Sunday, May 10, 2009

tazkirah dari-Nya.

Sabda junjungan mulia Muhammad bin Abdullah :

“seseorang yang mengingati Allah s.w.t seorang diri lantas mengalir air matanya”.

Mengingati yang Esa itu bahagia.bahagia pada yang mengerti.menginsafi kekurangan diri dalam mensyukuri nikmat dari-Nya.lalu air mata mengalir.kerana apa ya air mata itu jadi begitu mudah keluar dari kilang-kilang air mata? .jawabnya kerana punya emosi. Emosi itu rasa cinta,kasih, malu dan takut pada Allah s.w.t.

Bertanya kembali pada diri ini juga untuk muhasabah bersama sahabat-sahabat.

Seringkali kita berdoa.usai solat akan berdoa.hinggakan membaca basmallah setiap kali sebelum lakukan sesuatu itu juga dikira doa.subhanAllah.begitu pemurah Tuhan sekalian alam memberi pahala pada hamba-Nya. Muhasabah.

Kenapa terasa masih jauh dengan Allah biarpun doa sudah diulang beribu kali?. Kenapa masih belum termakbul doa yang saban hari diminta?. Kenapa punya rasa seakan putus asa kerana hajat yang dimohon-mohon seakan payah benar untuk diperoleh?.

Lalu tepuk dada tanya iman.bersyukurlah kalau iman masih mampu memberi signal jawapan lalu akan rasa betapa daifnya kita sebagai hamba.kalau iman rosak sana-sini? Iman berlubang sana-sini? Iman Cuma tinggal 5 mm? .tanyalah banyak-banyak.tiada kesan.sungguh.

Saya sekadar mahu berkongsi dengan sahabat-sahabat.diri ini juga tidak sesempurna mana.tapi ilmu itu untuk disampaikan kan? Apabila kita menegur orang lain, kita sebenarnya sedang menyelak kelemahan diri sendiri untuk kita sendiri nilai dan baiki kembali.doa mungkin tak termakbul lagi kerana apa ya? Jawapan mungkin kita bukan daripada golongan yang BERADAB ketika memohon pada-NYA.doa juga punya adab.kalau seorang peminta sedekah mahu memohon derma kasar-kasar @ herdik-herdik anda, mahu sahabat-sahabat beri?

Jawapan saya pasti sahabat-sahabat tak akan beri derma pada peminta sedekah itu. Mahu pandang pun rasa menyampah.mahu minta tapi herdik-herdik. Begitu juga kita. Kita inikan hamba.mahu mohon pada Tuan kita. Allah s.w.t.maka, beradablah ketika berdoa pada-Nya. Dan janganlah jadi seorang hamba yang memaksa-maksa.terlalu memaksa Allah s.w.t untuk beri kita cepat-cepat apa yang kita minta. Ingatlah bahawasanya DIA itu mengetahui segala sesuatu.siapalah kita sebagai hamba.

Boleh jadi doa kita itu tak lagi dimakbulkan oleh-Nya kerana yang maha Khalik itu merindui dan sangat merindui rintihan hamba-Nya.DIA masih mahu mendengar rintihan kita hamba-Nya untuk merintih, untuk merayu, untuk mengadu padanya.lalu janganlah kita jadi mereka yang berputus asa.DIA itu maha penyayang.berdoalah sehabis mampu.jangan pernah kenal apa erti mengalah bila kita ini mahu berada dalam frasa perlindungan kasih-sayangNya. Biar hajat dimohon tak lagi termakbul, tapi hati akan rasa bahagia dengan cinta-Nya. Hati akan tenang kerana sentiasa mengingati-Nya.

Mahu cari bahagia abadi?

“ditempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendak-Nya” [ al-Qamar : 55 ]

Hanya ALLAH memahami kita .

“boleh kamu rahsiakan perkataan atau kamu lahirkan terang-terang, sesungguhnya Tuhan itu mengetahui isi hati” [al-Mulk : 13 ]

Jangan lupa untuk doakan ibu dan ayah. Kitakan permata hati mereka. Syurga bawah telapak kaki ibu kan? Oh.dan juga sempena hari ibu.walaupun hari-hari ialah hari ibu, tapi sempena hari yang di establish ini, mahu ucap selamat hari ibu pada :

**Lovely umi wardah daud yang dengan susah payah mengandungkan saya 9 bulan lamanya dan membesarkan saya hingga saya adalah saya hari ini .

** yang sangat dikasihi umi zaleha Abdullah atau mesra dipanggil mak cik ha kerana sudi jadi ibu susuan saya saat kecil dan tidak berhenti beri kasih sayang dan keprihatinan hingga hari ini.

** untuk mummy herlina helmi ibu angkat saya yang sentiasa mengambil berat tidak jemu dan suka bergelak ketawa tak henti-henti dengan saya.

**untuk ma, che maznah husain yang baik hati walau diri ini tidak begitu mengenali mu dan hanya lewat cerita-cerita manis dan baik tentang dirimu.

Semoga kalian bahagia selalu dan dalam redha-Nya.insyaAllah.selamat hari ibu juga pada siapa-siapa yang bergelar ibu.

=)

2 comments:

aion said...

suke blog kimi :)

langittasbih said...

terima kasih ain =)