Sunday, August 9, 2009

tidur.



Zzz.
Zzzz..
Zzzzz..

Meow gambar diatas sedang tidur disebelah laptop tuan empunya blog.
Seronok tengok meow tidur.nyaman dan diganggu saya yang mengusik telinganya,kemudian meow buka mata dan tutup kembali menyambung tidurnya.mungkin haba dari laptop yang suam-suam suku buat tidur meow selesa dan aman.lagi pula angin pagi tadi sejuk-sejuk juga. =)
Meow putih itu suka tidur.dari saya mula buka laptop hingga pengakhiran meow masih tidur. Meow suka tidur.manusia juga suka tidur.

Semalam buat liqa’ kecil bersama ahli-ahli Ikatan Siswazah Islam Selangor(ISIS) di uia.kami mulakanlah dengan taaruf.bila berbicara tentang hobi, ramai pula yang beri jawapan : “hobi saya tidur kot”. “hobi ye..ehm.suka tidur”.sambil diselangi gelak kecil.jawapan yang boleh diterima, “suka tidur kalau saya benar-benar letih”.kata seorang sahabat muslimat.

Ramai orang suka tidur.tidur itu satu keperluan tapi bukan keperluan untuk tidur adalah segala-galanya mengatasi segala tuntutan dalam kehidupan.

Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri." Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang.

Tidur dan kerehatan yang berpatutan adalah Ibadah. Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerehatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata: "Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Bukhari). Bahkan solat sunat tahajud yang dilakukan di hening pagi yang gelap itu juga menuntut kita untuk terlebih dahulu tidur walau sekejap sebelum menunaikan solat tahajud tersebut.

Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabipun terus mengeluarkan arahan: "Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur." (Bukhari-Muslim).

Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang.Tidur secara berpatutan adalah merupakan salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri.

Tidur tengahari?

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya." Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja. Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti. (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)

Akhir kalam : Seperti kata-kata taip-an saya tadi, tidur itu sebahagian dari keperluan.tapi bukan keperluan untuk segala-galanya.terlebih tidur kadang-kadang buat kepala jadi pening.kurang tidur juga buat kita jadi seakan burung hantu disiang hari dengan mata layu dan seperti orang sakit.tidur secara berpatutan itu lebih baik.kalau letih,maka tidurlah sebentar hingga rasa badan sudah boleh bekerja semula. Apatah lagi kita yang sudah dewasa ini.bukannya baby kecil yang perlu tidur banyak-banyak sepanjang hari setiap kali diberi susu.maka apa ya sahabat-sahabat? .bersederhanalah dalam tidurmu =)

2 comments:

Muhammad Anas bin Kamarudin said...

salam ziarah... syukran for sharing...
some people tend to sleep just to make time go faster... membunuh masa la... bosan katanya...
tapi saya sgt setuju dengan post ni... bersederhana dalam tidur... banyak je boleh buat...

langittasbih said...

terima kasih sudi berziarah.
afwan ya akhi..
betul..
bersederhana in everything.
that's what Islam teach us.
=)