Monday, March 16, 2009

** Bird in a hand is worth two in the bush **

al-Quran pemberi syafaat penyuluh kehidupan
Kebahagiaan adalah adil dalam kehidupan walaupun pada diri sendiri
kalau jasmani diberi makan
rohani juga harus demikian iaitu dengan ilmu pengetahuan
kalau jasmani diberi pakaian
rohani juga demikian iaitu dengan budi
kalau jasmani diberi latihan
rohani juga harus demikian iaitu dengan kesusahan
kalau jasmani dibersihkan
rohani juga harus demikian iaitu dengan kesucian
kalau jasmani diubati
rohani juga demikian iaitu dengan TAKWA kepada Allah.

p/s : orang yang bahagia ialah orang yang sentiasa dapat menguasai hatinya sebab orang yang dapat memerintah hatinya sendiri lebih besar faedahnya daripada orang yang dapat menakhluk sebuah negeri. untuk jadi orang yang bahagia, jagalah empat perkara iaitu teguh menjaga kehormatan, redha menerima apa-apa yang sedikit, berbuat kebaikan setiap hari serta memelihara lidah daripada perkataan keji. insyaAllah bahagia jadi milik kita.. dengan REDHA ILLAHI..


No comments: