macam hari-hari yang lain juga.seperti selalu.pagi kelas dan petang juga.jadual penuh.betul!. (tapi masih punya masa untuk kerja sambilan yang ini ya) =)
kali ini, lughah arabiah sepenuhnya.sungguh.penuh kotak-kotak jadual yang saya tampal di atas meja study.cuma kosong sikit-sikit.
untuk kali yang kedua.dapat lagi ustaz dari Sudan.maka, secara langsung, saya akan jadi pendengar setia dalam lecture.kalau ada anugerah untuk pendengar paling setia khusus untuk ustaz Aman Mustafa, saya kira saya pemenangnya.mungkin.
- " ustaz, ana la afham "
- " na'am "
- " khalas"
- " ustaz, marratan ukhra. mumkin? "
perkataan yang ini dan adalah lagi beberapa kerat yang lain saya sebut dalam kelas. selebihnya senyum + sengih dan angguk - angguk. (menguap dan mata yang hampir 80 degree nak tertutup juga ada ) =) kebanyakan kami juga begitu. cuma beberapa pelajar muslimin yang sangat terer melayan ustaz bercakap. saya suka dengar mereka bercakap. pelajar muslimat lebih gemar senyap dan bertanya bila disuruh tanya jika ada apa-apa yang tidak faham.
cara ini lebih baik saya kira. sebab saya perlu dengar baik-baik dan fokus sungguh-sungguh dalam kelas ustaz Aman yang lemah lembut dan sangat baik hati itu. ustaz Aman Mustafa guna sepenuhnya bahasa Arab dalam kelasnya.betul.sepenuhnya! cuma boleh bilang dengan separuh jari perkataan bahasa inggeris yang ustaz sebut. jadi otak bergerak aktif dalam kelas kerana perlu faham lecture ustaz dan perlu tangkap setiap isi pengajaran ( kerana 100% bahasa arab) tapi saya senang dengan ustaz. ustaz penyayang. mungkin kerana umurnya yang sudah separuh abad. saya suka sikap kebapaannya. =)
oh. ustaz rozuki juga bagus. saya jadi perlu ulangkaji sebelum ke kelas ustaz. segala nahu, saraf, maknahu kalimat dan banyak lagi perlu khatam. ustaz lulusan al-Azhar ini mengajar kami seperti kami ini juga perlu berusaha untuk jadi seperti pelajar jurusan bahasa Arab al-Azhar. (tanggapan saya sajakah? ). tapi seronok juga. ustaz Rozuki suka bercerita. kebanyakan cerita ustaz sewaktu 4 tahun di Mesir. dan cerita tentang pengalamannya dengan pelajar yang pelbagai ragam. (saya termasuk jugakah dalam pelajar pelbagai ragam? ) sesi pembelajaran selang seli dangan cerita. bagus juga.
cemerlang lagikah saya untuk level arab kali ini?
Allah lebih tahu.
tugas saya?
usaha + tawakkal + doa = insyaAllah kejayaan.
" mudahkanlah urusan hamba-Mu ini Ya Allah.... "
No comments:
Post a Comment