Monday, August 17, 2009
jalan-jalan keinsafan
Berjalan-jalan mencari ilmu di Rumah Sahabat Insan Dan Iman (SIDIM) untuk menyiapkan tugasan Law and society hari-hari lalu yang sebetulnya sebuah pusat pemulihan akhlak remaja.
Kata kunci :
s&s : saya dan sahabat bertiga.
a : pelatih rumah SIDIM.
Kisah 1
s&s : kenapa boleh masuk sini?
a : sebab dulu hisap dadah.saya dulu selalu ponteng sekolah.keluar rumah sesuka hati.kena tangkap polis. (bercakap sambil menundukkan kepala).
hati senang saja bercakap dengan salah seorang pelatih di rumah SIDIM itu.biarpun dia dulu penagih dadah.mula-mula agak takut juga.yelah,manalah tahu kalau-kalau ada kejadian buruk. Saya bertanya sepatah dan dia menjawab sepatah.kalau tengok dari luaran,tentu orang tak sangka dia penagih dadah tegar dulu.berkopiah putih dan berbaju putih.wajahnya tenang saja tanpa reaksi yang menakutkan.apatah lagi umurnya baru 21 tahun.bertanya tentang zaman sekolahnya.malangnya, kata si pelatih berbaju putih itu biarpun sempat ke tingkatan 5,tapi dia tak mengambil spm pun. Katanya, sebab malas kesekolah dan hanya minat subjek bahasa inggeris.wah.kami Tanya kenapa suka bahasa inggeris.dia jawab, sebab cikgu yang baik hati.semua orang suka orang yang baik. Saya katakan padanya yang dia juga boleh jadi orang baik satu hari nanti.saya pulang meninggalkan dia dengan senyuman dan nasihat.kerana apa?.kerana katanya, dia boleh jadi lemah kalau berdepan dengan masyarakat luar kerana masyarakat sendiri memandang serong pada belas penagih.
Bukan seorang.tapi ramai lagi di rumah SIDIM itu punya macam-macam cerita tersirat dalam hidup. Bukan lelaki saja, tapi perempuan juga.terharu saya bila seorang adik perempuan di SIDIM memandang muka saya dengan khusyuk dan mendengar dengan baik sedikit perkongsian agama dengannya. Allah buka hatinya untuk dengar sedikit tazkirah yang pada saya tak lebih 10 minit pun. Saya senyum padanya dan kata padanya, yang saya punya adik sebaya dengannya. Dia kembali senyum pada saya. Biarlah bunyi percakapannya agak kasar kalau didengar.maklumlah, itupun kerana dulu masalah sosial yang melampau buat adik itu berkawan dengan orang-orang yang seperti tidak seimbang akhlak mereka.
Kalau mahu ditulis kembali masalah-masalah mereka di SIDIM itu, saya boleh jadi takut pula. Banyak sungguh masalah sosial melampau. Ada bayi juga disitu.tapi siapalah sangka wajah si kecil comel itu anak luar nikah.astaghfirullah..
Sekurang-kurangnya, mereka sudah Allah tunjukkan jalan kebenaran.mereka sudah melalui pengalaman yang mengajar mereka hidup yang lebih baik.mendidik hati mereka dekat dengan-Nya. Sesungguhnya orang yang bertaubat itu lebih baik dari mereka yang tidak pernah bertaubat. Siapalah jua yang tahu masa depan sendiri.saya juga.masa-masa hadapan yang tidak pasti itu, semoga dijauhkan dari setiap perkara keburukan.dan mereka juga.semoga tidak berpatah balik ke jalan yang salah.sentiasa dalam lindungan-Nya..
insyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment