Sambil mengajar ustaz suka bercerita.hari ini belajar usrah fil Islam.secara tak langsung, cerita ustaz jadi banyak dan bersambung-sambung.dari satu cerita ke cerita yang lain.seronok juga.biasalah, mata jadi segar bila ceritanya banyak daripada penyampaian ilmu. Yang tersengguk-sengguk dari awal masuk kelas boleh duduk tegak bila kelas penuh dengan ketawa dan cerita-cerita kelakar.Macam sudah jadi budaya dalam kelas pula. =)
Entah kenapa, saya tertarik dengan salah satu cerita ustaz yang disampaikan sewaktu kelas hampir tamat.kisah seorang lelaki sewaktu dia istirehat. Jom kita kongsi!!! .....
=)
Kata ustaz, lelaki ini sedang rehat-rehat.rehat-rehat waktu tengahari selepas penat bekerja di bawah sepohon pokok yang besar. Ustaz kata lagi, pokok yang besar itu, ada buah-buah.tapi buah yang ada semua kecil-kecil .fitrah pokok memang begitu.
Sambil rehatkan diri, dia melihat sekeliling. (macam saya! Suka memerhati) =)
Kebetulan,di sebelah kanannya, ada seakan kebun labu yang kecil.kenal buah labu? Alah, yang bulat comel dan berwarna oren .buah-buah labu yang ada di kebun sangat besar.memang besar sungguh.lagi besar daripada bola sepak. =P
Lalu terlintas di kepala lelaki itu, “ah,Tuhan ini tidak pandai”
(NAUDZUBILLAH, janganlah ada antara kita yang terlintas di fikiran perkara begini)
(siapalah kita untuk memikirkan zat-Nya.... )
Lelaki itu menambah .
“kenapalah Tuhan ciptakan pokok yang aku tengah bersandar ini batang pohonnya sungguh keras dan kuat.daunnya hijau subur, tapi buah-buahnya kecil sahaja. Sedangkan buah labu yang rupanya biasa-biasa sahaja duduknya di bawah. Besar sangat pula tu”.
Lelaki itu tertidur.
POOPP!! ToiiNKKK!!~~~
Lelaki itu bangun terkejut.(mesti kelakar muka dia)<-saya yang tambah.. =p
Aduh! Rupa-rupanya buah kecil dari pokok tempat lelaki itu bersandar jatuh atas kepalanya.
Lalu lelaki itu terfikir..
“Alhamdulillah..nasib baik Tuhan ciptakan pokok ini buahnya kecil.kalaulah buahnya besar macam buah labu itu...sudah lama aku mati..”
Tersenyum saya dengar cerita ustaz.cerita yang bagus.biarlah sudah masuk universiti pun. Cerita rakyat macam ini masih lagi sesuai dengan jiwa saya. Saya suka.Bukan kanak-kanak pra-sekolah saja boleh dengar . =)
p/s : setiap yang ALLAH cipta dan takdirkan dalam QADA’ dan QADAR-Nya punya hikmah.
Jadilah orang yang berfikir dengan bijaksana diiringi iman didada. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang bersyukur.insyaAllah. =)
No comments:
Post a Comment