Saturday, March 21, 2009

si penyelamat haiwan.

waktu tengahari.

selepas kenyang makan nasi goreng ayam dan air kosong jernih, duduk-duduk depan peti hitam yang karakternya punya skrin yang besar, bergambar, dan mengeluarkan suara. juga dikawal oleh remote control. ibu jari kiri menekan butang 9. oh! "tv9 dekat dihati".

wonder pets?!!

...............................................................


cerita kanak-kanak lingkungan 4-7 tahun mungkin. cerita kartun menarik yang sudah dialih bahasa kepada bahasa melayu. kisah 3 haiwan penyelamat. si itik kuning yang bertopi aneh lengkap dengan cermin mata besar di atas kepala, si hamster berbulu coklat gemok dan bertopi oren, si kura-kura hijau bertopi kecil merah putih. watak-watak pelakon yang menarik.

"kami kecil..dan kami tak kuat"
[ mereka bertiga menyanyi riang dalam misi menyelamatkan anak burung swan yang terperangkap dalam bakul besar sehingga menutupi kepalanya yang kecil comel ]

sempat lagi menyanyi?? -> (monolog penulis sambil mata melihat terus skrin)

"apa yang penting..kerjasama! " (3 haiwan comel itu menyanyi lagi)

penulis tersenyum.rangkap yang ditunggu-tunggu.teringat sahabat-sahabat 1 dorm di kampus. waktu luang kami nyanyi rangkap ini.

wah.

esok jumpa mereka balik.short sem bermula.




p/s : ambil pengajaran daripada cerita kanak-kanak. =)

No comments: