Bulan april sudah hampir masuk pertengahan bulan.
Bulan mac pasti-pastinya sudah lama berlalu.
Ada masa luang saya baca surat khabar.bukan saya yang beli.tapi sahabat-sahabat.
Saya jadi penumpang untuk lihat-lihat dan belek-belek surat khabar.tak salah kan? =)
Oh,Malaysia ada perdana menteri baru!
Ingat mahu post berita panas di blog hari-hari yang dulu.
Tapi tertangguh dek tuntutan-tuntutan kerja yang lain.berita Malaysia “ber-perdana menterikan” yang baru sedikit hilang panasnya.makin sejuk mungkin.Najib sudah masuk pejabat perdana menterinya sejak 6 April lagi.cerita-cerita politik penuh dalam
akhbar. tak kiralah akhbar berhaluan kiri mahupun kanan.saya jadi malas pula baca lama-lama.media di Malaysia masih jumud.terkongkong dengan cerita tujuan penipuan dan penyamaran.hakikatnya kita yang mahu kebenaran masih mampu bersuara di alam maya.siapa mereka mahu sekat kebenaran? Tapi Kotak kecil Harakah.daily di blog saya boleh jadi sumber rujukan yang baik.bacalah jika ada masa luang ye! =)
Kemenangan IR nizar di bukit gantang berita anugerah.itu hadiah tak ternilai. Menang dengan 21860! Ismail suffian Cuma 19071.Saff pimpinan Islam sambut dengan sujud syukur. Kemenangan itu hak sebenar MB nizar. Beliau yang diperkotak katikkan . dipermain. Dihalau sesuka hati dari pejabatnya.tapi Allah lebih tahu. Siapa hambanya yang terbaik.Alhamdulillah.PKR juga di bukit selambau.menang juga ya. Walaupun ada konflik tentang nombor undi. tapi di batang Ai... malcom mussem 3907 dan PKR jawah Gerang 1854. Nilai yang bezanya mungkin tengah-tengah. Tidak terlalu jauh dan tidaklah terlalu dekat. Yang penting usaha sudah dibuat.ah,mungkin perlu sedikit masa di tempat sedemikian.masyarakat di sana perlu lebih terbuka menilai dan berfikir cara orang-orang yang lebih sedar.biar masa dan takdir yang menjadi pinggan penentuan.usaha kita adalah ulamnya.benarkan?atau terbalik? Yang mana harus jadi pinggan dan yang mana harus jadi ulamnya ya? Anda fikirlah..
Barisan baru kepimpinan Malaysia juga sudah dibentuk.banyak sungguh persoalan kami beramai-ramai satu bilik bila lihat gambar-gambar menteri baru.muhyidin yassin naib pada najib.mereka dalam Kabinet kerajaan ada aturan dan citarasa sendiri apabila memilih muhyidin. Kita lihat apa yang akan berlaku seterusnya.setelah kepimpinan PAK LAH yang penuh dengan cerita-cerita bervariasi dan berwarna warni. Corak-coraknya juga penuh.
Pesanan saya, ingatlah bahawasanya Islam mementingkan dan mengukur kehebatan seseorang dari dua sudut, iaitu dari sudut keluhuran perilaku, dan keberkesanannya dalam melaksanakan peranannya sebagai khalifah ALLAH.
P/S : RASULULLAH S.A.W QUDWAH HASANAH KITA.
No comments:
Post a Comment