yang sebelah kanan itu abang imad. gambar diambil tahun lepas waktu abang imad pulang dari US juga. oh, dan gambar itu waktu dia sedang mencucuk badan cacing ke mata kail. mahu mengail ikan di belakang rumah kampung di kelantan. yang paling penting, abang imad perlu lawat nenek yang sudah uzur dan terlantar saja di atas tilam. nenek sakit dan sudah tidak boleh berjalan lagi seperti dulu. sebelah badannya lumpuh. semua pergerakan harus dibantu anak cucu. kalau tidak, siapa yang mahu mengurus nenek?
kasihan nenek.
nanti, tunggu kepulangan saya tahu! saya pun mahu jaga nenek juga. bila sudah masuk belajar, tidak ada kesempatan dan ruang. kalau saya terlambat, bukankah itu sangat menyedihkan?
sebelum pulang ke kelantan, perlu bantu adik awin menguruskan kerja-kerjanya untuk kemasukan ke kolej mara banting. adik awin akan buat international bacaulaurette nya disitu selama dua tahun sebelum terbang ke luar negara. menyambung pengajian dalam bidang perubatan. insyaAllah. itu juga doa nenek dulu-dulu. suruh adik awin belajar rajin-rajin sampai jadi doktor yang berjaya. tapi nampaknya, adik awin mungkin tak berkesempatan merawat nenek dengan tangan sendiri bila ada rezeki jadi doktor kelak.
banyak yang perlu diuruskan. lagi pula, kemasukan pun akan tiba tak lama lagi. selepas menyelesaikan apa-apa yang patut pagi tadi, saya teman adik awin mencari hadiah untuk sahabatnya, zahra. zahra sudah mahu terbang ke US sabtu ini. cepat benar! katanya, program bawah JPA itu yang tetapkan persedian terus di sana. macam itu pun bagus juga. cepat pergi cepatlah balik malaysia. sambil teman adik awin, saya lihat-lihat gelagat orang ramai di pusat beli-belah. malu sungguh saya bila lihat pasangan yang saya kira umur mereka baru dalam lingkungan 12 tahun berpegang-pegang. amboi ! kecil-kecil lagi sudah pandai. besar nanti macam mana? semoga Allah meluruskan kembali hati kamu. nauzubillah. semoga saya dilindungi dari disentuh mana-mana lelaki pun. biarlah seorang lelaki yang sudi menyelitkan barisan nama saya dalam akad nikahnya saja yang berhak berbuat demikian.
saya bukan mahu jadi ortodoks atau berfikiran sempit. saya cuma mengikut apa yang Allah gariskan dalam kitabnya selagi saya termampu. Allah ciptakan saya, jadi saya tidak mahu berlagak membatasi larangannya. ya, selagi saya mampu! saya pun manusia biasa. ada noda dalam bersihnya kain putih.
saya mahu buat yang terbaik untuk hari ini. menjaga diri sebaik-baiknya. mendidik hati sebaik-baiknya. merawat jasad dan hati bila dosa seperti debu-debu yang bertaburan. insyaAllah. sebab saya bukan hidup untuk hari ini saja. saya akan dihidupkan lagi nanti. bila malaikat Israfil tiup sangkakala buat kali kedua.
langittasbih.
2 comments:
moga dirimu sntiasa dlm pmeliharaan Allah,kak...
-emah-
emah,,
ameen.
kak mahu Allah pelihara kak..
juga emah.. =)
pelihara hati itu yg penting,,
hati kotor, banyak bintik hitam atas dosa yang visible atau invisible buat seluruh jasad dan rohani tidak benar.dan mereka itu,, jasad dan rohani memang tidak membenarkan.. sebab mereka juga hamba Allah.. =)
naeemah syg,,
nanti jumpe ye digombak..
kalau mahu tunjuk ajar,, kak insyaAllah membantu selagi termampu.. =)
kamukan freshie.. hehe..
jgn marah tahu!
XD
Post a Comment