Sunday, March 29, 2009

jalan-jalan

hari ini hari sabtu.

hari rehat-rehat selepas hari jumaat.

tiada kelas seperti selalu. (rasa lebih ceria kalau cuti ) kenapa ya? =)

waktu petang teman sahabat pergi jalan-jalan. kami 4 orang semuanya.

sambil jalan.. mata melihat sekeliling.minda berfikir.kaki berjalan.( ditambah juga perbualan kami berempat tentang banyak perkara ) ( cerita pilihanraya kecil untuk MB ir Nizar ada juga).
oh.angin sepoi-sepoi.subhanAllah.. rasa senang pergi jalan-jalan petang sabtu ini.

tempat : sekitar kawasan jual beli.
watak : 2 orang manusia yang dirahsiakan identitinya. saya kira seorang majikan dan bibiknya.(saya sendiri tidak mengenali watak)


situasi : sambil saya membeli dan membelek barang-barang, terdengar perbualan mereka. majikan marah-marah bibiknya.majikan berjalan didepan.bibik yang tunduk membisu berjalan di belakang. marah-marah begini (blaaa..blaaa..blaaaa) <- tidak sesuai dipaparkan isi kandungan perbualan @ lebih mudah dikatakan " bahasa tengkingan".


lalu saya teringat dari harits r.a berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : "mahukah kalian aku beritahu siapa penghuni neraka,mereka itu adalah setiap orang yang berhati keras dan sombong ".

dari ibnu Umar r.a berkata. "sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda : ketika seorang lelaki sebelum kalian menarik kainnya dengan penuh kesombongan, maka ia akan dibenamkan dengannya ke dalam bumi hingga hari kiamat "

hari ini dapat pengajaran.biasa dengar kisah orang kaya yang sombong dengan yang lebih miskin?. mohon saya dijauhkan daripadanya.janganlah berjalan dimuka bumi dengan kesombongan.

hampir senja baru kami berempat pulang.sudah penat.masih teringat kisah sewaktu jalan-jalan.

No comments: