Sunday, August 30, 2009

bercerita (ii)


sekadar tempelan.semoga hidup baik-baik selalu.insyaAllah.

Cuti 3 hari.alhamdulillah.ada jua ruang kesempatan bercuti panjang-sedikit walaupun hanya tambah satu hari.maklum saja, hari-hari yang baru berlepas penuh dengan kerja, aktiviti, dan assignment yang begitu peramah menyapa diri. Ruang yang ada semalam dimanfaatkan dengan mengikuti Bengkel Penulisan Islam.ala, bukan jauh mana pun mahu pergi.tempatnya cuma di masjid depan mahallah ummu salamah ini saja.daripada terperuk dalam bilik berjam-jam menanti waktu berbuka lewat petang, lebih baik ke majlis ilmu walaupun bukanlah di bawah anjuran Law Student Society, apalah salahnya beri sokongan pada anjuran persatuan pelajar-pelajar Ilmu Wahyu.

Ke bengkel penulisan.ada apa ya selain kutipan ilmu-ilmu sepanjang ceramah tentang penulisan?. Biarlah saya ini bukan pelajar aliran kesusasteraan melayu pun, menulis itu untuk semua. Hasil tulisan kalaupun bukan orang lain yang baca, kita sendiri boleh tatap untuk tahun-tahun mendatang. Sekadar membaca kembali coretan-coretan hari-hari yang dulu. Kadang-kadang boleh tersengih seorang diri baca coretan sendiri.kadang-kadang berkerut-kerut dahi baca sambil bertanya pada diri, betulkah aku yang tulis ni?. Macam-macam. =)

Sambil menyelam minum air.tapi itu kiasan saja ya. Mana boleh minum air waktu-waktu petang begini dalam bulan puasa.batal pula.jadi, sambil ke bengkel penulisan, saya beli jua buku untuk bacaan sendiri. Pertama tangan ini pantas saja membelek buku Rindu Bau Pohon Tin tulisan ustaz Hasrizal Abdul Jamil.sudah lama nak beli buku ni.tapi duit selalu menghalang.semalam dapat diskaun.apa lagi, lajulah saya membeli tanpa fikir dua kali. Beli juga buku U-turn ke jalan lurus karya ustaz Zul Ramli M.Razali.buku motivasi.juga dapat diskaun.seronok sungguh. =)

Entah kenapa,sekarang kalau ke kedai buku pun,jarang benar saya ke rak-rak bahagian novel.mungkin sudah banyak masa saya yang dulu ditemani novel.jadi kini mood bertukar sedikit. Mencari buku-buku yang lebih bersifat ilmiah.walaupun bukanlah jenis buku ilmiah yang kandungannya berat.mungkin waktu-waktu hadapan bila umur meningkat, kesukaan juga bertukar.mungkin.

Assignment banyak sungguh.memang banyak sungguh.2 case reports perlu disiapkan dalam masa kurang 1 minggu.satu kes tahun 1957 di UK.satu kes lagi antara Lim kit siang dan Dr.Mahathir tahun 1987.alhamdulillah,kes yang satu lagi sudah dibentangkan.tiada masalah.tapi siapalah tahu dengan markah saya.semoga dipermudahkan dengan rezeki markah yang baik. Dalam masa kurang dua minggu ini pula,ada mooting court session.subhanAllah. yang ini memang terlebih dari berat. 3 set bundle of authorities perlu disiapkan. Kena berlatih cara penyampaian di court lagi. Selalu saja orang salah sangka. Kami bukan berlatih debate. Lawyer di court perlu bercakap dengan sopan dan teratur. Bukan seperti debate yang perlu bercakap kuat dan berdegar-degar dengan tangan terhayun kanan dan kiri.

Maharatul kalam untuk subjek bahasa arab pula ada kuiz.bukan kuiz atas kertas.maklum lah, namapun maharatul kalam.mestilah kena bercakap.teks untuk tajuk kalam pun saya masih lagi on the way.bila pula mahu hafal teks arab ni.sudahlah kena bercakap dalam b.Arab dihadapan kelas dengan susunan nahu yang baik. Kalau b.melayu hati ini lebih tenang sudah tentu. Harap saya, semoga semua Allah permudahkan dan saya boleh lalui dengan berlapang dada. Nama pun masih belajar.kenalah belajar. =)

Mahu cerita apa lagi ya?. Em.tengahari tadi dapat mesej dari Nazihah.sahabat dari kampus UIA PJ. Bunyi mesej itu begini :

Wanita cantik menurut Allah adalah :
~melukis kekuatan melalui masalahnya..
~tersenyum disaat tertekan
~tertawa disaat hati sedang menangis
~tabah disaat terhina
~mempesonakan kerana memaafkan
~mengasihi tanpa meminta balas
~bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Illahi.

Wanita cantik? Cantik itu subjektif.sangat subjektif.
Ada orang berkata dan berpendapat :
Hidung kecil comel itu cantik.ada kata hidung mancung itu lebih cantik
Ada kata hitam manis itu menawan.ada kata putih merah itu lebih manis.
Ada suka mata sepet yang kecil comel.ada suka mata besar galak yang menawan...

Ada apa dengan cantik?cantik pada pandangan manusia tak membawa apa-apa.sampai bila mengharap pandangan cantik pada mata kasar manusia?cantik pada pandangan Allah itu lebih bermakna.isilah kecantikan hati dengan iman.maka kamu akan cantik bukan saja pada pandangan manusia.lebih-lebih lagi di sisi Allah.

=)

2 comments:

Afiqah / Cha'a said...

sweetnye~
a'ahkan..
tp kak kn cantik
luaran dalaman
hehe~
miss ya!

CONGRATSSSSZZSZSZSZ coz mng kes !!

langittasbih said...

yelah tu cha'a..
no larr~
everyone is beautiful..
including you of course..

=)

miss you too.
cha'a balik aritu kak tak sempat salam..huhu~ sorry~

THANKSSSSSS A LOT!
haha..
alhamdulillah.
a good experience for me.
berbaloi tak tidur study kes.
=)