Sunday, May 31, 2009

masaku-curi.

Hari ini balik uia semula.semester baru untuk kali ini.
Saya mahu curi-curi masa ini sedikit buat taip-taip sesuatu diblog.
Walaupun agak penat + letih tapi jari jemari masih mampu bersenam-senam di keyboard.
Tahu sajalah,bila semester baru buka, azam setinggi langit.kemungkinan blog akan berhabuk dan bersawang-sawang bila sudah lama tidak dijenguk akan berlaku.mungkin.

Baru pulang dari kampung tercinta di kelantan sebetulnya.jadi frasa penat dan letih ini adalah result daripada perjalanan dari kampung yang jauh di kelantan ke shah alam. lawat-lawat nenek yang sudah tua dan sakit-sakit. kasihan nenek.sungguh.umurnya sudah 90 tahun lebih-lebih sedikit. apabila sudah tua, apalagi yang diharap pada badan yang tidak berdaya? Rambut yang memutih dan otot serta tulang temulang yang sudah lemah kerana sepanjang kehidupannya memikirkan anak-anak yang perlu diberi makan dan besarnya boleh jadi manusia.hati yang bermacam rasa kerana tidak tahu hingga bila lagi boleh bernafas dan melihat anak cucu.oh.kasihan nenek.

Kasih sayang dan perhatian harapan nenek.saya tahu.matanya yang sepet kecil itu bercerita pada saya.walaupun tanpa suara nenek beritahu.tapi saya tahu! Nenek bersuara sedih bila saya mahu pulang.oh.yang diharap pada hati saya, supaya saya tabah.semoga nenek juga terkena tempias katabahan hati saya walaupun saya juga menyembunyikan kesedihan seperti nenek yang menahan air mata tuanya tapi tidak mampu.

Bila lagi agaknya boleh bertemu sama nenek?
Semoga saya punya umur yang panjang dan sentiasa berlapang dada untuk bertemu nenek.
Agar masih boleh melihat senyumannya bila dia melihat saya.tapi,siapalah yang tahu.kesempatan itu adakah milik saya. Allah jua pemilik segala ketentuan.





kampung.


pokok-pokok tepi kampung.



kampung di pasir puteh.


tengahari yang redup tapi panas.


Juga buat satu-satunya adik tersayang,awin.
Cuti kali ini tidak berkesempatan untuk jumpa sama adik yang satu itu. adik bersekolah asrama.
Dia bercuti dan saya perlu pulang ke uia.
Tapi tak mengapa.senang sedikit adik belajar dengan nyaman tanpa gangguan dari kaklongnya ini.
=)

Adik boleh mengulangkaji dengan tenang dan tidaklah diganggu dengan kaklongnya yang ashik sahaja mahu berbual-bual itu dan ini.juga tidak diganggu kaklongnya yang akan bising-bising bila buku-buku adik ditinggalkan lama diatas meja belajar tak disentuh lantaran adik terpaku lama didepan tv. =)


kad handmade adik untuk saya.

Belajar rajin-rajin ye awin.SPM yang tidak lama lagi itu, semoga awin boleh jawab dengan hebat. Semoga rezeki kejayaan anugerah Allah itu milikmu.
Kasih dan sayang dari kaklong.

Wednesday, May 27, 2009

taip-taip.


Sekadar taip-taip sepertimana tajuk post ditaip.
Lewat hari-hari yang ini saya jadi begitu suka pula meng ‘search’ apa jua kata-kata hikmah ,
poem, dan yang sewaktu dengannya.

Hobi lama sudah datang.dulu, waktu sekolah rendah saya begitu rajin menyalin setiap kata-kata hikmah yang saya jumpa.penuh satu buku.tapi malangnya, buku itu sudah hilang.sedih sungguh mengenangkan kehilangan buku tersayang. Kecuaian penyumbang besar kehilangan.
Tapi kali ini,hobi tidak lagi sehebat waktu dulu.tidak lagi rajin menyalin.rajin baca dan yang berkenan save saja dalam pendrive. =)

Lalu,terjumpa kata hikmah yang memikat hati.entah kenapa begitu suka dengan yang ini.mungkin kerana ayat melodramatiknya itu.mungkin.

Jalaluddin rumi berkata :


Suffering is a gift.
In it is hidden mercy

My heart is so small
it's almost invisible.
How can You place such big sorrows in it?
"Look," He answered,
"Your eyes are even smaller,
yet they behold the world."

Sekadar berkongsi.boleh juga dijadikan kata hikmah ini sebagai ulam-ulam motivasi yang menyihatkan badan selepas makan sepinggan penuh nasi cabaran kehidupan. (ayat agak sastera yang direka-reka saya).



Oh! Dan juga buat sahabat-sahabat di uia pj ketika ini, selamat berjuang.semoga semua urusan kalian dipermudahkan-Nya.beroleh barakah dan kemanisan walau penat,letih,lesu dan sebagainya adalah habuan waktu ini.

insyaAllah.

Thursday, May 21, 2009

menuju DIA.

kadang-kala diri ini,
terasa ingin melarikan diri,
ke suatu tempat yang tiada penghuni,
jauh daripada fitnah duniawi,
hanya ingin bersendiri,
tiada siapa di sisi,
hanya Dia yang sentiasa di hati,
Rabb-ku yang dirindui.
kuterus berlari,
mencari cinta hakiki,
menuju-Mu ya Rabbi.
..pimpinlah hamba-Mu ya-Rahim..

Wednesday, May 20, 2009

persinggahan.


imam Ali berkata :

"Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya, menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya".


.berkata-katalah dengan mengetahui batas dirimu.

Tuesday, May 19, 2009

kisah sebuah jam.

hari ini mahu kongsi cerita.walaupun cerita seakan cerita kanak-kanak, tapi insyaAllah setiap pengisian itu ada kebaikannya.sesungguhnya tidak Allah ciptakan sesuatu itu dengan sia-sia kan? mahu beri motivasi untuk sahabat-sahabat dan diri ini juga. inilah kisah sebuah jam..

Alkisah, seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang dibuatnya. "Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetik paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?" "Ha?" kata jam terperanjat, "Mana sanggup saya!"

"Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?" "Lapan puluh enam ribu empat ratus kali? Dengan jarum yang ramping-ramping seperti ini?" jawab jam penuh keraguan.

"Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?" "Dalam satu jam harus berdetik 3,600 kali? Banyak sekali itu" tetap saja jam ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.
Tukang jam itu dengan penuh kesabaran kemudian bicara kepada si jam. "Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetik satu kali setiap detik?" "Haaaa, kalau begitu, aku sanggup!" kata jam dengan penuh yakin.


Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetik satu kali setiap detik. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu berasa sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun penuh dia telah berdetik tanpa henti. Dan itu bererti ia telah berdetik sebanyak 31,104,000 kali!

p/s : bayangkan kita ini adalah jam tadi.
siapa kata kita ini tidak mampu?
sebenarnya kita ini sendiri tidak percaya kebolehan kita.
yakinlah sesungguhnya Allah ciptakan kita dengan bermacam kehebatan.katakan boleh pada diri dan yang seterusnya berserahlah pada Allah dengan syarat usaha perlu ada!

tag dari imah.


dah lama di tagged imah.tapi tak berjawab-jawab.jadi, hari ini mood rajin lebih sikit. jawab sajalah wahai diri..tapi saya pilih satu saja ye cik imah.tak pe kan? =)


1) Do you think you are hot?
oh? no.im cool ~ hehe.


2) upload your fav picture.



3)Why do you like that picture?
currently i like this one.seronok sungguh tengok budak-budak main. =)


4) When was the last time you ate pizza?
when ya.. 2 weeks ago kot.roomate kasi one slice yang dia punya tak habis.saya tumpang makan jelah. hehe~


5) The last song you listen to?
lagu tema TV3.sebab tadi tengok tv kejap.


6) What name do you prefer beside yours?
prefer? kenapa tak mesti je.semua yang saya sayang.too panjang untuk di list kan.
mereka tahu saya sangat sayang mereka-mereka ITU. kan?
=)


sebenarnya ada lagi ni soalan.untuk mereka yang akan di tagged oleh saya.tapi memandangkan saya tidak menge tagged sesiapa, maka soalan-soalan itu saya sudah padam dengan menekan kekunci backspace. hehe. semua pun macam tak larat nak menjawab tagged-tagged yang menimbun ini.jadi sekian sahaja. untuk imah, terima kasih ya! =)

psst, tak pe ye imah, saya jawab yang macam ini saja.terkeluar format lah.. hehe~


Sunday, May 17, 2009

si kecil bersuara.

Ke kedai buku petang tadi. mahu lihat-lihat kalau ada buku yang menarik perhatian untuk dibeli. Duduk sahaja di rumah buat kaki ini mahu juga melangkah keluar walaupun hanya ke kedai buku di hadapan rumah. =)

Lalu tangan pantas menarik majalah solusi dari rak kayu yang atasnya penuh dengan macam-macam bentuk dan warna majalah. Wah! Bagus juga kalau beli yang ini. tajuk depan “INILAH JALAN YANG LURUS”. Lalu belek-belek majalah. Artikel ustaz hasrizal ada. Ustazah bahyah ada. Ustaz zahazan juga ada. Baiklah wahai majalah ! saya beli kamu ! =)

Berjalan lagi di sekitar ruang kedai buku kecil tapi best itu. Mahu lihat-lihat lagi sekadar mencuci mata kerana wang yang dibawa bukanlah banyak mana. Lalu mata saya terpaku pada seorang kanak-kanak lelaki kecil yang sedang bermain dengan bola-bola kecil warna merahnya.

“comelnya..” (saya berkata dalam hati)

Pipinya yang bulat sungguh itu menunjukkan yang dia sangat sihat.berkopiah putih dan berbaju hijau ada gambar kartun Garfield. Dicelah tangannya tersepit buku iqra’. Saja saya berdiri dekat dengannya. Kecil sungguh budak itu. Tingginya hanya setakat kaki saya. Saya buat-buat lihat cenderahati yang banyak dipamerkan dalam rak kaca. Tapi saya jeling-jeling juga pipi budak kecil yang comel itu. Sangat comel !


Budak itu juga sedang join saya lihat-lihat cenderahati yang banyak dalam rak kaca. Saya cuba bercakap-cakap dengan si kecil.

“Assalamualaikum adik..nama cape?”
“Waalaikumussalam kak.. nama kita ..nama kita zihni”

Adik kecil jawab dengan malu-malu dan senyum-senyum menampakkan giginya. Bunyi percakapannya pelat sedikit. Biasalah, budak kecil. Mungkin dia malu ditegur orang yang tidak dikenali. Oh.zihni nama dia. Kalau tidak silap saya, zihni dalam bahasa arab dan di translate ke bahasa melayu maksudnya akal.bagusnya nama..

“adik tunggu siapa?”
“kita tunggu abi kita.. tu..” zihni muncungkan mulutnya yang kecil kearah seorang pakcik dalam kedai buku itu.
“oh..”

Tiba-tiba adik kecil zihni yang comel itu menarik perlahan jubah yang dipakai saya.

“ya dik..?” .saya memandang padanya.
“kak..tengok tu..”. zihni muncungkan lagi mulutnya kearah sekumpulan remaja yang saya kira masih sekolah lagi.
“kak..abi kata kan..tak elok tak tutup aurat..dosa.. abi kata kan..nanti Allah marah. Cikgu kita kat tadika pun kata mana boleh pakai baju pelik-pelik. Islam suruh semua sederhana je..”

Saya senyum sahaja mendengar omelannya. Terdiam sebentar saya. Betul. Budak-budak yang melintas depan kedai buku tadi berpakaian yang saya dan adik zihni boleh kategorikan sebagai entah apa-apa.yang perempuan ketat sangat.saya yang lihat jadi sesak nafas.yang lelaki boleh pula bersubang. Astaghfirullah.

Kanak-kanak kecil juga tahu !


yang mana baik.yang mana buruk. Malunya saya. Hari ini dapat pengajaran dari adik zihni yang entah bila lagi saya boleh jumpa. Benarlah orang kata, semakin kita ini dewasa dan matang, sebenarnya kita semakin dungu kalau hanya mahu dengar kata-kata diri sendiri. Islam kan sudah gariskan keperluan menghayati kehidupan Islam dan amalkan dalam hidup. Tapi masih ramai lagi yang buat tak endah. Islam hanya pada nama?

Fikirlah.titik.



Friday, May 15, 2009

SAHABATKU.


Teet..teet..
Teet..teet..


Oh.ada mesej masuk.

1 message received
Sender : wani

“bila kekuatan yang dipohon, Allah beri rintangan untuk kita hadapi. Bila kebijaksanaan yang dipohon, Allah beri masalah untuk diselesaikan. Bila kasih Allah yang dipohon, Allah beri orang yang bermasalah untuk kita bantu. Bila pertolongan Allah yang dipohon, Allah beri kita peluang untuk diambil. Ya Allah, suburkanlah hati kami dengan rasa syukur dan kasih terhadap-Mu. Jika berteman, terimalah dia seadanya kerana dia hanya seorang sahabat yang hanya manusia biasa. Maka bersahabatlah kerana Allah. Moga ukhwah yang dibina sentiasa diberkati-Nya”.

subhanAllah.rindu pada sahabat.terima kasih wani atas mesej yang dihantar pada saya.
Biarlah mesej-mesej seperti itu seakan sudah hampir banyak dalam kandungan saved message handphone ketinggalan zaman saya itu.
Beri peringatan pada saya untuk difikir-difikir dan direnung-renung.
Itulah tugas sahabat kan? =)

Hanisah juga.sanggup me ‘missed call’ saya selalu semata-mata untuk bangunkan saya awal pagi menghadap yang maha Esa.walaupun sahabat yang seorang ini sekarang di Kelantan. maklumlah,UIA sedang dalam musim cuti. Kasihnya saya pada sahabat-sahabat.sungguh.

Manisnya ukhwah!

RABITAH HATI.

“ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi perintah-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalan-Mu yang sebenar. Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat tentang-Mu. Jika Engkau mentakdirkan mati , maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong”.

ameen~**

RINTIHAN HAMBA

Menelusuri hari-hari yang penuh mehnah dan cabaran.
Itu pasti.dan itulah hakikat kehidupan.
Mehnah itu anugerah sifatnya.supaya kita kembali pada yang Esa.dekat dengan-Nya.
Kesenangan dalam hidup itu mehnah.kesusahan juga mehnah.ujian yang bukan ringan untuk sesiapa yang mengerti.ujian yang jika berjaya kita harunginya, maka manisnya kita rasa. Justeru dalam taqwalah kita.

Bagaimana agaknya YA ALLAH agar dapatku titi jalan yang lurus?

“dengan yang demikian,berpegang teguhlah engkau kepada al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu, kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus”
[ al-Zukhruf : 43 ]

Aku ini daif ya Allah..
Mudahkah aku untuk melalui jalan-Mu yang lurus itu?

“sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu beribadatlah kamu kepada-Nya. Inilah jalan yang lurus.” [ ali imran : 51 ]

“dia sentiasa bersyukur akan nikmat-nikmat Allah. Allah telah memilihnya (menjadi nabi) dan memberi hidayat petunjuk kepadanya ke jalan yang lurus”.
[ al-Nahl : 121 ]

maka, jawapannya kita sebagai hamba yang daif jadikan ibadat itu kunci kepada segala-galanya dan kesyukuran itu pintu segala-galanya. Demi meminta pimpinan yang ESA dalam kehidupan.Lalu, jalan inilah yang dengan izin-Nya kan bawa kita kearah cahaya iman.insyaAllah.

“aku inikan hamba-Mu ya Allah.. kalau bukan Engkau yang menolongku.. siapa lagi ya Allah”

Sunday, May 10, 2009

tazkirah dari-Nya.

Sabda junjungan mulia Muhammad bin Abdullah :

“seseorang yang mengingati Allah s.w.t seorang diri lantas mengalir air matanya”.

Mengingati yang Esa itu bahagia.bahagia pada yang mengerti.menginsafi kekurangan diri dalam mensyukuri nikmat dari-Nya.lalu air mata mengalir.kerana apa ya air mata itu jadi begitu mudah keluar dari kilang-kilang air mata? .jawabnya kerana punya emosi. Emosi itu rasa cinta,kasih, malu dan takut pada Allah s.w.t.

Bertanya kembali pada diri ini juga untuk muhasabah bersama sahabat-sahabat.

Seringkali kita berdoa.usai solat akan berdoa.hinggakan membaca basmallah setiap kali sebelum lakukan sesuatu itu juga dikira doa.subhanAllah.begitu pemurah Tuhan sekalian alam memberi pahala pada hamba-Nya. Muhasabah.

Kenapa terasa masih jauh dengan Allah biarpun doa sudah diulang beribu kali?. Kenapa masih belum termakbul doa yang saban hari diminta?. Kenapa punya rasa seakan putus asa kerana hajat yang dimohon-mohon seakan payah benar untuk diperoleh?.

Lalu tepuk dada tanya iman.bersyukurlah kalau iman masih mampu memberi signal jawapan lalu akan rasa betapa daifnya kita sebagai hamba.kalau iman rosak sana-sini? Iman berlubang sana-sini? Iman Cuma tinggal 5 mm? .tanyalah banyak-banyak.tiada kesan.sungguh.

Saya sekadar mahu berkongsi dengan sahabat-sahabat.diri ini juga tidak sesempurna mana.tapi ilmu itu untuk disampaikan kan? Apabila kita menegur orang lain, kita sebenarnya sedang menyelak kelemahan diri sendiri untuk kita sendiri nilai dan baiki kembali.doa mungkin tak termakbul lagi kerana apa ya? Jawapan mungkin kita bukan daripada golongan yang BERADAB ketika memohon pada-NYA.doa juga punya adab.kalau seorang peminta sedekah mahu memohon derma kasar-kasar @ herdik-herdik anda, mahu sahabat-sahabat beri?

Jawapan saya pasti sahabat-sahabat tak akan beri derma pada peminta sedekah itu. Mahu pandang pun rasa menyampah.mahu minta tapi herdik-herdik. Begitu juga kita. Kita inikan hamba.mahu mohon pada Tuan kita. Allah s.w.t.maka, beradablah ketika berdoa pada-Nya. Dan janganlah jadi seorang hamba yang memaksa-maksa.terlalu memaksa Allah s.w.t untuk beri kita cepat-cepat apa yang kita minta. Ingatlah bahawasanya DIA itu mengetahui segala sesuatu.siapalah kita sebagai hamba.

Boleh jadi doa kita itu tak lagi dimakbulkan oleh-Nya kerana yang maha Khalik itu merindui dan sangat merindui rintihan hamba-Nya.DIA masih mahu mendengar rintihan kita hamba-Nya untuk merintih, untuk merayu, untuk mengadu padanya.lalu janganlah kita jadi mereka yang berputus asa.DIA itu maha penyayang.berdoalah sehabis mampu.jangan pernah kenal apa erti mengalah bila kita ini mahu berada dalam frasa perlindungan kasih-sayangNya. Biar hajat dimohon tak lagi termakbul, tapi hati akan rasa bahagia dengan cinta-Nya. Hati akan tenang kerana sentiasa mengingati-Nya.

Mahu cari bahagia abadi?

“ditempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendak-Nya” [ al-Qamar : 55 ]

Hanya ALLAH memahami kita .

“boleh kamu rahsiakan perkataan atau kamu lahirkan terang-terang, sesungguhnya Tuhan itu mengetahui isi hati” [al-Mulk : 13 ]

Jangan lupa untuk doakan ibu dan ayah. Kitakan permata hati mereka. Syurga bawah telapak kaki ibu kan? Oh.dan juga sempena hari ibu.walaupun hari-hari ialah hari ibu, tapi sempena hari yang di establish ini, mahu ucap selamat hari ibu pada :

**Lovely umi wardah daud yang dengan susah payah mengandungkan saya 9 bulan lamanya dan membesarkan saya hingga saya adalah saya hari ini .

** yang sangat dikasihi umi zaleha Abdullah atau mesra dipanggil mak cik ha kerana sudi jadi ibu susuan saya saat kecil dan tidak berhenti beri kasih sayang dan keprihatinan hingga hari ini.

** untuk mummy herlina helmi ibu angkat saya yang sentiasa mengambil berat tidak jemu dan suka bergelak ketawa tak henti-henti dengan saya.

**untuk ma, che maznah husain yang baik hati walau diri ini tidak begitu mengenali mu dan hanya lewat cerita-cerita manis dan baik tentang dirimu.

Semoga kalian bahagia selalu dan dalam redha-Nya.insyaAllah.selamat hari ibu juga pada siapa-siapa yang bergelar ibu.

=)

Saturday, May 2, 2009

pesan ayah.

Hari ini dapat berbual lama dengan ayah.sudah lama tak berbual begitu panjang dengan ayah.
Adapun, cuma umi yang tidaklah sesibuk ayah akan jadi teman berbual.rindu pada ayah.sungguh. Rindu pada suaranya.wajah ayah juga. dan kasih sayangnya. itu pasti.

“kaklong, tahu tak arwah cheq’ pernah bercerita pada ayah dulu-dulu tentang Tok Kenali.ulama’ terkenal itu.tok kenali ini adapun kerjanya adalah tanam-tanam padi di sawah.ore kelate panggil‘dok najok’.dalam terik matahari dan penat yang amat kitab-kitab agama mesti @wajib ada atas batas tu.suara ayah perlahan-lahan bercerita.ayah memang orang yang sangat tenang. (ayah bercerita dalam loghat kelate ).

“jadi kaklong,susah itu biasa dalam belajar.dalam keadaan sesusah dan seberat manapun cabaran yang kaklong rasa dalam nak belajar ni,ingat,manis tetap ada dengan redha dan bantuan dari Allah.tengok Tok Kenali tu,dalam nak bersawah masih sempat cari ilmu dalam kitab. Kita yang sekarang ini banyak kemudahan tentu lagi boleh”.

Ayah pula yang bercerita panjang.yelah, setelah sejak dari muqaddimah perbualan hinggalah
hampir tamat perbualan,sayalah yang jadi orang-paling-ter-sangat-banyak-cakap.
Memang begitu.saya pembuka cerita seperti selalu.dan ayah akan menamatkannya dengan
nasihat-nasihat panjang lebar dan berguna.nasihat ayah saya tanam dalam-dalam pada hati.
Supaya nanti boleh tumbuh subur dengan tindakan-tindakan yang terbaja dengan nasihat ayah.
insyaAllah.

Peperiksaan makin hampir.hati jadi resah.lalu kata-kata dari mulut ayah ubat paling baik selepas pergantungan pada-Nya.mengadu itu ini-itu ini pada ayah.berceloteh tidak henti. Ayah orangnyakan penyabar.sangat kenal anaknya yang ini.maka, hati saya jadi senang.

Kata ayah lagi.

“ayah ini tidaklah belajar tinggi-tinggi.masuk universiti pun tidak.ayah tiada ilmu ilmiah sebanyak ayah orang lain untuk beri pada kaklong.ayah bukan ayah orang lain yang kerjanya professor. Bukan macam ayah orang lain yang kerjanya duduk selesa di kerusi besar pejabat. Bukan Seperti ayah orang lain yang gajinya cecah 5 angka .bukan ayah orang lain yang bijak-bijak hingga masuk universiti.tapi ilmu yang ayah ada inilah yang buat ayah boleh didik kaklong
dan awin semampu ayah.sebab itu kaklong perlu jadi orang yang jauh lebih baik dari ayah. Sebab Ayah boleh jadi orang yang lebih baik dari arwah cheq’.maka kaklong mesti kena lebih baik dari ayah.”


terasa mahu menangis dengar kata-kata ayah.kaklong tahu ayah.teringat cerita ayah yang menyentuh hati saya, anaknya.cerita hidup ayah cari makan untuk dapat duit.cerita ayah yang pernah jadi seseorang yang bermula dari bawah hingga ayah adalah ayah yang saya lihat hingga hari ini.

Ayah tambah lagi.

“ayah ini pelupa orangnya.jadi umi yang tidak pelupa itu adalah pelengkap hidup ayah.kaklong dan awin juga pelengkap hidup ayah.pelengkap hidup ayah sampai ayah sudah tidak lagi dilihat didunia ini.Sebab DOA anak-anak ayahlah yang akan lengkapkan hidup ayah yang penuh kelemahan dan kedhaifan dulu biarpun ayah suatu saat nanti ayah tak ada lagi untuk menjadi pendengar celoteh-celoteh kaklong”.

Lalu ayah berkata lagi bila saya masih diam mendengar kata-katanya.

“kaklong adalah pantulan diri ayah.macam mana berjaya atau tidak ayah didik kaklong.macam
itulah yang orang akan tengok.kaklong yang baik adalah dari ayah.kaklong yang kurang baik juga adalah ayah.kerana kaklong itu terbentuk dari air tangan ayah.ayah yang didik.maka. jadilah orang yang berjaya dunia dan akhirat untuk diri kaklong sendiri. Ayah tumpang gembira dengan kejayaan dan kebahagiaan yang kaklong akan dapat dari kasih sayang-Nya.
Sebab ayah ini yang mendidik kaklong. Jadilah orang yang mampu buat ayah tersenyum selalu.

jangan lupa doa dan solat.Allah itulah pergantungan kita.kalau hati tidak tenang.dekatkanlah diri dengan Allah.tapi jangan jadi hamba Allah yang sombong.mencari-Nya bila kita susah. tapi bila senang langsung DIA kita lupa."

Seperti pesan ayah selalu.ayah tak mengharapkan apa-apa balasan dari anaknya. Ibu bapa
sesiapapun tidak mengharap balasan dari anak-anak.cukuplah ingatan dan kasih sayang dari
anak-anak.orang tua akan terasa dihargai.

Semoga kita tergolong dalam kalangan anak-anak yang soleh dan solehah. Apa lagi yang tinggal untuk ibu dan ayah bila dunia ini sendiri sudah dilenyapkan Allah? Doa itu lah senjata orang mukmin.


Semoga rahman dan rahim dari-NYA sentiasa bersama AYAH DAN UMI.

Anakmu,
langit tasbih.