Friday, March 20, 2009

saya dan bahasa arab.

buku-buku b.arab yang sengaja disepahkan di atas lantai =)



  • ' ana tahu enti mampu belajar bahasa arab.enti kena yakin dengan diri '
  • ' result exam bahasa arab you ok kan?why not ambil je arab for next sem '
  • ' kak,sambung jelah bahasa arab kat UIA.ambil syariah.untung.boleh ada double degree '
  • ' sambunglah subject arab tu.enti kan ada kami.kami boleh tolong kalau enti ada masalah '
  • ' bahasa arabkan bahasa syurga.tak rugi belajar '

**********************************

dialog di atas merupakan antara dialog ter femes dalam kalangan jutaan jawapan kepada temuramah yang telah saya jalankan sepanjang semester lepas.

FAKTA PENULIS :

~ pernah belajar membilang angka arab sewaktu di tadika.

~pernah belajar beberapa serpihan suku kata arab sewaktu di sekolah rendah.

~tidak pernah belajar b.arab secara formal sewaktu di sekolah menengah.

~tidak mengambil kertas b.arab untuk SPM dan mengambil aliran sains serta hanya mengambil 9 kertas peperiksaan sewaktu SPM ( untuk pelajar aliran sains)

~selalu mendengar perkataan-perkataan arab setiap hari (anda boleh teka dimana? )

~bertatih, merangkak, berdiri, cuba berjalan dan jatuh-jatuh,boleh berjalan tapi tak mampu berlari lagi ( sepanjang proses belajar bahasa arab di bumi tercinta centre for foundation studies,international islamic university malaysia ).

masih berfikir.

mencari keyakinan.

bersungguh!

"alah bisa tegal biasa " <- ( lupa peribahasa yang lain.sudah lama tinggal subjek BM.idea sukar meloloskan diri dari otak ).

FAKTA PENTING :

Berniat + Berazam = undang-undang sivil + undang-undang syariah

tindakan? . tindakan dalam proses meng upgrade

(dah lama tak belajar matematik secara formal.lupa banyak jalan kira-kira)

p/s : doakan saya =)

No comments: