Tuesday, April 28, 2009

.arah kehidupan.



Dulu-dulu masa sekolah rendah lagi, cikgu sudah ajar saya yang bumi ini ada empat arah mata angin utama.oh.dalam subjek kajian tempatan kalau tidak salah ingatan saya. Lalu arah mata angin bertambah lagi empat bila kita ke kelas geografi pula di sekolah menengah. Arah mata angin itu bagi saya untuk mudahkan segala urusan. Urusan si pengkaji cuaca.atau urusan pembawa kapal-kapal atas laut yang luas agar tak sesat di tengah laut lalu ditahan lanun.

Allah menciptakan segala sesuatu itu dengan hikmah.kita belajar dari apa yang kita lihat dan kita lihat kebaikannya untuk aplikasi dalam hidup.bumi sahajakah ada arah?

Hidup juga perlu berarah.
Arah bertujuan dan bermatlamat.

Beri satu contoh untuk difikir-fikir dan direnung-renung supaya otak tak beku dan malas berfikir :

**Seorang remaja lelaki berkulit cerah dan bertubuh sederhana gempal telah tersesat jalan di dalam sebuah kampung bernama kampung periuk terbalik.lelaki tersebut baru pulang dari sebuah tempat pelik bergelar negeri Nottingham.pelik didengar bagi orang-orang tua di kampung yang biasa bercakap dalam loghat mereka dan hidup dalam ruang lingkup mereka sahaja.

Lelaki tersebut berada ditengah-tengah persimpangan kampung yang punya empat penjuru semuanya .yelah,kampung periuk terbalik ini letak duduknya cukup strategik.boleh berhubung jalan darat dengan mana-mana kampung di daerah itu.

Ada empat simpang.mana satu kena pilih? (kata lelaki itu dalam hati)

Tiba-tiba lalu seorang pakcik tua berjanggut putih panjang dan berbaju jenama pagoda (alah, yang t-sirt nipis warna putih) kebetulan lalu disitu dengan menaiki vespa tuanya berwarna kuning tompok-tompok hijau yang separuh umurnya.mungkin.kelihatan terlalu uzur.

“assalamualaikum pakcik ! .mana satu simpang yang saya kena pilih ni ye?”

Sreeetttt...(bunyi vespa kuning pakcik tercungap-cungap cuba berhenti)

“uhuk..uhuk..ye nak,kamu ni nak kemana?” (pakcik tua mengelap-ngelap peluh didahi)

“saya..saya..” “saya tak tahu pakcik” remaja lelaki garu-garu kepala sepertinya ada kutu sahaja.

“ehm? Tak tahu ye.kalau macam tu,pilihlah mana-mana jalan pun..”

Vroooommm~
vespa pakcik menghadiahkan asap kelabu berkepul-kepul tebal pada remaja lelaki itu.lalu vespa kuning bertopok hijau hilang daripada pandangan.

Boleh dapat apa dari cerita yang hanya direka saya ini? maaflah kalau isi yang mahu disampaikan tak dapat difahami.saya bukan tukang cerita yang handal.masih belajar.

Tapi,apa jua kesimpulannya, angin sendiri tak mampu membantu sebuah kapal yang tak tahu arah tujuan.tapi Jalan dalam hidup ini akan disediakan Allah andai hidup kita bertujuan dan bermatlamat. Tanpa panduan wahyu,manusia akan sibuk mencari.namun, mencari sesuatu yang tidak pasti, apakah mungkin saya atau sahabat sekalian temui?

tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang di angkasa lepas. Tidak ada yang menahannya selain daripada Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itubenar-benar terdapat tanda kebesaran Allah bagi orang yang beriman” (al-nahl : 79)

Allah ciptakan manusia sebaik-baik kejadian.Allah telah beri garis panduan dalam hidup. Syariatullah dan sunnatullah.itu kebesaran-Nya.tinggal saya dan sahabat semua untuk jadi hamba-Nya yang bersyukur.berjalan dimuka bumi dengan berfikir penuh bijaksana.

Saya yang dalam kembara hidup.semua juga begitu.titik.

No comments: