"love is sacrifice. thus, sacrifice what you love the most"
waktu sedang berbuka puasa sunat hari Arafah tempoh hari, suara takbir dari surau dekat rumah tu buat air mata ni menitik. entah kenapa hati ni dengan sukarelanya dia-berasa sayu semacam. (macamlah kamu tu duduk oversea dan tak dapat dengar takbir raya secara live dari ceruk mana-mana pun akrimi uit) - sebenarnya sedang memahami perasaan gula melaka :) maklum sajalah, akrimi dan falsafah air matanya sangat kompleks. eh, tapi betullah juga kan, hati akrimi yang sudah bercampur rasa itu buatkan air mata yang jadi result.
hati + rasa macam macam kuasa tiga = air mata
:) <- senyum sebab equation atas ni memang fail!
alhamdulillah, solat pagi raya dapat dilaksanakan dengan sangat nyaman. kasihan dengar berita di Gaza. waktu hari raya yang indah indah ini pun Israel-yang-entah-apa-apa-entah-perangai-itu sibuk mengacau orang Islam. memang kalau ada hadiah nobel pengorbanan dunia, mahu saja beri pada rakyat palestin. cocok betul dengan tema hari raya aidiladha. :) "berkorbanlah demi agama mu".
khatib yang baca khutbah raya haji pun menangis tahu masa baca khutbah. maksud saya, khatib surau dekat rumah saya. tempat lain tak tahu. agaknya saja khatib tu menangis memandangkan saya tak dapat nak lihat pakcik khatib itu berbicara dek tirai hijau menutup ruang orang perempuan. sebab suara dia kadang kadang sayu dan serak serak tahan air mata barangkali. kadang kadang oke saja bunyinya. lagi lagi waktu pakcik itu bertakbir - laibbaikallah humma labbaik labbaikala shari kalakalabbaik. nasiblah saya duduk saff depan. air mata yang bergenang juga ni tak dapatlah dilihat ramai orang. (memang tak boleh nampak atau dengar orang nangis. rasa mahu join juga).
sangat sayu pertama sebab pakcik itu ingatkan tentang sanggup tidak kita berkorban macam nabi Ibrahim dan sanggup tidak kita berkorban banyak perkara tentang dunia demi hidup yang lebih panjang di alam sana. subhanAllah!! saya juga masih bertanya hati. kerana saya tahu, mulut memang dengan senang mengatakan boleh. tapi suara hati? kalau iman belum benar benar sepenuh isi jiwa dan raga, jangan harap. nanti jadi macam orang munafik pula yang bermuka muka mengatakan iman tapi sikapnya langsung tidak ada iman. nauzubillah!!
kedua, sayu sebab rukun Islam belum pun cukup. alhamdulillah, rukun yang empat empat sudah terlaksana dan cukup. tapi sempurna tidak semua rukun dari yang pertama sampai empat itu, biarlah Allah jua yang tentukan. takutnya! takut kalau amalan yang tidak seberapa sepanjang 21 tahun hidup ini Allah tak terima. (sedihnya). mahu sungguh sungguh pergi Makkah dan sujud depan Kaabah. (wah,wah, seronok seronok). hari itu masa hari ahad lepas lah, Umi tiba tiba buat usul daftar nama. lalu, kaklong umi ini pun kata mahu tunggu tahun depan. harus tunggu gula melaka pulang. sudah janji dengan gula melaka mahu daftar nama sama sama. insyaAllah kalau Allah masih panjangkan umur. :)
"dan hendaklah kamu menyembah-Ku.inilah jalan yang lurus" (Yassin:61)
oh, harap harap Allah selalu jadikan hati ini hati yang selalu berkorban untuk diri sendiri dan orang lain. biarlah orang kata, "kau tak kesian kat diri kau ke ha?". tapi, menurut saya, kalaulah kita tahu dan faham macam mana indahnya perasaan kalau dapat berkorban demi kebaikan dan kesenangan diri sendiri (contoh macam tinggalkan perangai hodoh dan buruk walaupun liat) dan orang lain, mesti kita akan jadi orang yang tak pentingkan diri sendiri insyaAllah :) kerana love is sacrifice. thus, sacrifice what you love the most.
p/s: akan berkorban untuk orang-orang tersayang walaupun terpaksa mengorbankan rasa hati sendiri insyaAllah. salam aidiladha!
No comments:
Post a Comment