kasihan adik awin. dia seperti mahu demam saja. bila ditemani batuk dan selsema, maka, tahu sajalah adik awin itu. dia akan demam nanti. ini semua gara-gara saya yang mula-mula sekali demam dalam rumah. bersin sana-sini. kalau ditutup mulut waktu bersin pun, peratusan adik awin dan seluruh isi rumah akan berjangkit amat tinggi. maklumlah, namapun sudah duduk dekat-dekat. kan sudah berjangkit. umi kata tadi, tekak umi juga sudah pedih-pedih. badan rasa lesu lagak seperti orang demam. alamak! maaflah umi. huhu. kaklong tak sengaja lah. encik, cik, dan puan virus serta bakteria nampaknya mengganas dalam rumah! seperti biasa dan selalu, ayah saja yang kebal. heh. ayah kan memang kuat. =)
waktu sakit, kita mesti senyum dan ceria juga. walaupun hidung seperti mahu tercabut dan anak tekak seperti mahu terkeluar.
bila sudah sakit, entah kenapa saya jadi sensitif pula. ah, kalau tidak sakit pun, saya rasa, saya ini memang sensitif juga. haha. saya jadi teringat semua perkara. maksud saya, otak saya ini, suka benar me-rewind cerita-cerita lama dalam kotak fikiran. lalu, sesaat yang tadi, saya akan jadi gembira. sesaat kemudian, saya akan jadi penyedih. sesaat kemudian, saya akan berhenti berfikir tentang itu semua. bangun dari tempat saya duduk. dan buat kerja lain.
kalau tiada kerja, lebih baik membaca. otak pun bersenam-senam dengan ceria. berangan banyak sangat pun otak malas melayan.
saya jadi gembira kerana banyak perkara. kerana Allah beri ruang untuk saya gembira dan merasa nikmatnya. tapi Allah beri juga ruang untuk saya merasa sedih. (kenapa ashik gembira dan sedih saja?. ala, sebab pasangan perasaan berdua tu yang paling senang di-elaborate). saya rasa sedih dengan dosa-dosa saya. saya rasa sedih kalau saya cuma merapati sahabat atau seseorang bila saya rasa sunyi. saya tak mahu jadi penting diri ! tak mahu. kalau saya senang, saya tinggalkan. atau saya akan cari sahabat lain yang saya lebih senang. ah, saya tak suka jadi itu.maka, sahabat semua, kalau saya jadi orang seteruk itu, maka tegurlah saya.mungkin saya tak menyedari sikap saya. maaf ye!situasinya begini. ini melalui pemerhatian saya ye. bila seseorang itu (kamu boleh bayangkan sahabat kamu atau sesiapa sahaja yang kamu mahu) rapat dengan seseorang, lalu baiklah mereka berdua. manis-manis saja ceritanya. lalu ada bom torpedo terjatuh dan meletup antara orang-orang ini. maka jadi apa ye?. dua-dua terpelanting. dan jatuh jauh-jauh. maka, yang seorang bangun dari jatuh dan berjalan kearah kanan. yang jatuh patah riuk sebelah sana, bangun payah-payah dan berjalan ke kiri. (faham ke kamu baca analogi saya ini? ala, kalau tak faham, baca lagi sampai faham kalau tak juga faham-faham,buat tak tahu sajalah ye). maka, ada dua haluan. ke timur dan barat. lalu, langsung tidak bertemu. apatah lagi meminta maaf. kan tak baik? .kalau meminta maaf, Allah jualah tahu keihklasan maaf yang kamu tuturkan..
langsung, saya kira, kamu tahu kedudukan kamu. atas sebab apa kamu berdua terpelanting jauh satu sama lain. kalau sebabnya untuk kebaikan, maka itu bukan masalah. kalau sebabnya untuk menjaga iman kamu, menjaga hati kamu dari dikotori, memelihara diri kamu dari mendekati sesuatu yang tidak sah buat kamu, itu juga bukan masalah. (tapi jangan pula terjebak kali kedua, tiga, empat atau lima. nanti, hati yang sudah hitam itu, jadi lagi hitam legam). betullah. mengisi hati bila kita rasa mahu seronok-seronok saja kan tidak baik. juga waktu kita rasa hanya manusia yang satu itulah tempat suka duka kita. (lainlah kalau kamu ada ikatan sah!) walau kita rasa kita dekat dengan Allah. ha, kalau rasa macam tu, cek balik hati tu pakai mikroskop paling canggih).
tapi, kalau dengan terpelanting jauh itu antara kamu, membuatkan kamu memutuskan silaturrahim, itu bahaya. jangan ada benci. maafkanlah. semua orang pun buat silap.sahabat kan kena sayang sahabatnya! =) kita belajar separuh tentang hidup dengan orang sekeliling kita. mereka itu sebahagiannya sahabat kita. maka, berterima kasihlah pada mereka. kalau rasa, hubungan kita dengan sahabat macam keruh seakan sungai Gombak, maka jernihkanlah. itukan sifat mulia. siapa yang tak mahu jadi baikkan?
p/s :bila saya menulis, saya sebenarnya menulis atas diri sendiri. tulisan-tulisan saya akan melekat pada badan saya. jadi, saya menegur diri sendiri sebelum saya menegur orang lain yang sudi membaca. bagi mereka sahabat-sahabat saya, yang saya pernah lukakan, calarkan, koyakkan hati mereka, maafkan saya. saya cuma insan biasa. yang ada noda dalam bersihnya kain putih.
No comments:
Post a Comment