Sunday, April 19, 2009

pameran buku.

Ke pameran buku semalam.
sudah lama tidak menjamu mata dengan buku-buku.
Rasa seronok lihat buku-buku begitu banyak.namanya pameran buku.tapi buku bukan untuk dipamer sahaja ya.tujuan utama untuk dijual.

Maka,saya yang memegang duit rasa ringan tangan untuk beri duit pada penjual.sungguh. cinta pada buku buat saya jadi pemurah pula.pemurah kepada penjual buku.pemurah juga untuk manjakan diri dengan membaca. =)

Kajian dunia mendapati :

Rakyat Malaysia malas membaca.baca buku 2 helai muka surat setahun.
ini kajian yang sudah bertahun.sudah bersawang kajian ini.
tapi kebenaran tidak boleh diselindung.benar juga.

kajian oleh saya sepanjang separuh hari di pameran buku :

** ramai sungguh rakyat Malaysia di pameran buku.mahu berjalan pun rasa susah.rasa seperti sedang baru belajar berjalan.sebab berjalan perlahan-lahan.
Komen : pameran buku perlu dibuat di tempat yang lebih besar.perlu sistematik kerana jumlah pelawat @ pembeli@ pelihat@ pelancong ke pameran buku khabarnya bertambah setiap tahun

** pameran buku paling laris dan ramai peminat jatuh kepada gerai yang menjual komik , penulisan ringan dan majalah hiburan.
Komen:perkara biasa.rakyat Malaysia terlalu suka komik-komik dan kartun-kartun.remaja lebih suka yang ini daripada buku ilmiah.terlalu suka hingga keluar dari PWTC membawa beg penuh majalah-majalah hiburan yang murah dan komik-komik biasa yang dibeli dengan harga murah selepas diskaun.mereka sudah dibiasakan keluarga.tidak ditegur bila terlalu banyak baca majalah hiburan.tak salah kalau ada pepatah kata “otak rakyat Malaysia kalau dijual paling laris” sebab paling sikit diguna.masih banyak ruang kosong untuk diisi dengan ilmu-ilmu yang lebih penting.

** gerai menjual buku agama rasa sejuk mata memandang.sebab muka depan yang ditayang di setiap buku @ majalah gambar-gambar yang manis dilihat mata.ayat-ayat al-Quran juga banyak. Rasa penat berjalan hilang sedikit bila ke gerai menjual buku agama.
Komen: tak sepenuh dan semeriah gerai menjual majalah hiburan dan komik.tapi masih boleh dibanggakan.masih ramai berminat dengan buku-buku agama @kitab –kitab.tapi yang penuh di gerai ini hanya mereka yang sudah lepas usia remaja.dan juga mereka yang memakai kopiah, dan apa jua pakaian yang manis dipandang.

** terlalu banyak penjual novel picisan.
Komen: Remaja juga yang ramai disini.saya juga ada.mencari novel-novel yang baik untuk pengisian minda dan pentajaman bahasa.novel-novel cinta islamik tak sebanyak novel biasa.perlu dibanyakkan agar dapat membangun jiwa remaja.untuk mendekati dan memahami remaja,kita perlu didik mereka dengan BAHASA MEREKA.kalau itu kesukaan mereka,maka cara itu perlu didekati. Boleh terima pendapat saya?

Saya yang suka memerhati.moga dapat ke pameran buku lagi.mencari buku yang ada ilmu baik di dalamnya.semoga saya yang membaca dan sesiapa yang pernah membaca dalam hidup beroleh manfaat dengan membaca.

=)

No comments: