Saturday, April 4, 2009

HATI.

Dalam diri manusia ada seketul daging. Jika baik daging itu, maka baiklah seluruhnya. Jika buruk daging itu maka buruklah seluruhnya. Daging itu apa ya? Jawapannya mudah kalau kita pernah dengar 1 hadis daripada Rasulullah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Daging itulah hati.


(jawapan sudah ter -> tunjuk dalam tajuk post ini )
( 50 markah kepada yang boleh teka dari awal ) =]

Sambil duduk-duduk tepi tingkap bilik, lihat pelbagai kerenah manusia. Sebab saya suka memerhati. Tapi bukan stalker ya!. Suasana sibuk benar di bawah.baru pulang dari kelas mungkin. ( saya duduk di tingkat atas sekali hostel ).


Jadi saya buat 1 penilaian dari pemerhatian. Ala, macam kita buat experiment biology masa sekolah dulu, mula-mula tentulah observation. Kemudian kita akan dapat result yang lain. Betul kan ? ( janganlah silap, sebab sudah lama saya tinggal bidang ber experiment dengan bahan-bahan kimia dan sekutunya )

Penilaian apa?


Bahawa sikap kita itu cermin diri kita. Akhlak itu pantulan keimanan kita.
Sikap yang baik petunjuk akhlak yang baik. Dan sebaliknya. subhanaAllah !


Jadi kalau mahu jadi baik,hati perlu baik.cukupkah hanya baik sahaja? Tidak. Kebaikan, sesiapa sahaja boleh buat baik. Hipokritkah atau benarkah? Menunjukkah atau ikhlaskah? .

Jadi, hati akan lebih cantik kalau isinya iman. insyaAllah kebaikan akan datang tanpa dipaksa. iman itu penjamin seluruhnya.akidah yang mantap.ibadat yang hebat.dan akhlak yang mulia.itu janji Allah pada hambanya.benar.

Cuma satu.


Berdoalah agar kita dijauhkan dari jadi orang yang terhijab hatinya. Kalau ditegur tak mahu dengar. Kalau dinasihat, rasa diri cukup baik sehingga nasihat orang tak mahu terima. Naudzubillah.


“dan antara mereka ada yang memperdengarkan kepadamu (al-Quran), padahal kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka dari memahaminya, dan kami jadikan pada telinga mereka penyumbat ( yang menjadikan mereka pekak )” . [surah al-An’am 6:25]

No comments: