selalu saja dengar masalah sahabat-sahabat.yang mampu kita tolong kita tolong.kalau tak mampu, jadi pendengar masalah sahabat itu sudah cukup baik kan? sahabat ditimpa masalah.kita perlu buat apa ya?
A) buat tak tahu
B) buat-buat tahu
C) buat tak tahu tapi ambil tahu juga
D) buat-buat tahu dan ambil tahu juga.
E) bukan buat-buat tapi benar-benar ambil tahu
banyak sungguh pilihan jawapan.oh.ini hanya rekaan saya sahaja.tidak sesuai untuk diterbitkan dalam mana-mana peperiksaan pun ya! =)
hari ini hari kami sebilik memberi nasihat dan kekuatan pada sahabat yang kami sayang. bila sahabat ada masalah, pilih jawapan E tau!.. kami juga pilih jawapan E dan bulatkan dengan pensel 2B. (ini karutan penulis)
kasihan dia.dalam dilema.orang lain juga pernah.kerana manusia itu tidak kuat dan lemah, maka kami siap sedia untuk membantu. itu tugas sahabat kan?? =)
semoga ukhuwwah kami berkekalan dan dalam redha Allah.
setiap masalah ada jalan penyelesaian kan?
kerja kita? usaha dan tawakkal.. doa jangan lupa =)
p/s : post kali ini ayat berterabur dan susah difahami. idea penulis sukar meloloskan diri dari otak. tapi tak kira. rasa mahu tulis. oh.gambar di atas diambil sempena kecomelan kanak-kanak tersebut. najahna?? (kami berjaya memujuk sahabat) =)
No comments:
Post a Comment