Sunday, June 13, 2010

old days

Bismillahirrahmanirrahim.

masa kecil-kecil dulu, saya selalu saja rasa pelik bila arwah uwo (nenek) dan arwah atuk bercakap dengan umi dalam loghat melayu-kampar. tapi, kepelikan itu saya pendam saja dalam hati. yelah, budak kecik mana boleh sibuk-sibuk hal orang tua. lagi pula, waktu itu saya kira, agaknya itu memang bahasa orang besar. yang saya juga akan terer bercakap dalam loghat itu bila besar nanti. pernah suatu hari zaman dulu-dulu, semasa di kampung umi di Sabak Bernam, saya yang geram kerana tak faham apa yang umi gelak-gelak dengan arwah uwo, pergi menyebok, berjalan ke arah uwo, dan tanya, "uwo, uwo cakap apa ni?. kenapa umi gelak-gelak?. akhirnya,, uwo yang gelakkan saya. haishh, tanya kenapa orang gelak, kita yang kena gelak. saya rasa waktu itu saya belum lagi masuk tadika.

bila sudah besar, baru saya faham kenapa umi bercakap bahasa melayu yang 'agak lain' itu dari bahasa yang ayah cakap bila pulang ke Kelantan. oh, umi kan orang minang. dan ayah kan orang kelantan. tentu lah lain. kata umi, arwah atuk dan arwah uwo asalnya dari Sumatera. mereka keturunan melayu minangkabau. jadi, bila orang kata keluarga belah umi saya orang jawa, saya tentulah kata tidak. sebab mereka orang minangkabau lah.dan keluarga belah umi akan bercakap-cakap antara mereka dalam dialek kampar yang biasa ditutur orang minang. entahlah, saya tak pandai pula bercakap dalam dialek yang ini. bunyinya agak-agak sama dengan pertuturan orang negeri sembilan. cuma lain sedikit mengikut daerah-daerah sekitar sumatera. alaa, kan kebanyakan orang negeri sembilan berketurunan minang dalam masa yang sama. rugi betul tak mahir bercakap dalam dialek nenek moyang sebelah umi. tapi, saya boleh faham juga bila pakcik makcik berbual-bual. kata umi lagi, kalau mahu umi bertutur dalam bahasa jawa juga tidak ada masalah. sebabnya, kampung umi itu ramai juga berketurunan jawa. jadi, tentu saja umi boleh berbicara lagak seperti orang jawa dengan baik.


cantiknya. ini contoh rumah minangkabau di pulau Sumatera. agaknya, nenek moyang umi yang dulu, tinggal dalam rumah macam ini. wah, macam puteri-puteri minang pula rasanya. heh.


tasik danau toba di Sumatera memang indah. moyang-moyang yang dulu agaknya selalu berjalan ke sini. tak perlu bayar beribu-ribu pada Malaysia Airlines atau murah sedikit pada Air Asia kalau mahu melawat sini. oh, bagus juga.


ini pak belang Sumatera. ada juga perkataan sumatera pada nama kamu wahai encik harimau. kacak juga kamu ni ye. haha. kalau tonton national geographic, macam seronok saja lihat si penjaga bermain-main dengan pak belang. comel. tapi, nanti kalau dia gigit, kan haru jadinya.


wah, saratnya perhiasan. lip-lap sana-sini. namapun, berkahwin ala-ala tradisional minang. kalau sayalah mahu berkahwin nanti, sederhana sudahlah. (macamlah sudah layak kahwin. haha). Islam kan galakkan kesederhanaan. =)

banyak lagi kalau mahu disenaraikan tentang melayu sumatera. kalau nak tengok lagi, cari pakcik Google ye. itu bisa saja bantu kamu dong! haha. cuma berkongsi dengan kamu, kamu dan kamu. saya cuma mahu berbual-bual dengan encik Blogspot =)



rindu pula tiba-tiba pada kampung umi di Sabak Bernam, Selangor.
rindu juga untuk jenguk nenek di Kelantan. bila lah ayah mahu beri signal pelepasan ke kampung ni?

No comments: