Islam itu agama yang syumul.mengajar kita lakukan kebaikan kerana kebaikan membawa kebahagiaan.menegah kita lakukan kejahatan kerana kejahatan hanya tahu bawa derita. Derita seluruhnya pada hati agar hati jadi mati lalu hidup hilang arah.naudzubillah.
Berbahagialah kita atas nikmat Islam dan iman yang masih Allah pinjamkan buat kita hingga saat ini. dan semoga dua nikmat paling besar ini Allah terus pinjamkan buat kita hingga hujung nyawa.
Tertarik dengan sepotong kata-kata dalam majalah solusi yang saya pinjam daripada sahabat.
“jika kamu ingin Allah ‘bercakap’ denganmu,bacalah al-Quran kerana al-Quran adalah ayat-ayat Allah yang ditujukan padamu.tetapi jika kamu pula ingin ‘bercakap’ dengan Allah maka dirikanlah solat..”
Kualiti hati menentukan kualiti amalan.dan kualiti amalan menentukan kualiti hati.
Telah Allah tetapkan bahawa sesungguhnya amal ibadah dalam Islam itu telah Allah buat cukup cantik untuk mencantikkan juga hati kita.
Solat itu bertujuan untuk mengingati Allah.mengingati Allah maksudnya merasai kehadiran Allah dalam diri.merasa Allah itu melihat kita.dan kita sedang diperhati-Nya.
“dan dirikanlah solat untuk mengingati-KU” (at-Taha : 14)
** Maka,solat itu kunci segala kebaikan.jika baik solat kita.baiklah kehidupan.dunia dan akhirat jua. Solat ditinggalkan? Runtuhlah tiang agama dalam diri.apa lagi yang tinggal jikalau tiang agama sudah runtuh? Maka hidup ini tidak lagi bermakna. Mati dalam hidup yang kosong.titik.
No comments:
Post a Comment