Sunday, April 26, 2009

siapa awak?

Seorang sahabat bertanya pada saya : “kalau enti lah kan, apa enti nak jawab kalau ana tanya siapa enti sebenarnya? .noktah. soalan sahabat saya berhenti takat itu sahaja. Saya senyum pada sahabat. Biskut di tangan saya letak semula dalam tupperware . mahu jawab apa ya?. saya jawab : “ana nak bagi jawapan ana hamba Allah yang biasa saja boleh?”. sahabat saya yang ini memang suka betul tanya soalan memerah otak.soalan dia biasa saja. Tapi kalau mahu dihujahkan panjanglah juga .jadi, saya kelaskan soalan yang dikatakan biasa itu sebagai soalan memerah otak saya.

Lalu perbincangan jadi panjang.biskut dalam tupperware hampir habis tanpa disedari sebab bercakap dengan terlalu ashik dalam masa yang sama tangan tak berhenti mengambil biskut dan mulut terus mengunyah. Tambah lagi bila sahabat-sahabat yang lain join sekali usrah + jamuan biskut kami.macam-macam yang nak diceritakan.macam tak berjumpa bertahun pula. =)


Bila banyak sangat yang nak dikongsikan, masa yang dah merangkak ke senja pun boleh jadi tak sedar.azan maghrib boleh dengar dengan jelas.maka secara tak langsung usrah + jamuan biskut kami berakhir begitu sahaja.

Maka apa ya? Siapa awak? Siapa juga saya?

Kesimpulan yang panjang selepas difikir-fikirkan soalan memerah otak ini ialah ..


******************************************


Kalau orang lain tanya siapa awak? Antara jawapannya mungkin :


** saya kakak kepada 12 adik.
** aku anak orang terkaya.
** saya pelajar paling hebat.
**beta sultan paling handsome.
**kawe ore kelate.
**ana daripada jurusan ekonomi.

Jawapan pelbagai yang direka saya.agaknya sahaja akan ada yang jawab begitu.


Untuk tahu siapa kita sebenarnya sangat penting.ahli psikologi merumuskan kelakuan seseorang mengikut identitinya.

“SIAPA ANDA,MENENTUKAN BAGAIMANA ANDA MELIHAT.APA YANG ANDA LIHAT ITULAH YANG ANDA DAPAT”

Jadi kefahaman perlu ada supaya sesiapa jua yang mahu lakukan perubahan dalam diri (saya juga ya) tahu secara tepat perkara apa yang perlu beri tumpuan supaya perubahan yang dimahukan itu tepat dan dapat hasilkan kejayaan DUNIA DAN AKHIRAT.insyaAllah.


Contohnya begini.kalau saya beri situasi : siapa anda menentukan apa yang anda lihat.maksud saya, perspektif anda sahabat-sahabat sekalian bila melihat sesuatu.

Situasi : pantai yang lautnya biru.ombak perlahan.pantai memutih.pokok kelapa bertaburan ditepi pantai.

Orang biasa bila lihat pantai yang cantik dan bersih akan kata: “wah,cantiknya tempat ni.lain kali boleh datang lagi”. Nelayan pula bila lihat laut : “ini tempat aku cari rezeki.dimata si nelayan boleh nampak gambar ikan,sotong,ketam,udang dan yang sewaktu dengannya. Si penyelam mutiara pula bila lihat laut : “tempat ini tempat aku kutip mutiara yang banyak.selepas kutip.jual dengan harga yang baik.boleh sara hidup keluarga”. Penggali petroleum pula katanya : “laut ini bagus.tempat gali minyak”.

Maka?. Tafsiran setiap orang tentang laut, perspektif mereka itulah menentukan siapa mereka sebenarnya.dimana akal diletakkan untuk berfikir dan menghayati hidup.

Akal yang rasional akan selalu ingat : aku ini siapa? Aku ini hamba Allah yang daif. Tapi kalau ditanya pada hati? Apa perasaan kita terhadap Allah? Terhadap perintah-perintah-Nya? Terhadap hukum-hakam-Nya? Terhadap Qalam-Nya al-Quran yang mulia?

Akal dan hati tak selalunya berjalan seiring.kadang-kadang hati jadi sombong dengan akal. Akal juga kadang-kadang riak dengan hati dan selalu menidakkan rasa hati.justeru perlu apa? Untuk tahu siapa kita, mantapkan akidah.semaikan iman dalam hati. Suburkan jiwa dengan rasa takut pada Allah.basahkan lidah dengan zikrullah.apabila kita ini hamba Allah yang taat, maka kita itu hamba Allah yang akan dipermudahkan segala urusan dalam hidup.
Merasa kasih-sayang dari-Nya.kembara hidup terasa bermakna.tiada lagi rasa sesal dalam urusan duniawi yang sahamnya akan dibicarakan di akhirat kelak.itulah kita.

saya yang juga menulis untuk dikongsi dengan semua menegur kekerdilan diri yang penuh dengan kelemahan.itu sifat semulajadi menusia kan? .ingatlah daripada DIA kita datang, kepada DIA juga kita kembali.

** Wallahualam.


1 comment:

At-Rijal said...

Subhanallah.. terkesan dgn penulisan saudari. Bila bertanya kpd diri sendiri barulah terasa, kerdilnya diri ini di sisi Tuhan.