lepas dah buat, sukahati lah nak pangkah ke, mahu tanda right ke, mahu padam ke.akhirnya, senyumlah untuk diri sendiri sebab dah buat semua kerja. bahagiabahagia. ;) sebelum berangkat untuk tidur, tengok perancangan dan kalau ada yang tak selesai, berazamlah untuk selesaikan esok. muhasabah kenapa dan kerana apa kerja tak selesai. dan senyum lagi sekali sebelum tidur sambil jangan lupa ehemehem baca doa tidur.

'innamal a'malu binniat'. ingat, niat dan kesedaran paling penting. mesti bersungguh kalau diberi kerja. itukan amanah ;) sehebat manapun perancangan, sebesar manapun jadual harian tampal depan pintu bilik, kalau niat dan kesedaran malu-malu kucing tiada dalam hati, sedarlah, sungguh sukar untuk memperbaiki diri.


p/s : sungguh, peringatan ini lebih-lebih lagi untuk diri saya sendiri. ;)

Saturday, December 18, 2010

red velour in the velvet glove

Bismillahirrahmanirrahim



dear heart,

"it is your attitude not aptitude to determines your altitude"





Professor. Dr. Syed Ahmad Alsagoff
Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws, IIUM


Sunday, December 12, 2010

positive light

Bismillahirrahmanirrahim.












"life is not measured by the number of breath we take, but by the moments that take our breath away"



may it be another sweetest semester i ever had ;)







Monday, December 6, 2010

c'mon, it's a new chapter.

Bismillahirrahmanirrahim.





rendah diri itu ialah tawaduk. iaitu, merasa diri belum baik, lalu berusaha berterusan memperbaiki diri dengan melakukan banyak kebaikan. rendah diri itu juga bererti rasa tidak puas dengan amalan yang sedikit lalu berusaha menambah amal sendiri. rendah diri itu juga mendorong rasa sentiasa berdosa, lalu hati sentiasa merintih dan bertaubat kerana-Nya. dinukilkan dalam kitab ihya' Ulumuddin, seorang ahli sufi telah berkata: "biarlah aku sederhana pada pandangan orang lain, rendah pada pandangan diri sendiri dan tinggi pada pandangan Allah".

kata bijak pandai, "Tuhan tidak mencipta manusia bodoh, Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza".



salam maal hijrah! semoga hari-hari mendatang jauh lebih baik dari hari-hari yang dulu. insyaAllah.





you never know, i told you already.

Bismillahirrahmanirrahim.




after a very long voyage of hardship last semester,
one word describes me best.
alhamdulillah.


thank you Allah!
;)




Monday, November 29, 2010

sejernih telaga kauthar

Bismillahirrahmanirrahim.

suka dengan ayat ni ;)



"jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah. koreksi satu persatu kesalahan kita. jangan nafikan realiti. setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akui hakikat itu. ingat, kita perlu maafkan diri kita kerana kita juga perlu mengasihi diri kita sendiri"



meoww pun pandai iye muhasabah diri. kan meoww kannn.. kita?




p/s : percayalah, kita lebih kuat daripada yang kita sangka kerana Allah telah berfirman dalam Ali-Imran : 139 "jangan kamu merasa lemah dan berdukacita, sebaliknya kamulah orang yang tinggi jika kamu beriman" . be grateful to feel Him inside your soul. semoga kita beroleh bahagia. ;)


Sunday, November 28, 2010

when you think it's the hardest, think again

Bismillahirrahmanirrahim.

berlama-lama dalam cuti, itu, ujian bagi saya. bukan mudah tahu. saya harus pastikan saya akan bangun pagi seperti selalu sama seperti musim belajar. bukan lewat tengahari waktu encik sun letak payung cahaya atas kepala baru mahu bangun. oh, tidak manis, tidak manis orang perempuan macam itu. solat perlu terjaga waktunya, kerja dibuat, rumah berkemas dan bla,bla, blaa. heh. memang betul kata orang, menuntut ilmu itu antara masa yang kita hampir dengan Allah. subhanAllah, rasa rindu mahu pulang uia cepat-cepat. nanti mula lah tu, otak rasa-rasa macam ada karat-karat bila masuk semester baru. lepas itu, mahu faham bila baca buku tebal-tebal dan kes yang berjela-jela itu rasa macam kena makan buku baru boleh ingat. shuhh!shuhh! pergi jauh-jauh khayalan menakutkan ini.

maka, marimari kita semua menjaga hati dan brain biarpun sekarang musim cuticuti universiti.




seronok sungguh budak-budak cuti sekolah sekarang. boleh main kejar-kejar gelak-gelak sampai petang mak panggil baru balik. tapi, jadi orang besar lagi best. ahah. ujian juga ni tengok budak seronok-seronok gelak. rasa nak join lah. ;)



oh, cuti itu ujian. kenapa ye? sebab menilai susah senang ujian yang menimpa diri bukan dengan logik akal sahaja. tetapi perlu dinilai dengan mata hati. kalau kita menilai dengan menggunakan encik brain semata, lalu kita akan mula mencari alasan untuk tidak menghadapi kesusahan dan cabaran dan mahu main elak-elak dari menghadapinya. haa, itu yang waktu cuti nak tidurrrrrr sepanjang hari macam orang tak pernah tidur seumur hidup. mahu malas-malas mak minta tolong sidai baju beralasan itu ini, ayah minta tolong beli suratkhabar kata semua penerbit surat khabar cuti, adik merengek-rengek kita pergi tarik hidung dia kuat-kuat sampai nangis. ah, itu semua ujian kecil. itukan contoh-contoh ujian kesabaran. kalau yang kecil pun tak mampu kita buat, lalu, bukalah mata luas-luas dan sedarlah kita belum mampu menahan ujian yang lebih besar tanpa mengeluh.

hakikat kesusahan dan cabaran itu anugerah dari Allah. itu takdir. susah dan senang hendaklah dilihat dengan mata hati. rasa takut, susah, kecewa, sakit hati, bimbang dan mix up feeling itu signal bahawa keyakinan kita pada Allah makin nipis. pengharapan kita pada Allah tidak besar dan pergantungan kita pada-Nya tidak tinggi. lalu ini semua petanda konklusi bahawa hubungan kita dengan Allah belum cukup kuat. ya, belum lagi.

tapi, sedarlah juga bahawa sesungguhnya, perasaan-perasaan itu sebenarnya petunjuk daripada Allah yang memberi isyarat kepada kita untuk meningkatkan keyakinan dan merapatkan hubungan kita dengan-Nya. supaya kita meningkatkan kualiti ibadah agar iman kita turut meningkat.

"tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah, dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap sesuatu" (al-Taghabun:11)

muhasabah diri dan mohonlah agar kita tidak tergolong dalam golongan yang mempersoalkan itu dan ini setelah sesuatu yang tak kita jangka berlaku atas diri. ingatlah Allah tidak sama sekali menzalimi hamba-Nya. di sebalik ujian ada pengajaran dan kebaikan yang ingin Allah sampaikan. terpulang atas saya dan kamu untuk melihat. melihat dengan mata sahaja atau melihat bersama mata hati. pilihlah.


"it is not what happen to you that matters, it is what happen inside you that matters"



the thought came since you start questioning

Bismillahirrahmanirrahim.






imam al-Dhahabi dalam Tazkiratul Huffaz menceritakan ucapan seorang tokoh tabiin bernama Mutharif ibn al-Syikhir, "seseorang tidak boleh naik ke atas bukit lalu menjatuhkan dirinya sendiri dan berkata, 'ini telah ditakdirkan Allah'. akan tetapi dia harus sentiasa berusaha dan berhati-hati . jika setelah itu ia tetap ditimpa musibah, ia meyakini bahawa itu merupakan ketentuan Allah swt."




bukankah kita orang yang berfikir?







Tuesday, November 23, 2010

number two comes after one.

Bismillahirrahmanirrahim.

got the second tag from imah. mah!! mah!! kimi buat ni. haa, jangan denda kimi tahu! :))

these are the instructions:
1.put your music library on shuffle.
2.for each questions, you need to push next button to get the answer.
3.you need to put the song title as the answer to the question, no matter how silly it sounds! most of the times it seems to work though, strangely enough.
4.ok, go!


1. if someone says, "is this ok?" you say...
awaken-maher zain. are you dreaming? you know it's ok, sajelah tu nak tanya kan, ahah.

2. how would you describe yourself?
akustatik-the times. err. marimari menstatik kan diri! kalau nyamuk geget baru gerak-gerak. tetibe*

3. what do you like in a guy/girl?
kasih tak bersyarat-azhari. wah!! wah!! tengok, kimi tak letak syarat-syarat neh. acehh. [ padahal lagu ni lagu untuk ibu ;) ye. ibu-ibu diluar sana, saya post lagu ni untuk ibu-ibu semua ]

4. how do you feel today?
better in time-leona lewis. kena pulak kan* semoga hari ini lebih baik dari semalam insyaAllah ;)

5. what is your life's purpose?
yesterday-the beatles. em. life can be understood backwards kan? but it must be lived forward, yesterday was a lesson.

6. what is your motto?
permata untuk isteri-kopratasa. acehh!! semoga Al-rahman sentiasa memimpin hati dan jasad untuk jadi isteri dan ibu yang solehah, penyejuk hati suami. [ suka ulang-ulang lagu ni. tehee. ]

7. what do your friends think about you?
istimewa-indigo. wehuuu! sukasuka. yeke korang? dah!dah! akrimi, jangan perasan! ;)

8. what do you think of your parents?
adinda-lah ahmad. aiyoo, tajuk lagu ni kena mintak lah ahmad tukar jadi adinda kanda. baru kena untuk umi dengan ayah kan,kan.. love you both! ;)

9. what do you think very often?
footprints in the sand-leona lewis. one phrase dalam lirik lagu ni, "i promise you, i'am always there, when your heart is filled with sorrow and despair" ;) moga-moga hidup saya sentiasa menyenangkan orang. insyaAllah.

10. what is 2+2?
open your eyes-maher zain. hah, bakpo tutup-tutup mata gak. bukok, pahtu kelih gak sini, 2+2 jadi 4 lah. huk aloh.. ;))

11. what do you think about your best friend(s)?
dancing in the moonlight-top loader. hahah. bestie, kamu memang ceria-ceria sokmo kan. sampai menari-nari di bawah cahaya rembulan. ahah~**

12. what do you think of the person you like?
muhasabah cinta-edcoustic. mari menambah-nambah cinta pada Allah ye. boleh kan? ;)

13. what is your life story?
only hope-mandy moore. hopes and hopes. doa and doa. tawakkal. Biiznillah.

14. what do you want to be when you grow up?
the climb-miley cyrus. jangan pernah berhenti dan mengalah akrimi! berusahalah semampu mu. Allah lebih tahu. ;)

15. what do you think of when you see the person you like?
kerlipan cinta-rabbani. ada kelip-kelip terbang dalam hati. eiii,, kamu ni akrimi!

16. what will you dance to at your wedding?
i think i'm in love-mocca. errr? apo menari-nari nih imah oii? haha. wedding eden biaso jo. tak berkat neh kang. tetibe* in love, menari dalam mimpi lah kot. heh.

17. what will they play at your funeral?
suddenly i see-KT tunstall. sedekahkan al-Fatihah kalau saya pergi dulu. Allah lebih tahu. dan kalau ter-suddenly baru tahu, kirimkan doa juga buat saya boleh kan?

18. what is your biggest fear?
inspirasi hati-dehearty. aitt, tak takut pun. heee.

19. what is your biggest secret?
saranghanda myeon-yoon gun. tolong belanja cheese cake kat secret recipe untuk saya satu, pastu meh datang sini tanya secret gapo gak hok besar sangat tu. ahah.

20. what will you post this as?
can you hear me-lee seung chul. haa, dengar tak, dengar tak ni.. tipulah tu kalau dengar. baca dalam hati kan.. ahah.





p/s: ada lah jugak kena sikit-sikit dengan random playlist ni. ahah. thanks imah!! ;)


Sunday, November 21, 2010

buttercups alley

Bismillahirrahmanirrahim.







Muhammad bin Abdullah bersabda: "kebahagiaan manusia itu terletak pada tiga perkara, dan kesengsaraannya terletak pada tiga perkara pula. antara kebahagiaannya ialah memiliki isteri yang solehah" (kitab sahih al-jami')


bentuklah diri menjadi yang solehah kalau mahu didampingi yang soleh, kalau berimpian mahu punya keluarga yang penuh barakah. kita hari ini ialah kita masa hadapan. jangan menidakkan persediaan. bersedialah semampumu dan Allah lebih mengetahui diri kamu bila dan ketika saat sudah sampai masa untuk kamu. berserahlah dan ingatlah, andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. tetapi kerana fitrah wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. kita mahu menjadi bunga yang menghias sayapnya. kita mahu terus bersama-sama terbang dari indah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. bukan untuk masa dan bahagia yang sebentar cuma. pohonlah semoga Al-a'lim mempertemukan dengan orang yang tepat dan soleh. insyaAllah.


p/s : buat-orang-yang-hanya-Allah-jua-yang-tahu-siapa-itu, semoga bahagia dalam jagaan Al-Rahman. ;)



is that my name in the list?

Bismillahirrahmanirrahim.

got a tag.ok.ok.marimari kita buat ye. ;)


the questions are:

1. http://sof1an.blogspot.com di mata kalian.(belum tengok? sila blogwalking)
oh.this is my classmate's blog. it resembles the owner perhaps? ahah. you have a very good writing skills and do writes more on cerpen and cerita whatsoever coz it's great to read other people fascinating ideas ;)

2. nama blog anda dan kenapa letak nama tu.
wanderer of life. sebab saya sedang mengembara dalam hidup saya.

3. nama url blog anda dan dari mana datangnya idea tu.
http://langittasbih.blogspot.com entah. tiba-tiba rasa nak kasi nama tu. ahah. suka tengok langit. ;)

4. apakah method dalam penulisan blog anda.
air batu campur. taip saja apa-apa yang mahu.

5. apa perasaan anda bila lihat blog orang cantik dan menarik sedangkan blog anda tidak (kadang-kadang blog sendiri cantik tp.merendahkan diri).
err? tak de rasa macam tu pun. i just make it simple as simple as i am. yeke? ahah. apa yang nak disampaikan tu lebih penting.

6. bilakah blog anda diwujudkan.
february 2009. dah setahun lebih. kalau baby, dah boleh main jalan-jalan.

7.
siapakah orang yang pertama tahu dan menjadi follower blog anda?
sahabat yang sangat comel dan solehah, azimah rupilen ;) rindu enti...

8.
sila tag 5 nama lain untuk menerima tag tersebut dan forwardkan syarat-syarat ini.
em.kalau tak buat yang ini boleh tak? teheee. semua yang nak ditag sudah ditag orang lain.




Saturday, November 20, 2010

sky high return

Bismillahirrahmanirrahim.





Dear little sister,

Good luck for your upcoming final exam. Give all out! Do make Umi and ayah proud of you.

;)



catch a falling star

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya selalu berimpian dan bermimpi yang indah-indah. Maksud saya, berharapan yang baik-baik. Terima kasih Allah kerana beri saya ruang dan peluang untuk merasa betapa indahnya bermimpi yang indah-indah dalam hidup. Tapi, impian dan mimpi saya letak bersebelahan dengan realiti. Saya berpegang pada realiti hidup kerana saya tahu saya berpijak di bumi yang nyata, menghirup udara yang nyata dan merasa sang angin biar saya tak mampu melihat rupa sang angin.

Membiarkan realiti duduk baik-baik sebelah mimpi tak bermaksud saya mahu menghalang mimpi untuk di capai. saya akan biarkan mimpi jadi nyata kalau kenyataannya memang begitu. Tapi kalau mimpi itu kenyataannya tidak begitu nyata, maka saya biarkan realiti membayangi mimpi. Yang jelas dan hak lebih baik bukan?

Lalu, setelah semuanya, segala-galanya silalah serahkan pada Allah. Ini lebih indah.


bercinta sampai syurga



the second time.

Bismillahirrahmanirrahim.

Nikmat Islam dan iman itu nikmat terindah dalam hidup. Tapi, menurut pandangan saya, nikmat mendapat kasih sayang Allah itu juga indah. Dengan kasih sayang Allah lah, Allah beri kita nikmat Islam dan iman. No doubt.

Indeed,greatest gift in one’s life is getting Allah’s love. That is how life would be more meaningful. insyaAllah.



dear readers,

You can never find someone who can stand you the way you are, won’t push you away though how rude you are, give you everything that you are in need or so in need, or probably, He will always gives you everything although you might break your promises to meet Him five times in a day. You are late in your appointment to meet Him five times daily. In consequence, so bad, your heart is not really there when He is just so close to you. Your minds wanders away while your lips moving saying such and such to Him. He knows that you are not even understands what you are saying to Him five times a day, yet, when you have the liberty to ask something from Him at the end of the appointment, He is still willing to hear you and consider your wish. Ah, how ignorant we can be. How rude we can be. Allah is always with us huh. So bad, sincerity is not a good companion to heart.

See, Allah's love is unconditional. You can even reflect this in your real life. Only those, yes only, who really really love you can stand you though how annoying and bad your attitude, habits and antics. Thanks to Him if you can still feel Him in your heart. To feel His loves, to feel guilty when you are doing wrong, to feel thankful for whatsoever gift He gives, to feel bad when you lose your temper, to feel calm when you read the Quran, to feel and able to sense the world, to worry when you are so ignorance and lose your sensitivity towards ibadah and good deeds.



"dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. sesungguhnya Allah benar-benar maha pengampun lagi maha penyayang" (an-Nahl : 18)

Thursday, October 28, 2010

roundy face rabbit eat potato.

Bismillahirrahmanirrahim.








alhamdulillah ;)


"most successful men have not achieved their distinction by having some new talent or opportunity presented to them. they have developed the opportunity that was at hand"
Bruce Barton






Sunday, October 17, 2010

the unjustifiable say hello, just smile.

Bismillahirrahmanirrahim.

sekarang sudah dalam fitrah final exam. oh! cepat sungguh! lalu bangun pagi-pagi buka tingkap dan biar angin pagi hembus-hembus ke muka. merasa senang dengan sang angin itu maksudnya senang juga dengan Allah. buka buku dan baca. baca lagi dan faham. faham dan ingat. insyaAllah. tapi, entah kenapa, sekarang ini susah sedikit-sedikit untuk menghafal dengan baik. heh. memanglah, keropok encik potato lah kamu makan, sekejap rasa mahu makan maggi mee selepas itu teringin nak minum air yang ada gas-gas itu. walaupun boleh bilang dengan dua jari saja saya makan itu-itu semua, kesannya seakan besar pula menimpa cik brain. kasihan sama cik brain. makan kismis tujuh biji hari-hari pun entah ada efek entah tidak. ahah.

ah, biarkan akrimi dengan makan dan minumnya. sekarang fitrah exam. oh, takut juga kalau difikir-fikir sampai seratus kali. hari sabtu dan ahad memang bahagia. dapat belajar dan siapkan kerja-kerja yang bertimbun dan bersusun. entah kenapa, tiba-tiba rasa rindu. eh,eh,. ini rindu lah .. rindu pada mahallah. kenapa-mesti-rindu-mahallah-yang-memang-sedang-tercongok-depan-mata-ni. haishh. rasa rindu bila teringat cuti semester 3 minggu nanti mahu buat apa. oh! final exam pun belum kamu buat mahu fikir cuti pula. ahah.








insyaAllah, final exam yang tidak lama lagi itu, kita hadapi dengan tenang ye kawan-kawan. mohonlah agar dipermudahkan segala urusan, dikurniakan semangat yang tinggi, tidak mudah dihinggap encik putus asa apatah lagi mudah merasa senang bila kita kata-kita ini sudah terer lah konon-kononnya. heh. musim-musim exam ini, perlu diingat, emosi mudah terganggu. haishh. kalau ditimpa musibah, ya, jangan lupa kendalikan dengan iman dan bukan dibalas dengan emosi yang entah apa-apa itu. ah, saya katakan ini pun kerana ramai yang datang dan mengeluh betapa lelah dan letihnya kendalikan belajar dan masalah-masalah lain yang muncul tiba-tiba. oh! saya juga ada masanya merasa lelah dan letih. saya juga pernah rasa putus asa. tapi, kalau kawan-kawan merasa sukar, maka saya perlu pinjamkan sedikit kekuatan dan kesabaran yang saya ada. ah, andai saja saya boleh gembirakan semua orang. seronok jugakan. ini fantasi. maka, maafkan saya kiranya kawan-kawan mahu datang dan bercerita pada saya tapi u-turn-tak-jadi sebab muka-saya-waktu-itu-seperti-perdana menteri-memikirkan-masalah-negara. hoh.

musim exam ialah musim menambah cinta pada Allah. musim-musim lain juga. Allah beri kita merasa betapa sukarnya menuntut ilmu kerana Allah sayang kita. kata seorang ahli hikmah, Ibn Ataillah Askandari, "sesiapa menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hatinya".

jom, jom!! tambah amalan dan tambah buku-buku untuk kita baca-baca setiap hari. ha, exam dah dekat ni. takut tak? takut, mari-mari buka buku jangan malas-malas. bittaufik wannajah!

Sunday, October 3, 2010

it's october.

Bismillahirrahmanirrahim.




dear love ya Rabb,
thanks for everlasting love.


"semoga dengan bertambahnya umurku, maka bertambahlah amalanku"
insyaAllah.






nota-kaki: terima kasih adik awin for your post.
sayang kamu!

Friday, October 1, 2010

sweet greenpeas.

Bismillahirrahmanirrahim.

  • for today and tomorrow, i will give glory to Allah as Allah always walks with me and watching me with countless blessings. He gave the chance for me to breath and feel the wind. the beautiful scenes and people. to read law as i need to strives for the best in making a better future. a future for my family. and a future for my future family insyaAllah. meet friends and learnt from them.
  • for today and tomorrow, i want to thanks umi and ayah for loving me as they do. growing up isn't easy. and i'm sure that there were times when they wondered what spaceship dropped me off. thank you for seeing me through all the tough times and the unconditional love as well. i love you both!
  • for today and tomorrow, i will be happy. Abraham Lincoln once said, "most folks are about as happy as they make up their minds to be". happiness is a matter from within. it is not a matter of externals. if it is so, then its never last longer.
  • for today and tomorrow, i will strengthen my mind and learn something useful everyday and everytime i walks through time. i will make use the brain Allah grants me to think with effort and concentration. may i be a person which praise and thanks Him all the time.
  • and i'll be unafraid. unafraid to face this hard life, to enjoy what is beautiful and to love and has mercy. to believe those i love.





with love,
langittasbih.

Friday, September 24, 2010

a cup of hot black tea.

Bismillahirrahmanirrahim.


Allah grant me the serenity to accept all things in life i can't change, to have the courage to change the things i can and grab the wisdom to realise how different it would be.





i am a big girl with big dreams. it comprised all together like a complete cup of hot black tea with the lovely aroma. i believe that each of us is unique. yes, in our own way. when we came into this world, we were given the talents, intelligence and conscience to guide us in the right direction and an opportunity to use all these just how we want to use them. there is no one who can take this right away from us. (in an exception, obligation to follow the fitrah and syara'. based on revelation of Quran and sunnah of course)

i can become whatever i choose to become and so do you. when i do things that i don't like, i don't like myself for having done them. sometimes, the thought came. in a nice way saying i can't be good at all time or i can't be perfect at all time. it's true right? but, yes. it's our responsibility to correct things which are wrong as soon as possible and get back on the straight and narrow path of being a better part of me. or a better part of your owns. as Allah has mention in His book of guidance, al-Quran that he create us as the most perfect creation. you are the traveller of your life. choose the journey which brings you to the right destination. insyaAllah, Allah is always on our side.

being successful and happy are all kin to each another. oh. and being rich too. rich is not all about money. you can even be the richer man on the earth but still as poor as a mouse for if you are not happy what good does with all the money you owned. life is like water i might say. we seek our own level. being successful both in this life and hereafter is within the reach of us all. we are today because of the sum total of the choices we made up to this point in our lives. if we really want to do something, than yeah, follow the formula and all the ingredients. it might takes some time. just remind yourself to keep the istiqamah and doa together with tawakal. there is a way. it will always has a way. believe and keep the faith. insyaAllah.


langittasbih.

Friday, September 17, 2010

roses will never turn daisies. and you know it.

Bismillahirrahmanirrahim.






it's not anyone who want me to make this decision.
but, Allah tells me so.









langittasbih.

breath easy, it's a flashing light.

Bismillahirrahmanirrahim.







dear love ya Rabb,
i need medicines, and i really do.




langittasbih.

Tuesday, August 31, 2010

exactly

Bismillahirrahmanirrahim.






"iman yang benar, buahnya amal soleh. senanglah dengan hatimu andai kamu punya iman menuju Allah yang bukan sekadar iman yang tersimpan dalam hati, angan-angan atau niat baik tanpa amalan"

senanglah dengan hatimu, dan risaulah dengan hatimu.
agar kamu sentiasa tahu, kamu menjaga 'qalb' (hati) yang sifatnya berbolak-balik.




wallahua'lam.
langittasbih.

Friday, August 20, 2010

you will certainly get there.

Bismillahirrahmanirrahim.

hidup itu anugerah. ya, itu juga yang selalu ada dalam fikiran saya. anugerah yang bagaimana? yang bakal buat kita jauh dari Tuhan atau yang lebih dekatkan kita dengan Tuhan? pilihan selalu ada. yang memilih ialah saya dan kamu. benar, Allah yang telah tentukan. telah tertulis di luh mahfuz, tercatat dalam qada' dan qadar. tapi bukankah Allah telah beri kamu kitab-Nya buat ingatan hati dan akal?

agaknya memang sudah ramai tidak tahu hidup ini anugerah Allah. sudah lupa. lalu, hari-hari baca surat khabar, hari-hari buka berita TV, maka cerita yang sama juga keluar. ramai sungguh bayi kecil yang comel-comel dibuang merata-rata sesuka hati ibu dan ayahnya yang berbuat dosa. yang seperti layaknya bayi-bayi ini seakan sampah yang boleh saja dicampak sana dan sini. oh! tiada belas dan kasih kah dalam hati? bila sudah terlalu banyak cerita yang seperti ini, saya jadi senyap dan tidak mampu kata apa-apa. ah, kalau akrimi sudah jadi senyap seperti itu, itu tanda kekecewaannya melebihi segala perkara. sudah tidak tahu bagaimana mahu marah dan sedih...



"sesungguhnya Kami ciptakan insan itu dengan sebaik-baik penciptaan" (at-Tin:4)

wah! lihat. Allah sudah sebut dalam Kitab-Nya kita ini sebaik-baik penciptaan. sebaik-baik yang maknanya tiada lagi yang lebih baik dari manusia. lebih baik dari apapun hingga malaikatpun Allah perintahkan mereka untuk sujud pada nabi Adam. tidakkah itu hadiah? bukankah anugerah namanya itu?

bayangkan kalau Allah ciptakan kita jadi batu di jalan tar, maka seperti apakah hidup kita? dipijak dan disepak orang sesuka hati. hidup seperti itu hingga air hujan yang saban tahun turun menghakis kita. atau kalau kita ini jadi ikan. yang akan tersangkut kesakitan di mata kail dan bakal digoreng dalam minyak panas. apakah yang seharusnya kita rasa?

namun, tidak semua mampu berfikir jauh tentang hidup. lalu hidup ini bukan lagi anugerah. hidup ini bebanan. bebanan hingga mahu pergi tarawikh dan solat jemaah pun mahu berkira. mahu berpuasa wajib bulan Ramadhan pun hanya kerana itu termaktub dalam rukun Islam, kalau tidak sudah lama makan dan minum suka-suka hati. lalu harga diri yang pada awalnya Allah letakkan kita sebagai makhluk terbaik diciptakan-Nya hanya pada nama. kita tidak tahu hidup ini anugerah dan ibadah. lalu kita lemparkan jauh-jauh rasa syukur dan redha pada segala rahmat dan ketentuan-Nya dari dalam hati dan jasad.

marilah kita kembali kepada Allah terlebih dahulu sebelum Dia benar-benar memanggil kita bila sudah tiba waktunya. ah, saya sendiri tidak tahu yang dapatkah saya kuatkan iman dan diri bila waktu saya untuk dipanggil sudah tiba, atau masih cukup kuatkah saya bila sudah sampai masa ayah dan umi dipanggil bertemu Allah. masih kuatkah saya, seperti yang saya selalu beritahu hati saya agar kuat dan tabah bila yang saya kasihi dan sayangi pergi jauh dari penglihatan saya. saya harap saya masih kuat seperti yang telah saya beritahu hati saya.oh!

p/s: saya hanyalah manusia biasa yang berharapkan kebaikan dari penyampaian saya, dan mengharapkan kebaikan dari mereka yang sudi membaca. semoga kita semua mendapat kebaikan dari Allah swt. insyaAllah. semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya.

Monday, August 9, 2010

the full pocket.

Bismillahirrahmanirrahim.


ahlan ya Ramadhan!


daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah saw telah bersabda, "sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, nescaya akan diampuni segala dosanya yang telah lalu" (riwayat iman nasai'e, ibn majah, ibn habban dan baihaqi)





Saturday, August 7, 2010

beautiful butterfly, marriage is sunnah.

Bismillahirrahmanirrahim.



berbual-bual dan gelak-gelak dengan Nadzirahrahimah pagi tadi. itupun, cuma selepas siapkan group assigment yang tak pernah mahu pergi main jauh-jauh, dan suhada perlu pulang cepat-cepat untuk ke study circle di Kulliyyah of Education.

sedang kemas-kemas buku yang sepah-terabur-terabur atas meja study, tiba-tiba brain beri signal. saya teringat satu benda ini.

"haaaa! nadz! kata mahu cerita hari tu pergi seminar perkahwinan. lupalah tu". saya senyum-senyum pada nadzirah. dan nadzirah jeling-jeling senyum-senyum pada saya. kata nadz, "yelah-yelah. cerita lah ni". sedia-sedia. nadzirah sudah mahu cerita ni.

.....
.....
.....

ok.tamat sudah cerita nadzirah. nak tahu? tanyalah cik nadzirahrahimah sendiri. ahah.

maka, cerita nadzirah saya simpan baik-baik untuk peringatan hati. untuk pandangan masa depan yang lebih baik. acehhhwah. cuma, saya boleh kata, Allah sudah tetapkan jodoh saya dan kamu. berdoalah dan mintalah baik-baik. sepertimana kamu, maka seperti itulah jodoh kamu. sebab apa? Allah sudah beri peringatan dalam Al-Nuur :26. ayat perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya itu bukanlah ayat tentang qada' qadar Allah yang jelas. tapi lebih pada peringatan untuk kita agar menjaga diri dan iman agar jodoh kita juga orangnya begitu. silalah jelas tentang ayat itu yang Allah turunkan kerana kisah Siti Aisyah yang difitnah.

kalaupun bukanlah orang yang baik, maka Allah jua lebih mengetahui. dan ya, saya tinggalkan yang buruk-buruk dulu, yang merosakkan hati kerana saya cuma mahu menjaga diri, mendidik hati, menghias peribadi. maka, salahkah saya? saya hidup bukan untuk hari ini saja. saya akan dihidupkan lagi bila malaikat Israfil tiup sangkakala buat kali kedua.

dan, kepada-bakal-suamiku-yang-hanya-Allah-jua-yang-tahu-orangnya-itu, saya doakan kamu sentiasa tenang dalam kasih sayang Allah. dilindungi dan dirahmati-Nya. insyaAllah. tapi, katakan saja jodoh saya tiada, saya mahu jadi seperti RABIA'TUL ADAWIYAH yang hidup dan cintanya hanya pada Allah. bolehkan? tidak salahkan saya mahu berimpian yang baik-baik?

p/s : istikharah lah sahabatku, sayangku!

you know what prayer is, aren't you?

Bismillahirrahmanirrahim.



saya suka benar pada tagline muka depan solusi isu 22.

tulisnya,

"berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta, kerana tanpa diberitahu pun, Allah sedia mengetahui. Doa ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya"



benarkah kita tahu apa itu doa?

she is adorable.just like usual.

Bismillahirrahmanirahim.

teet..teet..

1 message received
adik awin

"kaklong, qoute of the day pleasee"

"nak qoute of the day.macam tak semangatlah harini"

"cakaplah quote apa-apa"

pagi-pagi lagi adik awin sudah ganggu kaklongnya dengan quote dan quote-quote. selalu pula tu. eh.eh.tak ganggulah. kaklong sayang awin! ahah. maka kaklong akan beri apa saja quote yang sedang berputar-putar dalam brain. kadang-kadang kita reka-reka sajalah quote. agak-agak sedap dibaca dan bolehlah dikategorikan sebagai pemberi semangat, maka kaklongnya akan me-reply mesej sepantas panahan uncle Robinhood. (itupun kalau ada kredit dan ter---perasan rupa-rupanya ada mesej masuklah!). maklumlah, kata kawan-kawan, "kimi ni suka tak balas mesej" "kimi ni kenapa telefon tak angkat-angkat ni" blaaa..blaaa.. betul ke kamu orang saya macam itu? duh!! maaflah. bila encik henset di-mode-silentkan, encik henset bagaikan kepit kuku yang hanya berguna bila mahu kuku diketip saja. heh.

eh.eh. u-turn balik cerita tadi.adik awin.

adik awin kata, "susahlah belajar kaklong". belajar susah? mari sini tunjuk sama kaklong belajar untuk jadi orang berjaya dunia akhirat mana yang tidak susah. mari sini tunjuk sama kaklong. lalu, kaklong pada adik awin yang the one and only ini akan beri nasihat panjang lebar yang pada rasa-rasa saya perkataan sama juga yang diguna setiap beribu masa nasihatkan adik awin. oh! Allah beri tanggungan itu pada kamu, kerana kamu mampu. mungkin itu ujian. mungkin itu rahmat. maka, jawapan nya mudah. waktu senang dan susah kebergantungan hanya pada Allah. senang bukan? haaa,, wahai adik awin kaklong yang cantik budi pekerti, jangan mahu mengada-ngada fikir-fikir negatif tentang diri tahu.

dan, eh. ramai pula kata adik awin macam kanak-kanak ribena. ahah. kaklong tak kata. orang yang kata. tapikan, kaklong rasa taklah sangat. kadang-kadang ada jugalah elemen kanak-kanak dutch lady 123 tu.heh. ah, adik awin tetap adik. kalau sudah adik tu, adik lah juga. tapi kira saya, adik awin matang dalam berfikir. tapi adik awin bukan orang yang mudah tunjuk perasaannya. adik awin tahu menjaga pergaulannya dengan lelaki ajnabi. dan kaklong sangat hormat itu. adik awin tahu jaga auratnya tanpa disuruh-suruh. adik awin lebih baik bacaan al-Qurannya dari kaklong. adik awin boleh betulkan tajwid kaklong tanpa lihatpun al-Quran itu. (oh, ini semua jasa ayah yang jadi ustaz tetap kami belajar al-Quran. cara bacaan, makhraj huruf dan tajwid. terima kasih tau ayah!) ☺ oh! andai saja saya sebagus itu!

ah, rindulah kat adik awin. (haa,, sukalah tu..kaklong cakap macam ni) haha.kita jumpa minggu depan ye. boleh berbuka dan sahur sama-sama.

=)

Saturday, July 24, 2010

courage to persist on, bring me closer.

Bismillahirrahmanirrahim.

sekarang musim-cinta-tuntut-ilmu-kerana-Allah. insyaAllah. lalu, harapan meninggi agar Allah juga mudahkan segala jenis urusan. untuk terang hati bila diajar muallim. untuk bersih hati agar mudah menerima kefahaman yang jelas. untuk cantik hati agar sentiasa berbaik-baik dengan semua orang. ya. semua yang cantik-cantik. lalu, sekarang juga musim-menambah baikkan amalan yang kadang-kadang on-off juga. duh!! (seharusnya yang ini-ini tak perlu bermusim pun. bagus benar kalau istiqamah selalu jadi nakhoda terbilang memandu hati). baik. tak mahulah tulis-elaborate-cerita-panjang-panjang. motif sungguh!




langittasbih.

Thursday, July 8, 2010

my mind talks with hijab outside.

Bismillahirrahmanirrahim.

pada rasa-rasa hati saya, bacaan ini lebih seronok dibaca orang perempuan. orang lelaki tentu saja nanti rasa bosan. biasalah, ini cerita tentang tudung-tudung. bukan tudung saji buat tutup lauk-lauk sedap tengahari tadi daripada serangan puan lalat dan encik cicak. tapi tudung di kepala ye. oh ya, no offence. silalah teruskan bacaan kalau mahu. heh.

zaman 90-an dulu, (macam lama sangat pula) tidak pernah ada di pasaran pun tudung-senang-main-sarung-je. kalau zaman sekarang ini, baby umur 9 bulan yang comel-comel-comel pun sudah boleh bertudung. selalunya waktu hari raya sajalah. mahu bergambar lah katakan. waktu yang lain, tidak terlarat pula si ibu nanti mahu membasuh tudung si baby yang suka comot-comot kalau makan dan minum. masa saya kecil-kecil molek dulu, saya tidaklah dari umur 7 tahun sudah bertudung. tapi, memang sungguh-sungguh ingat tudung pertama saya warnanya biru laut dan berbunga batik warna merah jambu. sangat cantik. kainnya lembut dan dibeli oleh ayah di Pasar Seni Kuala Lumpur. oh, sebab itulah tudung itu bercorak batik. masa itu baru 5 tahun.

bila sudah besar sedikit, umur sudah menginjak angka 10, ayah beri arahan untuk memakai tudung lebih-lebih lagi kalau pulang ke kampung. kaum sepupu pula ramai lelaki dan mereka itu bukan muhrim. jadi, no free hair ye kaklong dan adik awin!. (kadang-kadang saya ber-free hair juga) tapi, biasalah, kecil-kecil nakal dan degil. maka, saya hanya memakai serkup sahaja kalau balik kampung atau ada orang datang rumah. ya. hanya berserkup. ya Allah. kelakar sungguh kalau diingat semula. macam makcik-makcik. haha.

berserkup lebih senang dan praktikal kira saya pada masa itu. maklumlah, kalau sudah bermain tidak ingat dunia. berbasikal pusing-pusing depan rumah dan waktu maghrib dipanggil suruh mandi baru pulang. tambah lagi, kalau kaum-kaum sepupu menggoda untuk pergi main lecak dan hujan. waktu senja waktu semua orang dalam rumah mahu siap-siap solat, gatal mata pula mahu intai kelawar dari balik pokok pisang di luar rumah. korek tanah sampai berlubang-lubang untuk main congkak berbuahkan biji celagi. ah, macam-macam. lalu, tudung atau serkup lebih selesa untuk bermain? tentu saja saya pilih serkup. haha. tapi, kebiasaan tamat bila sudah darjah lima. tudung yang harus dipakai. barulah tepat kriteria bertudung. (kata ayah). maka, pulang ke kampung dan bermain bersama sepupu-sepupu wajib bertudung dan bukan lagi serkup. itu sudah jadi kebiasaan untuk diamalkan. bertudung, memakai baju lengan panjang hatta bersama sepupu sendiri. apatah lagi itukan perintah Allah. kenangan. lambatnya baru bertudung betul.

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka….." ( An-Nisa' : 30-31)

sekarang, bila masuk universiti, entah kenapa susah pula mahu cari tudung yang sesuai. banyak karenah pula ya kamu akrimi. bila sudah mula pakai tudung bidang 60' jualannya kurang sedikit dipasaran. kalaupun ada, kainnya banyak yang bercorak dari yang kosong. (tidak kisah sebenarnya corak atau tidak). tapi, kalau baju sudah bercorak takkan pula tudung bercorak simpang siur sana sini. macam apa pula nanti. kalau baju kain kosong itu tiada masalah. kain tudung bawal pula kainnya jarang. nampak bayang-bayang tengkuk. kalau mahu juga pakai, perlu memakai inner tudung (tudung sedikit singkat dan kecil) di dalam untuk tutup leher. sedikit panas. tapi mahu buat macam mana. maka, tudung bawal memang tidak menarik perhatian tapi sulamannya memang menarik perhatian. heh.


ini contoh tudung 60'. sumber dari sini.

bila mahu masuk semester baru minggu depan, rasa mahu saja beli tudung banyak-banyak. oh. tidak bagusnya membazir. tudung yang ada rasanya sudah cukup dan umi ada beli sehelai dua yang baru. maka, pakai saja apa yang ada. lagi pula, semuanya masih elok. jadi, kawan-kawan semua, berfesyen baju dan tudung baru sempena semester baru yang katanya, "barulah semangat" tidaklah amat penting. yang amat penting, jiwa dan azam yang baru, kuat, bersungguh, dan tak mudah putus asa. selamat memperbanyakkan amalan dan ibadah!!


Monday, July 5, 2010

when you're talking about love.

Bismillahirrahmanirrahim.

oh ya. ini bukan 'when you're talking about your love' ,you-know-what. ehem.ehem. lalu, semua terasa semangat mahu klik post ini dengan harapan yang juga-tidak-diketahui penulis. tapi ini cerita-cerita cinta pada Yang Mencipta saya dan kamu. cerita yang ini lebih manis-manis dan indah kan.wahh! wahh! macam mahu main terbang-terbang bawah langit atas bumi pula rasanya. (entah kenapa saya minat benar untuk terbang-terbang. tapi bukan dengan menaiki gergasi besi yang dibawa si pilot yang kononnya kacak bergaya itu. cukuplah boleh terbang secara automatik lalu terasa angin lembut dan nyaman sambil sentuh burung-burung yang terbang) heh. harapan.


seronoknya terbang.

bangun pagi-pagi, buka mata dan masih bernafas. alhamdulillah. Allah panjangkan lagi usia. untuk lihat muka umi dan ayah. untuk kutip banyak-banyak rahmat yang Dia beri. sayang sungguh Allah pada saya. pada kamu juga. tapi kalau Allah tarik nyawa kita, saat kita sangat-sangat tidak dapat jangka, bagaimana? oh, itu juga sebab Allah sayang sungguh-sungguh pada saya. dan kamu juga. sesungguhnya Dia mengetahui, tapi kita tidak. Allah selitkan nota-cinta-hikmah pada lipatan-lipatan rahmat dan dugaan. ada nota dari-Nya yang kita faham dan ada yang tidak. ah, kita ini kan manusia biasa-biasa. jauh manalah sangat jangkaun fikiran. lalu, sebab itu adanya perintah untuk tidak berfikir pada zat Allah. tapi fikir dan hadamkan kehebatan ciptaan-Nya.

Allah sayang saya. Allah sayang juga pada kamu. tentunya. maka, tanyalah pada diri, adakah cukup sayang kita pada Allah yang Maha Penyayang? cukupkah cinta kita pada Dia? benar-benar hebatkah cinta kita itu lalu kisah cinta Shah Jahan dan Mumtaz Mahal awal-awal lagi kalah. tidak lupa juga, Romeo dan Juliet menangis kerana ada kisah cinta yang lebih hebat dari mereka.

kita kata kita sayang Allah. ya. dengan menjaga solat. mengikut segala prinsip-prinsip yang tertulis pada rukun iman dan Islam. berbuat baik pada semua orang. dan ada yang berkata, 'saya masih sayang Allah, biarpun saya ini kadang-kadang berbuat dosa. saya manusia biasa'. oh, kalau yang ini, ya, ini urusan mu dengan tuhan mu. tapi, bagaimana ya, mahu rasa yang kita ini sayang pada Allah. pada Rasul?

kamu suka tak dengar lagu-lagu Maher Zain? saya suka! lagi-lagi lagu Always Be There. lagu yang mengingatkan kita pada Allah, pada Rasul, pada semua. ulang dan ulang pun tidak bosan. saya suka pada Maher Zain. biarpun saya tak pernah bersua muka dengan encik Maher zain ini. ya! seperti itulah bandingannya dengan cinta kita pada Allah. ( walaupun nisbahnya jauh sekali). dan, kita tak pernah bersua dengan Allah, tapi kita sayang pada Allah. kita tak pernah jumpa Rasulullah, tapi kita sayangkan Rasulullah yang sungguh baik hatinya itu.

Encik Maher Zain

untuk sayang dan cinta pada sesuatu atau seseorang, tidak semestinya kita perlu bermula dengan berjumpa. cukuplah dengan melihat dan mendengar dan juga mengetahui kehebatan serta kualitinya, sudah cukup untuk merasa suka dan senang. contohnya, kamu mendengar betapa hebatnya Khalid al Walid, dan kamu mengaguminya. kamu tahu Nelson Mandela itu sungguh bersemangat dan kamu mengaguminya biarpun kamu tak pernah berjumpa pun dengannya. lalu, hidangkanlah hati dan dan akalmu untuk lihat keindahan dan kehebatan ciptaan Allah. kamu merasa cinta-Nya. dan juga, banyakkanlah membaca dan mendengar kisah sirah Rasulullah. agar bertambah cinta kita pada Rasul Terakhir itu. takut-takut, kalau cerita drama slot akasia di TV3 yang lebih kita minati, maka, yang lebih kita kenal ialah pelakon-pelakon drama dari kita mengenali Rasulullah. nauzubillah.

“Katakanlah (wahai Muhammad):"Jika kalian benar-benar mencintai Allah, maka ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kalian. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Ali Imran:31)




p/s : jom!!jom!! lebih-lebihkan sayang kita pada Allah dan Rasul. dan semua orang. saya menulis ini, dan saya menegur diri saya sendiri sebelum saya menegur orang lain. langittasbih.

Wednesday, June 30, 2010

which one is you?

Bismillahirrahmanirrahim.




buat peringatan hati,

nafsu mengukur wanita itu cantik atas dasar rupanya,
akal menilai wanita itu cantik atas dasar kepintarannya,
hati menobatkan wanita itu cantik atas dasar keteguhan imannya.




"sesungguhnya dunia itu adalah keindahan semata, dan sebaik keindahannya adalah wanita solehah" (hadis riwayat Muslim)





Tuesday, June 29, 2010

i stare.

Bismillahirrahmanirrahim.



" you can know the name of a bird in all the languages of the world, but when you are finished, you will know absolutely nothing whatever about the bird. so, lets look at the bird and see what it is doing, that is what counts. i learned very early the difference between knowing the name of something and knowing something "





Richard Feynman, 1918-1988.

Sunday, June 27, 2010

afiqah ashari a.k.a chaa

Bismillahirrahmanirrahim.

post ini untuk chaa. tapi, orang lain nak baca boleh juga





dear chaa,

this picture was taken around 2009. i know its quite an old one kan chaa. but, kak just love it lah (:

chaa ingat tak masa ni? masa ni hari sabtu kot. dan, chaa telah berjaya mengajak kak dengan jayanya ke library. oklah. library. not bad. study dalam bilik pun, jadi tak berapa nak study. haha. biasalah hari-hari cuti ni kan selalunya kita malas keluar. duduk je dalam bilik. pergi pun waktu petang. dahlah sabtu tutup pukul 5. sekejap je lah kita pergi kan. sampai-sampai je, chaa was like, ' kak kita duduk kat level law student lah. tak mahu duduk tingkat bawah, boleh tak? ' and ' lah, boleh je chaa. ramai je budak-budak course lain duduk kat level law tu. alah, chaa macam tak biasa pulak '. kak tak ingat lah chaa senyum ke gelak-gelak masa tu.

-----------------------------------------------

sampai-sampai, buku masing-masing pun dibuka. kak buat assignment. chaa buat apa ye? poetry? drama? ke literature ye? heh. kak pun tak ingatlah. buka buku baru berminit-minit dan.. 'eh,kita webcam nak?' 'ha,boleh juga' snap!snap!snap! dan snap! dapatlah gambar kat atas tu. masing-masing larikan muka sebab nak tergelak-gelak. ok apa. dapat suku muka. haha. punyalah sopan gelak. tertahan-tahan. dah tu, duduk library. kalau terkuat gelak, officer kat library tu jeling kita. haru tahu nanti. akhirnya, homework kemana. assigment kemana. lepastu terasa nak online lagi. heh. memang bagus benar trip ke library tu. kak kalau teringat 'peristiwa' ni mesti dah teringat muka chaa yang tersengih-sengih tu. (:

-------------------------------------------------

chaa, lama dah tak tangkap gambar kita dua. acehh. haha. sem lepas susah benar nak nampak batang hidung chaa. apatah lagi lesung pipit chaa. dalam 3 ke 4 kali je kan kita ter-jumpa. itupun kalau pergi main library. atau kak dengan rajinnya makan kat cafe kulliyyah human science yang jauh-jauh tu dari law's. atau chaa dengan semangatnya nak lunch kat law's cafe. haha. adatlah kan. masing-masing pun kulliyyah dah jauh. mahallah pun jauh. sem depan kita upgrade ye chaa. 5 6 kali ke. lebih lagi bagus. rindu sama chaa.

Saturday, June 26, 2010

berbicara lah dengan baik.

Bismillahirrahmanirrahim.

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”(H/R Bukhari, Al-Fath dan Muslim )

Nas ini merupakan ayat pendidikan bagi setiap orang yang beriman. Menyeru agar mereka yang beriman sentiasa berbudi-bahasa, bersopan-santun dan sentiasa menggunakan perkataan yang terbaik kepada semua manusia, siapa dan apapun kedudukan atau pangkat orang tersebut. Firman Allah :

“Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia”
(Al-Baqarah, 2:38)

“Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia” ialah : “Berkatalah kepada manusia dengan kata-kata yang sopan dan lemah-lembut (bukan menghina). Dan termasuklah dalam hal ini menyuruh melakukan kebaikan dan menegah dari kemungkaran.” Tafsir Ibn Kathir.

Nabi Muhammad S.A.W apabila ditanya mengenai siapakah orang Islam yang mulia akhlaknya dan sikapnya? Baginda bersabda:

“(Islam yang baik ialah) barangsiapa yang menjadikan orang lain selamat dari lidah dan tangannya” H/R Bukhari, Al-Fath dan Muslim.

jangan mudah melenting apabila ditegur. berlapang dada kan lebih baik. ♥ bila orang yang tidak kamu sukai menegur hatta orang yang biasa-biasa saja dengan kamu, dengarlah. besar kemungkinan ada benarnya. hakislah sikap mudah melatah. ya, benar. sesiapa saja ada hak bersuara. tapi tolonglah berkata-kata dengan baik. biar marah setinggi langit, biar hati dan jantung terbakar-bakar, sabarkan hati. didiklah hati agar sungguh-sungguh imun dengan kata-kata yang pada kamu "itu sangat sakit hati. tolong faham boleh tak??!! ".. belajarlah menerima. kan warisan ada sebut, "kalau mahu tahu kejahatan kamu, kelemahan kamu, maka tanyalah musuhmu" well, musuh is not really means a real musuh kan. lebih baik kalau ibu bapa sendiri. ah, itu memang selalu. ibu dan ayah tentu menegur anak sendiri kan. hormatilah pandangan mereka. walau kamu rasa sangat tidak bertepatan dengan kehendakmu. suarakan. insyaAllah, jalan yang baik tentu pengakhirannya baik juga.

dan, muhasabah kembali. kamu lebih mengenali diri kamu sendiri.langittasbih.

Friday, June 25, 2010

don't judge a book by its cover

Bismillahirrahmanirrahim.

Ungkapan ini sering kita dengari. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat. “Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi” Katanya memberi buah fikirannya. Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok.”

Benarkah hujah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam? Ada juga yang sudah semakin ‘advance’ hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sahih iaitu : “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu.” (Riwayat Muslim).

Simpati bercampur kesal bila kita mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

“Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game’ semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: “Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu.”

Lalu jawab si pekerja : “Saya luaran je nampak main ‘game’ boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang.”

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu? Adakah Allah subhanahu wata’ala boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintah-Nya?
Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan Rasul-Nya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi sallahuu ‘alaihi wasalam pernah bersabda ertinya : “Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati.” (Riwayat Muslim).

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama, iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah atau selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, ‘we can judge a book by its cover in certain cases’, iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what’s inside the heart of a person’.

Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :

إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار
Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk diselesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka”
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.
Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi sallahu ‘alaihi wasalam:

من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً
Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa
setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya..”
( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya?

Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali: “Yakinilah bahawa Allah itu benar, Rasul-Nya juga benar, syurga dan neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya?




post ini telah diambil dari sini.
terima kasih ye cik im.

Thursday, June 24, 2010

front line

Bismillahirrahmanirrahim.

sudah boleh bilang dengan jari tarikh masuk semester baru. dua tiga hari ini pun, peti inbox penuh dengan mesej bertanya 'bila online registration? bila add drop subject start? confirm ke tarikh masuk? ada peluang tak nak tukar section? wah, wah,, semua pun bersemangat ni. dan heh, jawapan balas mesej sangat mengecewakan. tiada update lagi dari web iium. jadi, kita tunggu sajalah ye kawan-kawan. bila sudah mahu masuk semester baru, azam perlu baru juga. kalau dulu malas, sekarang perlu rajin. kalau dulu rajin, sekarang perlu lebih-lebih lagi rajin. kalau dulu suka tidur dan makan sahaja, sekarang perlu kurangkan makan dan tidur berlebihan. kena ada healthy lifestyle. heh.

kalau dulu suka sangat tidur lewat (bukan saya ya. saya suka tidur awal. hehe) sekarang tak boleh lewat-lewat sangat. nanti ke kelas muka macam baru lepas kena jaga anak yang ashik merengek malam-malam. kalau tidak pun, pasti mengantuk dalam kelas. tak seronoklah. kasihan lecturer yang mengajar. tentu kecil hati bila kita konon-kononnya terlebih khusyuk. ah, yang penting, siapa yang tak mahu semuanya nampak elok saja. bersemangat selalu. ashik rajin saja dan tak pernah malas. ashik dapat full marks setiap kali ada kuiz dan mid semester exam. tak pernah lewat ke kelas. hari-hari pergi kelas pun muka ceria tiada masalah. pergi kuliah tudung tak pernah senget, cantik selalu. dean list setiap semester... haishh, macam robot yang sudah diprogramkan.

tapi yelah, tak salah kan mahu yang terbaik. mood selalu berubah. mula-mula orang kata memanglah semangat waja macam power rangers. nanti, masuk saja minggu ketiga, keempat semester, haa, semangat mencair macam aiskrim kena jemur bawah matahari. lalu, jangan pernah rasa putus asa untuk berdoa. biar Allah cepat-cepat sedarkan kita bila mudah benar rasa selesa dan bermalas-malasan. tiada manusia yang sempurna kan? tapi Allah selalu ada untuk buat kita rasa tenang walau bebanan masalah seakan batu menghempap kepala.

" barangsiapa berjalan di satu jalan dalam rangka dia menuntut ilmu, maka Allah mudahkan jalannya menuju Jannah. dan sesungguhnya malaikat meletakkan sayap-sayapnya bagi penuntut ilmu tanda redha dengan apa yang diperbuatnya " ( hadis riwayat Muslim)

maka, si langittasbih juga mahu kongsi-kongsi ways to begin a new life. tengah bersemangat ni ! jom jom!!
  1. make a clear summary about your main goal in your life that you are dreaming to achieve it.
  2. use maximumly your imagination to enhance your spirit and passion into a high level.
  3. prepare yourself to begin a new era of sacrifice.
  4. when your mental level is down, immediately do give a sign to your brain, so it may heal the feeling of down and low self esteem.
  5. you must willing to accept failure in the beginning of your journey.
  6. do believe that a strong mind set can change everything.
  7. stop giving a thousand of accuse to cover your weakness but give a full effort to reduce your weakness.
  8. never, ever, forget to be a good Muslim. doa and tawakkal are key of your success.


(ini ialah nota-kaki-semangat yang ditulis tuan blog dan diulang baca sejak 2008)


dan, saya rindu sekolah ini.


MRSM KUALA LIPIS



Wednesday, June 23, 2010

i see your eyes smiling.

Bismillahirrahmanirrahim.







" frown and you frown alone, but smiles and the whole world will smiles with you "



langittasbih

lagi

Bismillahirrahmanirrahim

saya mahu kata lagi :

" tak salah mahu mengejar kesempurnaan kan? kerana, hasrat untuk memenuhi kebaikan dalam hidup itu, naluri manusia. supaya nanti, kebaikan yang dicari ketemu juga "





langittasbih.

Tuesday, June 22, 2010

she told me.

Bismillahirrahmanirrahim.




Ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh. Maka akal boleh hilang disebabkan marah. Agama boleh hilang disebabkan dengki. Malu boleh hilang disebabkan tamak dan amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain..





langittasbih

Thursday, June 17, 2010

this is not good

Bismillahirrahmanirrahim

hushhh, kenapalah orang kat sebelah ni merokok. nak tercabut dah hidung ni tahan bau asap tu.. (this is when few people smoking around without hesitation). the latest happened around last week when my family and i were having lunch together in one restaurant in shah alam. seorang lelaki yang tidak dikenali di meja makan sebelah telah tanpa segan silu dan budi pekerti mulia menghalakan rokoknya yang berasap macam asap kilang ke arah kami yang sedang makan. eeeeee, geram sungguh waktu itu. rasa mahu saja saya cucuk-cucuk orang itu dengan garpu di tangan (eh, ganas pulak). tercemar sudah nasi campur dengan asap-asap hitam. huh. sabar saje lah.

oh, saya, entahlah..saya sangat tak suka orang yang merokok. kalaupun mahu merokok (sudah terbiasa sangat) tolonglah jangan di depan saya. sangat tak tahan). sudahlah ada resdung tahap tidak serius, mahu terbersin rasanya. siksa tahu.

pernah dulu, ayah marah dengan pekerja ayah sendiri sebab merokok. ayah kata, kalau mahu sangat merokok tolong jangan di depan ayah. ayah tak suka dan itu sangat tidak berdisiplin. eh, betullah tak berdisiplin. mereka yang merokok ni, kalau sudah habis hisap rokok, maka puntungnya akan dibuang suka-suka hati. itukan sudah jadi dosa kecil. membuang sampah merata-rata lalu merosakkan alam ciptaan Allah. lagipun, saya belum pernah lihat lagi si perokok akan menyimpan rokok yang sudah habis dihisap itu dalam kocek sebelum terjumpa mana-mana tong sampah.. lagi pula, kata ayah lagi, duit gaji yang diberi bukan untuk membazir beli berkotak-kotak rokok. tapi, untuk disimpan, untuk kirim pada mak ayah di kampung. akhirnya, pekerja ayah yang itu langsung terus berhenti rokok. kan bagus..

saya tahu. berbicara, berdebat, bertekak, berbincang dengan mereka, si perokok tidak akan habis begitu saja. ada yang menerima. ada yang tidak. yang ini dengan degilnya. yang itu dengan keras kepala, tak mahu mengalah. yang seterusnya dengan alasan yang macam-macam. yang baiknya, bila kita boleh berlapang dada dengan pendapat orang lain. fikir dan muhasabah diri. yang menegur? perlu dengan hemah dan kelembutan. marah-marah? perli-perli? siapalah yang sudi dengar nasihat kamu. maklumlah, setiap orang pun ada emosi. maka hormatilah.

benar kata kamu kalau kamu berhujah mati-matian mengatakan rokok itu makruh. tapi, hukum itu adalah kesepakatan syura ulama yang dahulu sebelum diganti oleh hukum baru oleh ulama kontemporari. mereka itu, bersepakat dalam syura meletakkan hukum haram untuk menghisap rokok. haram. tiada tolak ansur untuk hukum yang ini. dan kenapa dari makruh menjadi haram? hukum haram disepakati setelah adanya kajian. ya. kajian. sedangkan waktu hukumnya makruh, waktu itu, tiada kajian khusus untuk maslahat yang ini.

al-Quran beri petunjuk yang benar. selagi mana adanya dalil dan hujah, maka ikutlah.

"dan menghalalkan segala benda yang baik dan mengharamkan segala benda yang buruk" (al-A'raf : 157)

"dan janganlah kamu campakkan diri kamu ke arah kebinasaan..." (al-Baqarah : 195). merokok kan jelas sekali membawa kepada kebinasaan tanpa ragu. kalau kamu kata tidak banyak binasanya, yang sedikit itu cukuplah buat kamu perlu jauh-jauh dari rokok.

apa? kamu kata hanya hisap sikit-sikit? sekadar hilangkan stress?. ohh, sedarlah. sikit atau banyak, kalau sudah haram, tetap haram juga. tiada kompromi. takkan pula kalau mencuri duit 10 sen tak mengapa. di maafkan, dan tidak dikira sebagai mencuri. tapi,kalau mengambil 5000 ringgit barulah namanya mencuri. 10 sen atau 5000, dua-dua sama. haram tetap haram.

agaknya, kalau rokok rupanya cantik begini, kuranglah pembeli dan penjual.


sayanglah diri sendiri. kalau tak sayang dengan tubuh badan yang Allah beri pinjam itu, ingatlah, Allah akan soal hak-Nya pada kamu nanti. wallahualam.






langittasbih.