akal menilai wanita itu cantik atas dasar kepintarannya,
hati menobatkan wanita itu cantik atas dasar keteguhan imannya.
"sesungguhnya dunia itu adalah keindahan semata, dan sebaik keindahannya adalah wanita solehah" (hadis riwayat Muslim)
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”(H/R Bukhari, Al-Fath dan Muslim )
Nas ini merupakan ayat pendidikan bagi setiap orang yang beriman. Menyeru agar mereka yang beriman sentiasa berbudi-bahasa, bersopan-santun dan sentiasa menggunakan perkataan yang terbaik kepada semua manusia, siapa dan apapun kedudukan atau pangkat orang tersebut. Firman Allah :
“Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia”
(Al-Baqarah, 2:38)
“Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia” ialah : “Berkatalah kepada manusia dengan kata-kata yang sopan dan lemah-lembut (bukan menghina). Dan termasuklah dalam hal ini menyuruh melakukan kebaikan dan menegah dari kemungkaran.” Tafsir Ibn Kathir.
Nabi Muhammad S.A.W apabila ditanya mengenai siapakah orang Islam yang mulia akhlaknya dan sikapnya? Baginda bersabda:
“(Islam yang baik ialah) barangsiapa yang menjadikan orang lain selamat dari lidah dan tangannya” H/R Bukhari, Al-Fath dan Muslim.
jangan mudah melenting apabila ditegur. berlapang dada kan lebih baik. ♥ bila orang yang tidak kamu sukai menegur hatta orang yang biasa-biasa saja dengan kamu, dengarlah. besar kemungkinan ada benarnya. hakislah sikap mudah melatah. ya, benar. sesiapa saja ada hak bersuara. tapi tolonglah berkata-kata dengan baik. biar marah setinggi langit, biar hati dan jantung terbakar-bakar, sabarkan hati. didiklah hati agar sungguh-sungguh imun dengan kata-kata yang pada kamu "itu sangat sakit hati. tolong faham boleh tak??!! ".. belajarlah menerima. kan warisan ada sebut, "kalau mahu tahu kejahatan kamu, kelemahan kamu, maka tanyalah musuhmu" well, musuh is not really means a real musuh kan. lebih baik kalau ibu bapa sendiri. ah, itu memang selalu. ibu dan ayah tentu menegur anak sendiri kan. hormatilah pandangan mereka. walau kamu rasa sangat tidak bertepatan dengan kehendakmu. suarakan. insyaAllah, jalan yang baik tentu pengakhirannya baik juga.
dan, muhasabah kembali. kamu lebih mengenali diri kamu sendiri.langittasbih.
agaknya, kalau rokok rupanya cantik begini, kuranglah pembeli dan penjual.
waktu sakit, kita mesti senyum dan ceria juga. walaupun hidung seperti mahu tercabut dan anak tekak seperti mahu terkeluar.
kalau tiada kerja, lebih baik membaca. otak pun bersenam-senam dengan ceria. berangan banyak sangat pun otak malas melayan.
saya jadi gembira kerana banyak perkara. kerana Allah beri ruang untuk saya gembira dan merasa nikmatnya. tapi Allah beri juga ruang untuk saya merasa sedih. (kenapa ashik gembira dan sedih saja?. ala, sebab pasangan perasaan berdua tu yang paling senang di-elaborate). saya rasa sedih dengan dosa-dosa saya. saya rasa sedih kalau saya cuma merapati sahabat atau seseorang bila saya rasa sunyi. saya tak mahu jadi penting diri ! tak mahu. kalau saya senang, saya tinggalkan. atau saya akan cari sahabat lain yang saya lebih senang. ah, saya tak suka jadi itu.maka, sahabat semua, kalau saya jadi orang seteruk itu, maka tegurlah saya.mungkin saya tak menyedari sikap saya. maaf ye!yang sebelah kanan itu abang imad. gambar diambil tahun lepas waktu abang imad pulang dari US juga. oh, dan gambar itu waktu dia sedang mencucuk badan cacing ke mata kail. mahu mengail ikan di belakang rumah kampung di kelantan. yang paling penting, abang imad perlu lawat nenek yang sudah uzur dan terlantar saja di atas tilam. nenek sakit dan sudah tidak boleh berjalan lagi seperti dulu. sebelah badannya lumpuh. semua pergerakan harus dibantu anak cucu. kalau tidak, siapa yang mahu mengurus nenek?
kasihan nenek.
nanti, tunggu kepulangan saya tahu! saya pun mahu jaga nenek juga. bila sudah masuk belajar, tidak ada kesempatan dan ruang. kalau saya terlambat, bukankah itu sangat menyedihkan?
sebelum pulang ke kelantan, perlu bantu adik awin menguruskan kerja-kerjanya untuk kemasukan ke kolej mara banting. adik awin akan buat international bacaulaurette nya disitu selama dua tahun sebelum terbang ke luar negara. menyambung pengajian dalam bidang perubatan. insyaAllah. itu juga doa nenek dulu-dulu. suruh adik awin belajar rajin-rajin sampai jadi doktor yang berjaya. tapi nampaknya, adik awin mungkin tak berkesempatan merawat nenek dengan tangan sendiri bila ada rezeki jadi doktor kelak.
banyak yang perlu diuruskan. lagi pula, kemasukan pun akan tiba tak lama lagi. selepas menyelesaikan apa-apa yang patut pagi tadi, saya teman adik awin mencari hadiah untuk sahabatnya, zahra. zahra sudah mahu terbang ke US sabtu ini. cepat benar! katanya, program bawah JPA itu yang tetapkan persedian terus di sana. macam itu pun bagus juga. cepat pergi cepatlah balik malaysia. sambil teman adik awin, saya lihat-lihat gelagat orang ramai di pusat beli-belah. malu sungguh saya bila lihat pasangan yang saya kira umur mereka baru dalam lingkungan 12 tahun berpegang-pegang. amboi ! kecil-kecil lagi sudah pandai. besar nanti macam mana? semoga Allah meluruskan kembali hati kamu. nauzubillah. semoga saya dilindungi dari disentuh mana-mana lelaki pun. biarlah seorang lelaki yang sudi menyelitkan barisan nama saya dalam akad nikahnya saja yang berhak berbuat demikian.
saya bukan mahu jadi ortodoks atau berfikiran sempit. saya cuma mengikut apa yang Allah gariskan dalam kitabnya selagi saya termampu. Allah ciptakan saya, jadi saya tidak mahu berlagak membatasi larangannya. ya, selagi saya mampu! saya pun manusia biasa. ada noda dalam bersihnya kain putih.
saya mahu buat yang terbaik untuk hari ini. menjaga diri sebaik-baiknya. mendidik hati sebaik-baiknya. merawat jasad dan hati bila dosa seperti debu-debu yang bertaburan. insyaAllah. sebab saya bukan hidup untuk hari ini saja. saya akan dihidupkan lagi nanti. bila malaikat Israfil tiup sangkakala buat kali kedua.
langittasbih.