Sunday, December 18, 2011

little beads

Bismillahirrahmanirrahim.


alhamdulillah. hembusan roh dari Allah buat Maryam Safiyyah selamat lahir ke dunia. say HELLO to the world oke baby maryam!! :)





si kecik maryam safiyyah yang baru umur sehari ;)


"Setiap anak yang lahir itu, ianya dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibubapanya akan mencorakkan anak tersebut menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi" (Hadith Riwayat Bukhari).

 bila besar cumei cantik macam maksud nama maryam safiyyah, jangan lupa banyakkan sedekah doa untuk umi dan abi oke! :) jadi budak baik dan pandai macam umi eh. (baby dalam perut pun hari hari pergi  uia dan ke kelas dengar lecture) ahah :)


p/s: terharunya hati dapat peluk dan cium baby baru lahir :)




Sunday, December 11, 2011

nur dalam kasih

Bismillahirrahmanirrahim.


suka untuk quote this and may it helps us to purify our heart:



"Segala yang disayangi, jika tidak dicintai demi kerana-Nya maka cinta ini hanyalah kesusahan dan penderitaan. Setiap tindakan yang tidak dilakukan demi keranaNya, maka ia adalah sia-sia dan terasing. Setiap hati yang tiada hubungan dengan-Nya adalah menuju kebinasaan; terhijab dari mencapai kejayaan dan kebahagiaan".(Ibn Qayyim Al Jawziyyah)

Saturday, December 10, 2011

call of duty

Bismillahirrahmanirrahim.


nearly to final examination now. masa berlalu macam cepat sangat kan. praise to Allah and owe Him so much untuk semua yang Dia beri pinjam till now and then. :)  alhamdulillah, hari hari adalah hari yang membahagiakan walau memang bertingkat dan berbakul bakul juga amanah dan tanggungjawab. banyak urusan yang perlu dijaga - i mean urusan dengan Allah and at the same time menjaga juga hablumminannas. 

masih berbaki 2 weeks to be exact before final. and still got another two minor tests. moga dimudahkan semua. sihat badan, terang hati, lapang fikiran dan boleh absorb semua ilmu dengan mudah insyaAllah.not to forget, mengutamakan Allah in everything. opps, kalau ada yang rasa macam dah tak larat sekarang before the true battle start, refresh your niat and ingat main goal dalam hidup -> menjadi khalifah Allah dan tak sempurnalah sifat khalifah kalau education tak berapa nak best oke! :) 


oh, today is the end of parenting class (co-curricular course). sangat sedih sebenarnya and masa madam Nury Maryam yang baik hati dan solehah tu tanya "is there anyone who want to give your last words?" rasa macam nakkk je volunteer myself. tapi masa tu hati ni macam sendu sangat and i just let it go. nanti terkeluar air mata depan semua orang dalam kelas tak ke haru jadinya. -_-" that class memang TERSANGATLAH beneficial and i learnt a lot from Madam Nury Maryam yang educated tu. every saturday pergi kelas parenting rasa macam pergi kursus kahwin + keibu bapaan. ahah :) memang lengkap madam Nury kongsi ilmu. and every words uttered by her was really a reflection of Quran and sunnah. and i promise to myself akan ingat the main key said by her over and over -ISTIKHARAH. terima kasih Allah sebab bagi saya peluang belajar dengan such a wonderful lecturer :)  may next semester co-curricular course- community service pun best! insyaAllah ;)

and may kelas Revenue Law dengan Dr Mohsin untuk sem depan pun best. memandangkan kelas banking and corporate law tak di offer untuk elective course sem depan, maka haruslah akrimi mengambil apa apa yang ada. sudahlah nak ambil medical law sudah penuh.Kelas Alternative Disputes Resolution lagilah, waktu batch atas daftar lagi dah penuh. huhu. takpe, next time boleh amek lagi or buat audit je. lawa sikit sijil bila grad. hehe :) 

whatever it is, regardless of whatever happened in life, badai semalam or badai mendatang, hujan emas or hujan batu, mendung atau ribut, suka atau duka please remember that:

Ibnu Abbas r.a pernah berkata "Aku pernah duduk di belakang Nabi Muhammad saw. pada suatu hari, Baginda bersabda kepadaku: 'Wahai anak! sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah. Jagalah Allah (mentaati perintah-Nya) dan Dia akan menjaga dirimu. Peliharalah Allah dan Dia akan memeliharamu. Apabila engkau meminta, memintalah daripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan dengan Allah...(Riwayat al-Tarmizi)




p/s: till then. may Allah bless :)



Monday, November 28, 2011

through the hallway

Bismillahirrahmanirrahim.


"beruntunglah orang yang mempertahankan imannya, walaupun jalannya derita dan pahit namun hasilnya indah dan manis - cabaran ada di mana-mana" (solusi isu 38)


p/s: sedang dengar lagu permergian-inteam (sekarang sudah masuk 10x tak henti). rinduuuunya dengan Rasulullah! lagi lagi tadi baca solusi ada kolum tentang kewafatan Nabi Muhammad saw dan presentation untuk kelas method of da'wah minggu depan pun pasal prophetic methodology in da'wah. sayunya ya Allah...

Friday, November 25, 2011

a violin next to the window

Bismillahirrahmanirrahim.




suka dengar orang yang bicaranya bahasa yang baik baik aja. walaupun bukanlah bicara orang itu quranic ayat or hadith 24/7. tapi isi kata kata dia reflects apa yang al-Quran dan hadith kata. (dan akrimi sedang memandang diri sendiri lalu fikir apa sajalah ayat ayat yang sudah keluar dari mulut dia).

Rasulullah saw bersabda, "janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah"


p/s: tak lama lagi awal muharram. sama sama hijrah untuk jadi lebih baik rohani dan jasmani jom!! :)

Thursday, November 17, 2011

unveiled

Bismillahirrahmanirrahim.

i was touched by Dr Osman when he advices the whole class with his pleasent tone,

" I was a Buddhist and I was a Christian before. and I feel so great as I am a Muslim now. love your religion and make Islam as your life system and do not ever feel tired of performing ibadah. life is short".


p/s: pernah tidak kita rasa malas solat fardhu? pernah tidak kita rasa malas amat buat solat sunat? pernah tidak kita rasa tak baca Quran sehari tak ada apa dan tak effect langsung dalam hati? pernah tidak kita rasa belajar untuk kerja, jadi kaya and will do anything for it, belajar sampai letih till subuh tertinggal and meniru in the examination? pernah tidak kita rasa melagukan bibir kita dengan lagu lagu lagha lebih tak penat dari berzikir yang kita rasa macam bosan? pernah tidak rasa tidak berdosa hidup seperti tidak bertuhan?  ask yourself and reflects what you have done before and now. be a better muslim tomorrow onwards as Allah tidak pernah menutup pintu taubat till hereafter.

Monday, November 14, 2011

tora datang lagi

Bismillahirrahmanirrahim.


alhamdulillah. AIKOLFEST kembali lagi. actually sudah mula since monday. and looks like waktu Legal Career Exhibition tadi ok juga. cuma kawasan exhibition macam sunyi sikit when it comes to student peak hour where lots of us need to attend classes. overall, sangat berharap AIKOLFEST this year adalah yang terbaik especially LCE&SOUQ@AIKOL. and, rasa bertanggungjawab pula nak tolong promote this law student's programme. jangan malu malu meoww. come and join us! :) 




setelah berusaha sehabis baik for this programme since the very beginning of semester, may everything dimudahkan insyaAllah. memang betul juga kita tak dapat nak puaskan hati semua pihak especially when it comes to the needs of every single of AIKOL students, tapi still we really hopes that all of us dapat benefits from all the programmes insyaAllah. 

syukurnya! akhirnya nampak juga hasil setelah berkepuk kepuk meeting dan berkepuk kepuk juga duit yang keluar. i thought i can't survived as when we actually involved in a programme which stress on responsibility, rasa macam kurang masa untuk study. but Allah mentions in al-Baqarah: 286 "Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa atas kejahatan yang diusahakannya.." (sila senyum senyum akrimi :) kan Allah dah terang terang bagitau tu..)

oh ya, alhamdulillah juga because setelah confirmed with AIKOLFEST central, session 'Irfan Makki meet the Fans' akan ada on 21st November dekat booth no.9. and insyaAllah, we will have Maher Zain juga itupun if he can fulfill kita punya permintaan and he sempat untuk join Irfan Makki. (Irfan Makki ada nyanyi lagu with Maher Zain if im not mistaken lagu 'I believe and 'Allah Allah kiya karo' tu). so, lepas lepas kelas boleh lah nak datang sesiapa yang mahu :) 

apa lagi ya, oh, jangan lupa datang! and do join another 8 sub-programmes yang lain under AIKOLFEST :)   

p/s: tanya dekat Albar&Partners pasal attachment elaun (as gonna do attachment for next year), wah wah, will get RM 400 for 1 month and we can add another 1 month untuk attachment. kalau macam tu, buat attachment 4 bulan dah dapat RM1600. kalau chambering dapat RM 1800 for 1 month and kalau fresh graduate and starting gaji is RM 3500 for 1 month (sangat banyak disitu). seronok seronok. boleh menabung nih  :) tapi, aiyoo, Albar&Partners dekat tengah Jln Sultan Ismail,KL. jauh dengan rumah. memang kamu boleh berangan je lah ye akrimi. ahah. sila berada dalam realiti untuk earn normally RM 500 for 3 months khas buat student student attachment. -_-"

[sikit betul dengar jumlah elaun semua tu. takpe, nanti jadi lawyer or lecturer betul betul boleh banyak lagi :) ] <- positif betul ayat ni :)


Wednesday, November 9, 2011

moving wheel

Bismillahirrahmanirrahim.



Allah berfirman dan Dia ingatkan diri ini:

" demikianlah kami bacakan kepadamu (Muhammad) sebagai ayat-ayat dan peringatan yang penuh hikmah " (ali-Imran:58)

dan Allah ingatkan lagi,

" apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan dengan mengatakan 'kami telah beriman' tetapi mereka tidak diuji?" (al-Ankabut:1)

and He affirms that:

" ketahuilah, sesungguhnya al-Quran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya)" (al-Muddathir:54)


p/s: tengok video dari Aiman Azlan. hati tersentap. akhir akhir ni banyak benda yang buat hati ini terpukul sendiri. hati perlu bernafas dalam iman akrimi..



a giant step

Bismillahirrahmanirrahim.

sharing talk 60 minutes dalam radio IKIM pagi tadi memang best. itupun alhamdulillah sempat juga dengar dalam kereta sekejap. (kalau duduk dalam rumah, memang jarang benarlah diri ni rajin nak buka radio). punyalah tunggu DJ tu sebut nama penuh prof tu sampai akhir, tapi tak keluar keluar juga. maklumlah, dah ketinggalan sesi pembukaan talk. jadi, yang saya tahu ialah sharing talk bertajuk 'alasan dalam kehidupan' entah dari professor mana. jadi, kita panggil speaker tu sebagai prof sajalah di sini.



first sangat tertarik when prof tu sebut yang yang kita ni kalau hidup, "hiduplah dari dalam". hidup yang mengharapkan redha Allah dan bukan harapan manusia. memang penting juga perlu ada harapan manusia kerana itu yang menjadi alat dalam urusan dunia. tapi niat dan matlamat - kerana Allah dan solely kerana Allah. eh, ingat senang mahu buat semua perkara kerana Allah? cakap bolehlah. kalau hati tu kotor memang sila lah mimpi yang kita ini betul dan sungguh sungguh ikhlas kerana Allah. sebab - ikhlas is like seekor semut hitam di atas batu yang sangat hitam dan di tempat yang sangat gelap

hidup ini akan jadi ringan bebannya kalau kita memang ikhlas kerana Allah. prof tu tekankan yang kita ni jangan buat kerja kerana - "takut apa pula kata orang nanti". buatlah semua perkara kerana Allah dan semata mata kerana dia yang mana waitage nya di akhirat nanti. susah? penat? nak masuk syurga yang indah dan indah dan serba beautiful, surprising, gempak, hebat sangat, bombastic, magnificent dan segala yang baik baik itu perlu bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian tahu. 

for example, kita terlalu banyak kerja macam kena pergi kenduri, kena pergi jumpa orang itu ini, kena hantar assigment and dalam masa yang sama kita ada tuntutan untuk spend time dengan family kita yang baru sampai rumah misalnya. rasa serabut? then, do all the things based on priority and do it dengan niat sebab redha Allah dan bukan cakap cakap orang. jadilah orang yang berbahagia dengan mendahulukan dan memikirkan Allah setiap saat dalam hidup. boleh kan? :)

second, suka sangat bila prof tu usulkan yang kita ni perlu ada 'skrip kehidupan'. means that, we should plan on how our life should be. betul kita merancang, tapi Allah yang tentukan. so, jadilah manusia yang hidupnya ada pegangan dan prinsip. usaha. then let Allah decides. Allah yang ar-Rahman ar-Rahim itu akan sentiasa bagi kita yang terbaik eventhough apa yang Allah kasi tu, kadang kadang kita tak mampu dan rasa macam susah dan berat sangat. hey, He knows best!!

ketiga, jadilah muslim yang TERBAIK dunia dan akhirat bermula dari hati yang beriman dan baik. sebab seorang muslim akan jadi BERDUA bila menikah dan membina keluarga. dan menjadi bertiga, empat, lima, enam, tujuh bla bla. dan dari sebuah keluarga muslim yang baik akan lahir masyarakat yang baik, bangsa yang baik, dan negara yang hebat. sebab itu, didiklah diri dari sekarang! yes, sekarang!. kentalkan agama dalam diri. hebatkan langkah dalam urusan dunia. then, impian untuk punya keluarga muslim yang menyenangkan hati dan  barakah bukan lagi 'angan angan mat dan minah jenin' tapi kenyataan yang susah payahnya akan Allah balas! :)

p/s: prof tu kata lagi yang nak tengok kita ni confident tidak orangnya, tengok kalau kita ni  jenis yang tak boleh hidup sorang sorang, nak ke mana mana kena berkumpulan, nak kena berteman dan suka ada geng - that's the sign of less confident. orang yang confident, tidak perlu bantuan unless sangat perlu dan boleh berdiri atas kaki sendiri, dan boleh bergerak sendiri. (sila bezakan ini dengan orang kera sumbang). so, kita yang mana? tepuk dada tanya hati.

Tuesday, November 8, 2011

bila angin menari, hatiku berlagu senang

Bismillahirrahmanirrahim.


"love is sacrifice. thus, sacrifice what you love the most"


waktu sedang berbuka puasa sunat hari Arafah tempoh hari, suara takbir dari surau dekat rumah tu buat air mata ni menitik. entah kenapa hati ni dengan sukarelanya dia-berasa sayu semacam. (macamlah kamu tu duduk oversea dan tak dapat dengar takbir raya secara live dari ceruk mana-mana pun akrimi uit) - sebenarnya sedang memahami perasaan gula melaka :) maklum sajalah, akrimi dan falsafah air matanya sangat kompleks. eh, tapi betullah juga kan, hati akrimi yang sudah bercampur rasa itu buatkan air mata yang jadi result.

hati + rasa macam macam kuasa tiga = air mata

:) <- senyum sebab equation atas ni memang fail!

alhamdulillah, solat pagi raya dapat dilaksanakan dengan sangat nyaman. kasihan dengar berita di Gaza. waktu hari raya yang indah indah ini pun Israel-yang-entah-apa-apa-entah-perangai-itu sibuk mengacau orang Islam. memang kalau ada hadiah nobel pengorbanan dunia, mahu saja beri pada rakyat palestin. cocok betul dengan tema hari raya aidiladha. :) "berkorbanlah demi agama mu".

khatib yang baca khutbah raya haji pun menangis tahu masa baca khutbah. maksud saya, khatib surau dekat rumah saya. tempat lain tak tahu. agaknya saja khatib tu menangis memandangkan saya tak dapat nak lihat pakcik khatib itu berbicara dek tirai hijau menutup ruang orang perempuan. sebab suara dia kadang kadang sayu dan serak serak tahan air mata barangkali. kadang kadang oke saja bunyinya. lagi lagi waktu pakcik itu bertakbir - laibbaikallah humma labbaik labbaikala shari kalakalabbaik. nasiblah saya duduk saff depan. air mata yang bergenang juga ni tak dapatlah dilihat ramai orang. (memang tak boleh nampak atau dengar orang nangis. rasa mahu join juga). 

sangat sayu pertama sebab pakcik itu ingatkan tentang sanggup tidak kita berkorban macam nabi Ibrahim dan sanggup tidak kita berkorban banyak perkara tentang dunia demi hidup yang lebih panjang di alam sana. subhanAllah!! saya juga masih bertanya hati. kerana saya tahu, mulut memang dengan senang mengatakan boleh. tapi suara hati? kalau iman belum benar benar sepenuh isi jiwa dan raga, jangan harap. nanti jadi macam orang munafik pula yang bermuka muka mengatakan iman tapi sikapnya langsung tidak ada iman. nauzubillah!!

kedua, sayu sebab rukun Islam belum pun cukup. alhamdulillah, rukun yang empat empat sudah terlaksana dan cukup. tapi sempurna tidak semua rukun dari yang pertama sampai empat itu, biarlah Allah jua yang tentukan. takutnya! takut kalau amalan yang tidak seberapa sepanjang 21 tahun hidup ini Allah tak terima. (sedihnya). mahu sungguh sungguh pergi Makkah dan sujud depan Kaabah. (wah,wah, seronok seronok). hari itu masa hari ahad lepas lah, Umi tiba tiba buat usul daftar nama. lalu, kaklong umi ini pun kata mahu tunggu tahun depan. harus tunggu gula melaka pulang. sudah janji dengan gula melaka mahu daftar nama sama sama. insyaAllah kalau Allah masih panjangkan umur. :) 

"dan hendaklah kamu menyembah-Ku.inilah jalan yang lurus" (Yassin:61)

oh, harap harap Allah selalu jadikan hati ini hati yang selalu berkorban untuk diri sendiri dan orang lain. biarlah orang kata, "kau tak kesian kat diri kau ke ha?". tapi, menurut saya, kalaulah kita tahu dan faham macam mana indahnya perasaan kalau dapat berkorban demi kebaikan dan kesenangan diri sendiri (contoh macam tinggalkan perangai hodoh dan buruk walaupun liat) dan orang lain, mesti kita akan jadi orang yang tak pentingkan diri sendiri insyaAllah :) kerana love is sacrifice. thus, sacrifice what you love the most. 


p/s: akan berkorban untuk orang-orang tersayang walaupun terpaksa mengorbankan rasa hati sendiri insyaAllah. salam aidiladha!


Sunday, October 9, 2011

encik abu dan encik tuah

Bismillahirrahmanirrahim.


si adik awin, mahu tengok encik Abu dan encik Tuah kepunyaan kak Fazreen kan, nah, ini dia. jangan jeles tahu. kaklong dah peluk peluk cium meoowww. ahah :)


ABU


ini gambar Abu yang paling kak Fazreen suka. kita letak sebagai penghormatan pada tuan iye :)




comel kan, comel kan Abu ni. meoww meoww.

TUAH






Tuah pun comel comel comel kan :) oke, kita boleh tengok je. jangan mengada mahu letak satu dekat rumah. nanti asma + lelah umi teruk. siapa susah? :)


p/s: semalam mimpi pasal baby meow belang belang yang hanya sempat dijaga 3 hari dekat kedai. lepastu baby meow hilang diambil orang kata makcik belakang kedai ayah. sedihnya. baby meow datang dalam mimpi. dia dah besar sikit. rindunya.




love light

Bismillahirrahmanirrahim.


alhamdulillah. sudah masuk dua puluh satu tahun sejak lima hari lalu. tiada majlis yang meletup-letup, terlebih grant atau special habis. hari lahir hari puasa sunat. sebab Rasulullah berpuasa setiap isnin yang mana hari isnin ialah hari baginda lahir. sunnah kan ikut cara Rasulullah? :) sahur dengan buah salak pemberian abah sebelum tidur. jauh abah datang. terima kasih daun keladi buat si gula melaka :) (buah salak disimpan sehari tak bersentuh semata mata mahu jadikan makanan paling best waktu birthday) ahahh. lalu, hari lahir sederhana sahaja. (selama ini pun sederhana juga) yang paling penting, hati ini sangat bahagia bila Allah masih panjangkan umur. (harap harap umur yang panjang ini, buat saya lebih banyak berbuat kebajikan dan amal dari dosa tak berkesudahan. kalau tidak, rugi sungguh jadi manusia panjang umur)

"dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" (al-Nahl:18)

p/s: sekarang musim haji. cemburu sungguh lihat orang dapat pergi rumah Allah naik haji. niat mahu daftar nama lah dekat Tabung Haji. tapi mahu tunggu gula melaka pulang. :) kalau kumpul kumpul duit sikit sikit insyaAllah nanti mudah bila nak pergi. buat upah haji dulu pun boleh. ada rezeki sendiri, pergi atas nama sendiri :) agaknya bila ye Allah mahu kasi rezeki yang ini? 

  

Sunday, September 25, 2011

behold

Bismillahirrahmanirrahim


"sesungguhnya orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan daripada syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) . maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)" (al-A'raf:201)




p/s: ada dua titisan yang Allah cintai. pertama titisan darah para syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan Allah. lalu, menangis lah hari ini, agar senyumanmu banyak dikemudian hari. kerana disana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu. menyemarakkan rasa malu berabad abad lamanya. sampai saat, datang syafaat Rasulullah. itupun jika terpilih.


yana tegur maghrib tadi. "kenapa mata sembab ni " lalu, akrimi hanya tersenyum dan menggeleng.

dwellings in which you delight

Bismillahirrahmanirrahim


alhamdulillah. Allah sangat baik pada kita semua. Allah baik pada saya. Dia masih pinjamkan nafas ini, Dia beri badan yang masih kuat untuk belajar dan bekerja biarpun penat datang jua menyinggah. Dia beri peluang merasa susah hati tatkala diri ini dihimpit dosa. Dia beri peluang untuk diri ini bahagia-bila kita membahagiakan orang lain. syukur! :)
   

i love you, Allah!  Besar kan cinta Allah pada kita? lalu, mari muhasabah besar tidak cinta kita pada Dia. jangan ucap dengan kata-kata. nilai sendiri dalam hati. :) 
" jika hamba-Ku bertanya kepadamu tentang-Ku, katakanlah: 'Aku dekat' " (al-Baqarah: 186)

ah, hati ini senang sungguh dapat masuk semester baru dan belajar. pulang UIA dan jumpa kawan-kawan yang berkurun tak jumpa. belajar, menuntut ilmu itukan ibadah. kalau namanya ibadah, tak akan pernah berhenti. jadi akrimi, jangan berhenti cari ilmu. ibadah tahu! :)

untuk semester kali ini, azam bertambah satu. kalau seperti selalu, mahu maintain Dean's List dari semester pertama sampai semester kelapan. itupun kalau Allah izinkan lagi dan memang tertulis rezeki itu untuk diri ini. untuk hari-hari mendatang, mahu capai Allah's List. :) wahwah. tingginya impian. moga dimudahkan jalan dan hati ini selalu terpimpin untuk menjadi muslim dalam Allah's List. insyaAllah. :) 

suka betul dengan kelas Method of Da'wah. walaupun kadang-kadang mengantuk datang juga tak dijemput, tapi isi lecture Dr. Osman Chuah Abdullah selalu menjentik hati ini. cepat tersedar akan salah diri dan lemahnya hati ini. (syukur sangat masuk uia. kalau tak jangan harap akan ambil subjek macam ni as Compulsary subject sebagai syarat untuk graduate

Dr. Osman Chuah itu cacat kakinya. muallaf lagi. tapi tak sikitpun effect kesungguhannya belajar tentang Islam apatah lagi menyalahkan Allah atas kecacatannya sejak kecil. (kita yang sejak dalam perut sudah Islam ini, sila malu kalau ilmu agama masih cetek dan sila tingkatkan ok

kata Dr. Osman, kita kalau nak berdakwah, kena faham dua benda paling basic ni. first, know the situation and audience. second, adept in communicating the message. memang betul, nak bercakap kena ada ilmu. apatah lagi dakwah tentang agama-perkara yang tak boleh main-main. tapi as a starter, buat perkara yang simple simple. senyum itu dakwah. sebab kita akan ajak orang supaya tersenyum jugak as a sadaqah bila kita tunjuk muka yang manis pada orang. memakai pakaian yang menutup aurat mengikut cara Islam itu juga dakwah. (bukan tutup aurat ikut suka hati je) sebab kita mengajak orang turut tutup aurat secara tersirat. kita tak tahu hati orang. mungkin orang tu senang tengok kita pakai pakaian yang mengikut syara' lalu ikut. jadi, bersangka baik lah oke! :) and banyak lagi dakwah secara simple. fikir fikirkan. :)

nak berdakwah, kena banyak ilmu. sebab kita nak convince orang. benda ni lah yang banyak buat orang rasa tak layak. sebab itu, jangan berhenti gali dan gali ilmu agama. kalaupun rasa kerdil dan tak layak je nak berdakwah, tapi as a Muslim, ilmu memang kena cari. jadi, no excuses tahu! 

dan satu lagi, bila kita tengok orang, percayalah, immediately hati atau fikiran kita akan cepat menilai. tak percaya cuba buat. contoh, kalau tengok orang cantik, kita cakap cantik. kalau tengok baby tu bulat, kita kata "bulatttnyaaa baby niiiii". kalau tengok dressing orang pelik, kita kata "asal pelik sangat budak ni". its a reflect action. untuk menjaga hati dari berprasangka tak baik pada orang, you need to observe these two things. first, stop your judgment and second, consider what we don't know. 

senangnya, bersangka baiklah pada semua orang. :) mungkin hari ini dia bukan muslim yang baik. tapi siapa tahu, satu hari nanti dialah muslim terbaik di sisi Allah. :) 


p/s: isi post macam ABC campur. tambah tolak tambah tolak, ambil lah yang baik-baik :) 

Saturday, August 27, 2011

hati ini milik siapa

Bismillahirrahmanirrahim.



" the stronger the faith you have, the more the difficult the tests you will face. but if you see the hidden blessings of the difficult trials then you have the potential to increase your wisdom, increase your faith and develop your personal character, so be happy when Allah SWT tests you with difficulties as he has given you an opportunity to get closer to him through the trials. Allah is the most wise "

p/s:

  1. puasa sebulan tahan lapar dan dahaga dari waktu sahur sampai maghrib belum tentu sama dengan saat nyawa kita akan diambil malaikat Izrail. waktu itu betapa dahaganya kita Allah jua yang tahu. selautan air diberi minum pun belum tentu cukup. lalu datanglah syaitan laknatullah dengan nikmat sementara menggoda sekujur tubuh yang bakal bertemu Tuhannya. maka apa lagi yang tinggal kalau bukan bekal iman dan hati yang bertaut sepanjang hidup pada Allah.
  2. soalnya sekarang, berat benarkah puasa ramadhan mu? dosa apakah yang menyebabkan hati selalu keluh kesah dengan susah sedikit lapar dan haus setelah 11 bulan yang lain Allah tak pernah menghalang kita makan dan minum.
  3. untuk beberapa hari lagi ini dan sampai bila-bila pun, jangan tahan lidahmu menyebut nama Tuhanmu. setelah segala nikmat yang Dia beri pada kita tanpa sedikit pun bayaran, masih mahu jadi sombongkah untuk berzikir?
  4. sungguh dunia ini kecil, tapi kehidupan ini luas. cukuplah dengan Ramadhan yang sebulan sahaja ini, diri ini belajar banyak perkara tentang hidup. terima kasih Tuhan :)
  5. oh.hati ini milik siapa? dari dulu dan sampai bila bila pun, hati ini milik Allah. alhamdulillah dan terima kasih lagi ya Rabb atas semua yang Kau beri dalam karung hati ini. sungguh, aku senang sekali ya Tuhan :)


Ya Rahman,, izinkan aku bertemu Ramadhan akan datang. boleh kan? :)

I Believe- Irfan Makki ft Maher Zain


Sunday, August 7, 2011

when fairies dance

Bismillahirrahmanirrahim.



terima kasih Allah! sungguh, ini yang terbaik pernah terjadi dalam hidup ini :) semoga kasih-Mu selalu bersama kami agar hari-hari hadapan lebih indah dan barakah.


p/s:

Sunday, July 31, 2011

merinduimu

Bismillahirrahmanirrahim.





"wahai orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa" (al-Baqarah : 183)


moga bertemu dengan Lailatul Qadar. salam Ramadhan al-mubarak.

Friday, July 22, 2011

heart-strings.

Bismillahirrahmanirrahim.


  • terbaca satu artikel tentang orang perempuan dan sifat-sifatnya. sebetulnya, sudah lupa tajuk artikel itu yang lebih tepat. ahah. lalu, hati ini membuat kesimpulan yang diri ini lebih menyenangi perempuan yang lebih sederhana dan polos. memang perempuan-perempuan yang bercahaya dengan gaya dan trend terbaru menarik perhatian mata apatah lagi melambungkan keterujaan hati. (ah, saya yang perempuan ini pun tertarik melihat perempuan yang cantik-cantik dengan gaya tudung terbaru apatah lagi orang lelaki). tetapi antara 'keterujaan hati' dan 'ketenangan hati', saya lebih tegar memilih apa-apa sahaja yang pada pandangan mata ini memberikan ketenangan. perempuan yang sederhana dalam pembawaan dirinya, dalam berpakaian, dalam percakapannya dan polos lebih tenang dilihat mata dan dinilai hati. bukankah yang sebegitu lebih baik? apatah lagi Islam mementingkan kesederhanaan. ah, masing-masing punya hak untuk punya pendapat tersendiri.
  • saya setuju betul kata-kata Ustaz Zaharuddin yang dakwah itu luas dan terangkum juga dalam bentuk lagu-lagu yang memberi kesedaran. walaupun memang benar yang bukan jaminan bahawa mereka-mereka yang mendengar lagu maher zain itu akan mendapat hidayah dan sedar kesilapan diri lalu kembali untuk mendekatkan diri pada Allah. tapi, sekurangnya, dengan mendengar sesuatu yang baik-baik maka kuranglah masa mereka itu dari berbuat perkara yang sia-sia. mendengar yang baik-baik itukan makanan rohani juga. :) lagi baik kalau mendengar perkara yang baik lalu hadamkannya dengan membaiki diri. ah, indah sungguh hidup kalau setiap hari diri ini jadi lebih baik dari hari-hari semalam. (banyak betul perkataan baik di ulang-ulang. nampak sangat bahasa melayu diri ni tak berapa bagus. kurang kosa kata dan penyusunan ayat. ahah).
  • jasad ini bagai baru diketuk selepas lama terlena. itu yang paling sesuai untuk menggambarkan diri buat masa ini. ahah. maklumlah, pengurusan masa dalam masa cuti yang panjang ini sangat tidak efektik berbanding musim akademik di UIA. lalu, padanlah, bila Allah uji sedikit sahaja dengan beberapa kerja dan responsibility, terus terasa susah dan terbeban, astaghfirullah! maafkan diri ini ya Tuhan. cepat benar aku mengalah dengan ujian yang sekecil zarah itu. maafkan aku..
  • kesusahan hati diganti dengan senyum optimis dan semangat baru hari ini. pasti ada hikmah untuk semua yang berlaku sekarang. jadi, follow takdir yang tertulis dengan melakukan yang terbaik. mungkin kerana satu kerja memerlukan saya punya kekuatan fizikal yang banyak dan satu kerja lagi memerlukan saya mengerah otak untuk lebih akademik buat saya banyak berfikir itu ini. maklumlah, sebenarnya diri ini kalaupun diberi kerja yang kecil, seperti mendapat satu tanggungan seberat alam dek memikirkan amanah orang. apatah lagi kalau memikirkan amanah Allah.
  • masih terasa tidak layak untuk ke selection mooting untuk Jessup International Moot Competition dan Red Cross international Humanitarian Moot Competition. dengan masa yang tingal sebulan lebih saja lagi, diri ini bagai tidak siap serba serbi. ah, kalaupun tak jadi mooters, harus sedar yang saya punya tanggungjawab untuk AIKOL. apalagi yang boleh diharap, setelah lecturer pula yang berharap pada kita?
  • sudah cuba home access untuk online database dari IIUM library untuk pengguna off-campus. setelah berjam-jam menunggu, lexis nexis total research, Current Law Journal, Law Net dan sewaktu dengannya tak boleh juga dibuka. sedih sungguh. tergendala lah lagi research online untuk membantu pencarian kes-kes dan artikel yang boleh membantu. lalu, research law tanpa case law seperti membaca manuskrip tak bertulisan. tiada makna.
  • sekarang ini banyak sungguh senyum untuk diri sendiri.

buat hati, ini ubat kamu:

" jikalau mereka sungguh-sungguh redha dengan apa yang diberikan Allah dan Rasul-Nya kepada mereka, dan berkata: cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian kurnia-Nya dan demikian (pula) Rasulnya, Sesungguhnya kami orang-orang yang berharap kepada Allah" (at-Taubah: 59)

P/s: optimis selalu. Allah kan ada :)

Sunday, July 10, 2011

i know you know it

Bismillahirrahmanirrahim



you can do very well, trust me :)

"look at a day when you are supremely satisfied at the end. it is not a day when you lounge around doing nothing. it is when you have had everything to do and you have done it" margaret thatcher.


Good Luck!



p/s: seperti selalu pesan saya cuma ini. setelah usaha maka yang tinggal adalah hati kerdil yang memohon pada-Nya dan percaya. juga pada Dia. apalagi yang boleh diharap selain kasih-Nya?




Friday, July 1, 2011

optimal solution

Bismillahirrahmanirrahim


"kamu tidak akan bertaqwa kepada Allah sehingga kamu mempunyai ilmu, ilmu tidak akan menghiasi kamu sehingga kamu mengamalkannya" (Abu Darda')




p/s: kita hanya penyeru dan bukan penghukum. semoga bantuan-Nya mengiringi. :)


miniature of settlement

Bismillahirrahmanirrahim




let it talks


Thursday, June 30, 2011

nota tangan-kaki

Bismillahirrahmanirrahim

  • alhamdulillah puasa ganti sudah awal-awal di habiskan harinya sejak dalam bulan syawal lagi. lalu, masalah last-minute tidak mengganggu fikiran. yang sedihnya, bulan rejab sudah mahu habis lagi dua hari. tapi puasa sunat rejab boleh dibilang guna jari sahaja. jumlah tahun lepas puasa sunatnya lebih banyak. ayuh! gandakan di bulan sya'ban.
  • adik awin terlalu ashik bertanya kaklongnya tentang negara mana untuk further study memandangkan borang harus dihantar hari ini. UK kah? ireland kah? australia kah?. lalu, jawabku, ikutlah firasatmu adik awin. alhamdulillah, result IB adik awin untuk 2 semester ini cemerlang dan kalau sudah ada pemilihan waktu ini, tentu-tentu sahaja adik awin layak fly. semoga exam akhir semester final nanti lagi-lagi cemerlang ok! kaklong trust you. juga, moga cita-cita adik awin jadi doktor muslimah yang solehah dimakbul Allah :)
  • kawan-kawan ajak join lagi ke yogyakarta cuti semester januari tahun depan. biaya tiket flight sendiri dan tempat tinggal usah khuatir. Anin dengan senang hati katanya mahu provide rumahnya buat tempat tinggal. kalau tidak pun, sewa bilik unires putra murah dan mampu dibayar. soalnya, bulan januari nanti sepupu menikah dan ada urusan lain kalau pindah rumah waktu itu. aduh, gimana dong? pengen pergi sana lagi. kangen banget!
  • rindu sungguh mahu pulang UIA dan ke kelas setiap hari. lama-lama bercuti buat otak tidak cergas dan karat karat. sudahlah jarang pula tangan ini membelek buku-buku Law yang dibawa pulang semuanya ke rumah memandangkan semester hadapan akan bertukar bilik. nota-nota senior sudah di ambil awal-awal lagi dengan niat bolehlah ulang kaji subjek semester hadapan. mahu sungguh study sebab interest dan bukannya duty. kalau interest pasti cuti yang sudah berbulan ini habis ulang kaji 1 subjek sekurangnya. tapi lihatlah sudahnya. akrimi, tolong rajin lagi boleh tak!!
  • ayah pagi tadi tiba-tiba semangat suruh isi borang pertandingan 'tropicana live life contest'. kata ayah, mana tahu kot kot ada rezeki, dapatlah hadiah. lagipun, semalam ayah pergi ambil borang dekat 7 eleven. apakah? maklumlah, kami memang-memang suka minum air tropicana twister oren tu. ayah kata, alang-alang dah selalu beli air tu, masuk jelah pertandingan dia. bukan susah pun. hantar label je. uhukss,, air twister oren tu bukan murah kalau nak beli selalu. aigooo.
  • seronok lihat baby baby saudara yang comel comel bijak dan keletah semuanya. lalu, tertanya pada hati, bagaimanalah agaknya rupa anak diri ini nanti. ah, Allah jua yang tahu :)
  • percubaan membuat kuih apam pelangi berinti coklat berjaya tempoh hari. alhamdulillah :) senang juga ya. maklumlah, tangan ni tak punya ke-kreatifan seni kulinari yang hebat. terima kasih kaklong hajar tolong ajarkan :)
  • terlihat 'orang itu' hari ini lagi. lalu, kerutan di kening dan keluhan di bibir setiap kali terlihat 'orang itu' hari ini diganti dengan senyuman tanpa sedar. alhamdulillah, Allah sudah ganti perasaan benci kepada lapang dada. ah, susah benar mengikis sifat yang satu ini dari hati. tolonglah wahai hati, jangan hitamkan dengan kebencian.
  • masih berfikir jalan dan cara terbaik untuk 'itu'. biar ada barakah. insyaAllah
  • ada 1 lagi kerja yang belum siap. menurut catatan pada buku kulit hitam itu, harus disiapkan sebelum end of june. wargh! perlu siap sebelum jam 12. sekarang!


babai!

ever after

Bismillahirrahmanirrahim



seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w, "siapakah yang menjadi sahabat yang paling baik bagi kami? " jawab Rasulullah s.a.w, "seseorang yang apabila kamu memandangnya kamu teringat akan Allah swt, apabila kamu dengari percakapannya, pengetahuan kamu tentang Islam bertambah, apabila kamu melihat kelakuannya, kamu teringat kepada kehidupan akhirat"



p/s: muchas gracias _ _ _ kerana jadi sahabat terbaik. kamu hadiah Allah :)

♫ ungu-surgamu

Tuesday, June 21, 2011

half of the book

Bismillahirrahmanirrahim


kamu bertanya perihal ku tentang hidup, dan jawabku mudah,

"seinci dari sisi hidupku adalah bilamana aku tidak terasa terasing jika aku tidak tahu movie terbaru di pawagam, tidak juga terasa terasing bilamana aku tidak tahu beg tangan Gucci terlatest, wedges terhangat di pasaran, shawl model terbaru, makeup Revlon ter-hot, dress terbaik dari Zara atau lagu terbaru lady gaga. apa yang aku mahu ialah hati yang rasa terasing bilamana aku masih merangkak membaca al-Quran dengan tajwid yang baik, rasa terasing jika solatku masih tidak sempurna, terasing bila banyak sungguh perihal agama ini yang aku masih buta, terasing bila akhlak ku tidak cantik dan terasing jika aku kata diri ku ini perempuan Islam tapi tidak pada cara ku dan roh ku"



langittasbih

Sunday, June 19, 2011

the tunnel

Bismillahirrahmanirrahim


sungguh aku tidak mahu menjadi ini bila mana Allah berfirman dalam surah an-Nur:40,

"atau amalan mereka seperti gelap gelita di tengah-tengah laut yang dalam, dilambung ombak, di atas ombak ada ombak pula, di atasnya ada awan. gelap gelita bercampur gelap gelita. apabila seseorang mengeluarkan tangannya, hampir dia tidak dapat melihatnya. barangsiapa yang tidak diberi Allah cahaya, maka tiadalah cahaya untuknya"

nauzubillah. sungguh ya Allah, jauhkanlah aku dan hatiku menjadi gelap dan kafir sedangkan luaran ku adalah muslim.


Saturday, June 18, 2011

a single step

Bismillahirrahmanirrahim

i enjoyed watching hindustan before. means waktu dulu kala. selepas tu cerita hindustan semakin mengarut dengan lagu dan tarian bertebaran sepanjang masa sampai-tak-tahu-tang-mana-cerita-dia. pelakon pulak semakin dan semakin kurang kainnya lalu lebih baik tengok iklan kan. eh, lama dah tak tengok cerita hindustan. kalau ada pun, dah lama tekan remote dan tukar siaran. but, after a while, petang tadi mata ni tengoklah juga film Aarman kat tv3 sambil makan laksa. ok lah cerita dia dan tak banyak mengarut menari terlebih-lebih pusing segala. one of the scene dalam cerita ni yang bagi kesan is when,

Dr Neha Mathur tengah sedih dalam office dia sebab kekasih dia si Anil Kapoor kahwin dengan orang lain. lalu, seorang-doktor-lelaki-yang-sebenarnya-suka-Dr Neha-tapi-Dr Neha-tak-suka-dia cakap lebih kurang macam ni (saya tak hafal dialog dia sekian),

" kanak-kanak yang saya rawat di wad, sakit tenat, tapi dia sentiasa gembira walaupun dia tahu umurnya tak panjang. kenapa kita yang sudah dewasa tapi punya masalah tak sehebat kanak-kanak tadi tak mampu bersabar walaupun sedikit?"

it really struck a chord in my heart on the way that, i'm always thinks yang orang dewasa much more easier to falls berjunam-junam once problem datang. memang betul kalau kita kata budak kecik still new in facing this life. diorang tak tahu apa-apa pasal susahnya hidup and bla,bla. but hey, both ada kelebihan. menjadi si kecil dan menjadi dewasa. that is life. orang dewasa diberi akal yang lebih matang, experience hidup yang lebih banyak boleh membantu dan kekuatan fizikal yang serba serbi lebih dari anak kecil. that is how Allah created us. menjadi orang dewasa bermakna perlu menggunakan semua kelebihan yang ada untuk meyelesaikan masalah dan meneruskan kehidupan. budak-budak? disebabkan secara nature nya budak-budak sentiasa happy go lucky dan tak tahu mengalah lah juga hidup ni menjadi lebih baik.


cuba bayangkan kalau baby umur 9 bulan yang sedang merangkak tu cepat mengalah, dah tentu sampai bila-bila pun dia tak akan tahu berjalan sebab selalu jatuh jatuh dan dahi benjol terhantuk lantai. and kalau lah budak cepat mengalah, sampai dewasa pun dia tak reti bawak basikal roda dua. lebih baik naik basikal roda empat. more safe dan tak akan jatuh dalam parit basah lenjun.

one more thing, way back masa saya umur lebih kurang 7 or 8 tahun, umi bawak adik awin and me pergi main dekat taman permainan seksyen 2 yang depan office SIRIM, kiri dia wet world and kanan dia kompleks PKNS. main sana main sini with adik awin, i saw one malay family bawak anak dia 4 orang semuanya main dekat-dekat dengan tempat saya tengah main jongkang-jongkit. tapi sorang anak dia tu down syndrom. lebih kecil dari saya kot umurnya. kasihan that kid. know what? adik-beradik dia yang lain semua tak mahu main dengan budak tu. macam aktiviti pulau memulaukan kan lah jugak kat situ. and lagi, parents dia malu agaknya dengan budak tu. jadi diorang duduk bangku yang agak jauh and marah-marah budak yang down syndrom tu sebab kacau abang and kakak dia yang lain nak main. it is so fresh in my mind and i can still remember every seconds of that memories. lalu, pergilah budak down syndrom tu dekat jongkang jongkit sebelah saya dan adik awin. dah nama pun duduk sorang, memang tak berjongkit lah jongkang-jongkit tu kan. and, until now, rasa kasihan tu masih ada and i just can pray that Allah bless and guard him.

ingat. Muhammad bin Abdullah pernah bersabda,

"barang siapa yang mendapat ujian dan menderita, kerana menguruskan anak-anaknya, kemudian memperlakukan mereka secara baik, maka anak-anaknya itu akan menjadi penghalang baginya dari api neraka" (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

see, even mak ayah pun boleh buat macam tu. how difficult orang dewasa can be kan. bila dah susah nak terima takdir, tak redha, maka macam mana hati nak tenang jiwa nak lapang. then, that's why masalah susah sangat nak selesai. bukan bermakna berserah pada takdir kita tak boleh berusaha. go and get a good life. usaha. belajarlah dari anak kecil, jangan mudah mengalah bila diuji. innallahama'ana. :)


p/s: esok nak kasi kad dekat ayah. mesti ayah akan cakap, "gapo dio gak kaklong" :))


Thursday, June 16, 2011

menjadi 'nur' yang 'bercahaya'

Bismillahirrahmanirrahim



" belajar al-Quran ni macam orang bercinta. kalau tidak kenal, makanya tidak cinta. jadi kalau tidak cinta, bagaimana hendak rasa rindu? kalau tidak rindu, sekuat manalah hubungan kita dengan al-Quran nanti. al-Quran tu surat cinta daripada Khalik untuk hamba-Nya dengan perantara kekasih Allah, Muhammad Rasulullah " (novel: Surat Ungu untuk Nuha, Noor Suraya)

lalu ingatlah bahawa sesungguhnya Allah telah berfirman dalam kitab-Nya lagi,

" sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, bertambah kuat imannya dan kepada Tuhan mereka bertawakal " (al-Anfal: 2)



p/s: kitakah orang yang seperti itu? yang mencintai al-Quran? yang rindu pada kalam-Nya? yang merasa kerdil dengan kejahilan diri bila dibacakan ayat-ayat Allah? atau kitakah yang hatinya membeku membiarkan Kalam Allah terbiar sepi tanpa alunan suara? tepuk dada tanya iman.


Wednesday, June 15, 2011

lunar eclipse

Bismillahirrahmanirrahim


gerhana bulan singgah malaysia from 1 am till 7 am on tomorrow 16th. according to MHI tengok pagi tadi, the maximum time when the moon is exactly at umbra bumi, is pada kira-kira 4.23 pagi. and actually masjid negara buat solat sunat gerhana bulan secara berjemaah with khutbah at 3 am. and together with planeterium negara, diorang letak ten teleskop untuk tengok bulan dengan lebih jelas and it is at masjid negara juga. rasa nak je pergi. tapi makhluk manalah nak bawa diri ni pergi masjid negara pagi-pagi buta macam tu. umi dengan ayah penat balik kedai. muhrim pun takde nak teman pergi. lain kali nak nak nak pergi. :)

p/s: jom buat solat sunat gerhana. kalau yang tak pernah buat, apa lagi, kan sunnah ni :)


he speaks little but smiles a lot.

Bismillahirrahmanirrahim

umur menginjak 50, ayah dah selalu sakit sakit. he's not that healthy as he used to be before. ayah is not working in a very nice office with air condition turn on 24 hours. not juga sitting on a very comfy chair and not even wearing black coat and shiny black shoes. he is an extraordinary heart-strong man with a superb motivation. and because of that, because kerja-kerja berat yang ayah buat since his childhood makes him sekarang kadang sakit sana kadang sakit sini. and i know everyone has a very superb father and alhamdulillah for that. for having seorang bapa yang wah, tak tau lah nak describe betapa besarnya pengorbanan mereka. because its tak terkata and you can just imagine and remember it in your heart every details of what they had done for us.


aceh, ni dah macam nak buat karangan untuk bapa-bapa sekalian sempena hari bapa yang belum pun sampai tarikhnya. ahah. setiap hari pun hari bapa and hargailah kehadiran mereka setiap masa dan hari-hari mendatang. dan one thing, bekal doa seorang anak yang soleh tu lah yang insyaAllah mententeramkan mereka saat mereka masih hidup hatta sudah saatnya di sana. nak jadi anak yang soleh tak? then, jangan kedekut or berat mulut or berat tangan nak menadah tangan dan berdoa untuk ibu dan ayah tahu.

"dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada orang tua. dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut, dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak keduanya. dan ucapkanlah keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, "Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana mereka mengasihi aku ketika kecil" (al-Isra': 23-24)

actually semalam ke Hospital Serdang nak cek pasal kesihatan ayah ni lah. pergi jauh sikit sebab sepupu yang sorang tu, abang Amri MA kat sana. (entah kenapa, sangat banyak dan banyak saudara sebelah ayah di Kelantan yang jadi MA-medical assistant tapi tak satu pun dekat shah alam) so, abang Amri yang sangat soleh tu (patutlah isteri dia pun solehah je :) dan baby irdina yang tak sampai setahun tu sangat cerdik) tolong ayah apa yang patut. and alhamdulillah cek sana cek sini ayah sihat. jantung ayah ok. mulut ni pulak bising tanya mesin ni macam mana guna, ni apa, ubat ni apa bla, bla.. eh, tiba-tiba rasa nak ambil medic. boleh? ahah. sudah, tak lama je nak habis study, grad dan sila jadi lawyer mengikut sijil dan bukan doktor. :))

and sebab tak tahu mana dah yang sakit, terus gerak ke Darul Shifa' dekat bangi. manalah tahu buatan orang atau apa. ikhtiar kan perlu untuk diri. seterusnya biarlah Allah tentukan. ustaz pun nasihat sekit sebanyak, ambil doanya bla, bla.. dan balik. biasalah orang meniaga memang selalu agaknya kena benda benda macam ini. kasihan ayah umi. dulu sebelum masuk MRSM, muka ni lah yang teman ayah (umi sihat je selalu) every 2 to 3 times per week ke Darul Shifa'. adik awin sekolah asrama dari form 1 so, dia tak ikut. ayah selalu sakit. kasihan ayah. berubat kena terus terus. baru cepat baik. masuk MRSM alhamdulillah ayah dah sihat betul. ada hikmah jugak Allah bagi diri ni masuk asrama lambat sikit. :)

ayah, ayah, ayah, ayah cepat sihat ye! :)


p/s: sangat seronok belajar pasal benda yang related with medic. sebab tu nanti rasa macam nak ambil elective medical law. lagi-lagi belajar dengan Dr Putri Nemie yang disukai ramai tu. mesti best. either saya yang akan menyaman doktor atau saya membela doktor. ahah :)) jadi, sila treat patient anda dengan berhikmah ye doktor doktor semua jangan ada kes. tapi commercial or banking law pun best. senang nanti kalau pasal business mem-business ni. so?(masih difikir fikir)


Monday, June 13, 2011

what fear you?

Bismillahirrahmanirrahim



everyone has their own fear. some of us tahu apa-lah-benda-yang-ditakuti-itu. some not until lah discover sendiri. it can be developed since child which basically related to trauma. or berkembang sendiri dengan perubahan masa, umur dan surrounding. kalau in a psychological-terms-so-called, ketakutan happened due to distressing negative sensation induced by perceived threat. this is occuring in response of specific stimulus such as threat of danger or pain. cantik kan Allah cipta kita? kadang-kadang rasa takut 'membalancekan' hidup kita. why? bersuka-suka yang melebih-lebih buat manusia cepat lupa diri. rasa senang sepanjang masa dan nikmat yang banyak yang tak pernah Allah tarik dan uji akan membuat kita rasa hidup ini terlalu mudah lalu takbur dan u'jub bersarang-macam-sarang-tebuan-besar-dalam-hati. Nauzubillah.

according to one research yang dah-tak-ingat-kat-mana-pernah-baca, greatest fear Asean people including rakyat Malaysia is loneliness as number 1 fear. meanwhile, respondents dekat Europe macam Germany and Spain far more worried about losing their looks. tengok, macam macam kan.

ok, we need to know and differentiate first what kind of fear we have so that, insyaAllah later we can overcome with it. itupun if ada. have two types basically. external and internal. alright, external selalunya comes from surrounding macam takut dekat nyamuk (ada tak agaknya eh? ), takut dengan cicak and bla, bla. internal is in the other way round. benda ni dari diri kita sendiri macam negative thinking and emotion, self esteem yang rendah and bla,bla.

simple je nak atasi. but need step-by-step lah. as, not that easy nak overcome ketakutan dalam diri lagi lagi bila memang dari kecik jenis penakut. tehee :)

  • positive mind sangat membantu walaupun brain jenis ais-beku-antartika susah nak set-mind untuk berubah. harus juga ubah. sebab ketakutan dalaman lebih bahaya bila dah beranak pinak dan menjadi degil. latih minda anda.
  • berdepan dengan ketakutan tu. bersedia mental fizikal and spiritual. contoh macam, kalau kita jenis yang takut berucap di depan, try to do it. public speaking sangat and sangat penting. contoh, ada paper work nak bentang, or assigment kena present, we still need to stand in front and talk. kalau dah kerja lagi lah. project paper perlu dibentang depan big big boss and orang kenamaan semua, tak ke berdegup-degup jantung tu peluh peluh tersimbah di ladang gandum. so, before the day comes, practice depan cermin ke ape ke, ask others to hear your speech and etc. and paling penting, berdoa agar urusan dimudahkan and mulakan everything dengan bismillah. er, kalau takut nyamuk. apa lagi, guna tangan yang Allah bagi tu dan buat tepuk tepuk kuat 'ketepek!'. haa, nanti matilah dia.
  • bila dah get over it, insyaAllah kita akan ada mind setting yang baru and fresh. practice makes perfect! :)

pernah tengok ada sorang kawan ni kat uia lah sangat takut berucap kat depan. ada sampai orang gelak kat dia. kesian dia. lama-lama sebab semangat yang kuat, kawan saya tu one of the best speaker sekarang and orang selalu jemput bagi talk bila ada program. :)

p/s: oh.lagi PENTING! lebih lebih takutlah kalau iman sudah hilang dalam diri dan sudah tidak sensitif bila berbuat dosa atau melihat dosa.