Sunday, May 17, 2009

si kecil bersuara.

Ke kedai buku petang tadi. mahu lihat-lihat kalau ada buku yang menarik perhatian untuk dibeli. Duduk sahaja di rumah buat kaki ini mahu juga melangkah keluar walaupun hanya ke kedai buku di hadapan rumah. =)

Lalu tangan pantas menarik majalah solusi dari rak kayu yang atasnya penuh dengan macam-macam bentuk dan warna majalah. Wah! Bagus juga kalau beli yang ini. tajuk depan “INILAH JALAN YANG LURUS”. Lalu belek-belek majalah. Artikel ustaz hasrizal ada. Ustazah bahyah ada. Ustaz zahazan juga ada. Baiklah wahai majalah ! saya beli kamu ! =)

Berjalan lagi di sekitar ruang kedai buku kecil tapi best itu. Mahu lihat-lihat lagi sekadar mencuci mata kerana wang yang dibawa bukanlah banyak mana. Lalu mata saya terpaku pada seorang kanak-kanak lelaki kecil yang sedang bermain dengan bola-bola kecil warna merahnya.

“comelnya..” (saya berkata dalam hati)

Pipinya yang bulat sungguh itu menunjukkan yang dia sangat sihat.berkopiah putih dan berbaju hijau ada gambar kartun Garfield. Dicelah tangannya tersepit buku iqra’. Saja saya berdiri dekat dengannya. Kecil sungguh budak itu. Tingginya hanya setakat kaki saya. Saya buat-buat lihat cenderahati yang banyak dipamerkan dalam rak kaca. Tapi saya jeling-jeling juga pipi budak kecil yang comel itu. Sangat comel !


Budak itu juga sedang join saya lihat-lihat cenderahati yang banyak dalam rak kaca. Saya cuba bercakap-cakap dengan si kecil.

“Assalamualaikum adik..nama cape?”
“Waalaikumussalam kak.. nama kita ..nama kita zihni”

Adik kecil jawab dengan malu-malu dan senyum-senyum menampakkan giginya. Bunyi percakapannya pelat sedikit. Biasalah, budak kecil. Mungkin dia malu ditegur orang yang tidak dikenali. Oh.zihni nama dia. Kalau tidak silap saya, zihni dalam bahasa arab dan di translate ke bahasa melayu maksudnya akal.bagusnya nama..

“adik tunggu siapa?”
“kita tunggu abi kita.. tu..” zihni muncungkan mulutnya yang kecil kearah seorang pakcik dalam kedai buku itu.
“oh..”

Tiba-tiba adik kecil zihni yang comel itu menarik perlahan jubah yang dipakai saya.

“ya dik..?” .saya memandang padanya.
“kak..tengok tu..”. zihni muncungkan lagi mulutnya kearah sekumpulan remaja yang saya kira masih sekolah lagi.
“kak..abi kata kan..tak elok tak tutup aurat..dosa.. abi kata kan..nanti Allah marah. Cikgu kita kat tadika pun kata mana boleh pakai baju pelik-pelik. Islam suruh semua sederhana je..”

Saya senyum sahaja mendengar omelannya. Terdiam sebentar saya. Betul. Budak-budak yang melintas depan kedai buku tadi berpakaian yang saya dan adik zihni boleh kategorikan sebagai entah apa-apa.yang perempuan ketat sangat.saya yang lihat jadi sesak nafas.yang lelaki boleh pula bersubang. Astaghfirullah.

Kanak-kanak kecil juga tahu !


yang mana baik.yang mana buruk. Malunya saya. Hari ini dapat pengajaran dari adik zihni yang entah bila lagi saya boleh jumpa. Benarlah orang kata, semakin kita ini dewasa dan matang, sebenarnya kita semakin dungu kalau hanya mahu dengar kata-kata diri sendiri. Islam kan sudah gariskan keperluan menghayati kehidupan Islam dan amalkan dalam hidup. Tapi masih ramai lagi yang buat tak endah. Islam hanya pada nama?

Fikirlah.titik.



2 comments:

Syahir Safwan bin Ahmad Suhaimi said...

kim salam kat zihni nanti...

langittasbih said...

insyaAllah kalau lah punya rezeki jumpa zihni lagi.