Friday, August 7, 2009

tazkirah dari-Nya (ii)

Situasi : seorang hamba Allah sedang berjalan-jalan disebuah Bandar berniat untuk melihat-lihat keadaan sekeliling sambil menikmati ciptaan Allah.

Kisah 1 : sedang si hamba Allah ini berjalan-jalan, ternampak dia akan seorang lelaki sedang mengecat rumah.tapi muka tukang cat masam dan keruh saja.buat mereka yang lalu lalang di sekitar kawasan rasa haba ketidak mesraan lelaki tersebut.hasil dinding rumah yang dicatnya juga tidak kemas dan sememeh serta bertompok-tompok.guna pula cat jenama murah.
**lalu hamba Allah bertanya, “wahai saudaraku si tukang cat, mengapa wajahmu mendung dan seakan tiada mood je mengecat, kan dah buruk hasil kerja..”. lelaki itu menjawab , “aku memang tiada mood langsung mengecat rumah ini.sudahlah gajinya murah.terpaksa aku buat juga.kalau tak tak makanlah seminggu aku”.jawab lelaki itu kasar.

Kisah 2 : jalanlah lagi si hamba Allah ini melintasi kaki lima bangunan dan ke kawasan perumahan seterusnya. Terjumpalah lagi seorang tukang cat yang sedang mengecat rumah disitu.tapi, muka tukang cat yang ini pada pandangan mata kasar si hamba Allah biasa saja.tiada reaksi.muka sepuluh sen.hasil cat juga taklah begitu menarik dan tidak juga begitu buruk.
**lalu, hamba Allah ini bertanya kepada si tukang cat, “mengapa kamu begini?”. Jawab lelaki itu dengan muka boringnya, “ehm, entahlah, tuan rumah panggil aku mengecat rumahnya, maka aku datanglah.kalau tak dipanggil memerap saja dirumah”.

Kisah 3 : perjalanan dibandar kecil itu diteruskan.lelaki itu ternampak pula seorang anak muda sedang mengecat rumah tidak jauh dari simpang besar.dari jauh lagi ternampak mukanya berseri-seri mengecat rumah.terdengar bunyi-bunyian kesenangan dan kegembiraan dari mulutnya. Tangan si anak muda pula ligat dan pantas mengecat. “cantik sungguh dia mengecat”. Bisik hamba Allah dalam hati.
**lalu hamba Allah ini bertanya apa yang buat anak muda begitu senang hati. Jawabnya sambil tersenyum, “aku lakukan kerja ini dengan niat kerana Allah.aku mahu mencari redha-Nya biarpun aku ini kerjanya mengecat rumah. Lagi pula, aku ini sudah diminta tolong oleh si tuan rumah untuk mengecat. Maka haruslah bagiku memberi yang terbaik untuk tuan rumah ini.semoga dia gembira bila tinggal di rumah ini bersama keluarganya dengan keceriaan hasil tanganku”.

Nampak tak sahabat-sahabat betapa bezanya sikap dan sifat ketiga-tiga tukang cat tadi?
Begitulah perumpamaan kita hidup di dunia ini.apatah lagi seorang muslim yang sudah Allah taklifkan sebagai khalifah dimuka bumi ini.menyampaikan dakwah,beribadat pada-Nya dan mengamalkan akhlak yang mulia.apatah lagi yang bergelar dai’e.sesungguhnya telah Allah tunjukkan kita jalan yang lurus dan pasti setiap sesuatu itu, senang atau susah ada hikmah disebaliknya.

Lakukanlah segala sesuatu kerana-Nya.pasti manisnya kita rasa!

Jom tajdid niat! =)

No comments: