Saturday, April 4, 2009

UJIAN.

Malam rabu rasa sakit sungguh kepala.

Rasa sakit datang tiba-tiba.sakit sangat.Allah jua yang tahu betapa sakitnya kepala saya.

Niat dihati tak mahu beritahu sahabat-sahabat lain. Takut menyusahkan mereka. Esok masih ada kelas dan mereka perlu study di tambah homework yang banyak. tapi entah bagaimana ya, mereka tahu. Mungkin pelik lihat saya senyap sahaja di katil.sedar-sedar saja saya dengar suara hidayah : “kak sakit ke?” . tangan masyitah dah melekat di kepala saya.masyitah picit-picit kepala. Rasa mahu menangis sebab sakit sangat. Terus saya angguk-angguk. Daripada 2 orang, tambah lagi 3. Semua mahu menolong.memberi simpati.subhanAllah.

sayang sungguh saya pada sahabat-sahabat semua. Lama benar mereka picit kepala saya. Sungguh.sangat lama. Saya tertidur.

Bangun pagi esok.

Alhamdulillah rasa baik sedikit.tapi masih lagi rasa sakit.
Bangun sahaja terus ucap terima kasih pada semua yang menolong.
Terima kasih sahabat! Allah jua yang mampu membalas budi baik kalian.



Sakit itu ujian.
=)

No comments: