Friday, July 22, 2011

heart-strings.

Bismillahirrahmanirrahim.


  • terbaca satu artikel tentang orang perempuan dan sifat-sifatnya. sebetulnya, sudah lupa tajuk artikel itu yang lebih tepat. ahah. lalu, hati ini membuat kesimpulan yang diri ini lebih menyenangi perempuan yang lebih sederhana dan polos. memang perempuan-perempuan yang bercahaya dengan gaya dan trend terbaru menarik perhatian mata apatah lagi melambungkan keterujaan hati. (ah, saya yang perempuan ini pun tertarik melihat perempuan yang cantik-cantik dengan gaya tudung terbaru apatah lagi orang lelaki). tetapi antara 'keterujaan hati' dan 'ketenangan hati', saya lebih tegar memilih apa-apa sahaja yang pada pandangan mata ini memberikan ketenangan. perempuan yang sederhana dalam pembawaan dirinya, dalam berpakaian, dalam percakapannya dan polos lebih tenang dilihat mata dan dinilai hati. bukankah yang sebegitu lebih baik? apatah lagi Islam mementingkan kesederhanaan. ah, masing-masing punya hak untuk punya pendapat tersendiri.
  • saya setuju betul kata-kata Ustaz Zaharuddin yang dakwah itu luas dan terangkum juga dalam bentuk lagu-lagu yang memberi kesedaran. walaupun memang benar yang bukan jaminan bahawa mereka-mereka yang mendengar lagu maher zain itu akan mendapat hidayah dan sedar kesilapan diri lalu kembali untuk mendekatkan diri pada Allah. tapi, sekurangnya, dengan mendengar sesuatu yang baik-baik maka kuranglah masa mereka itu dari berbuat perkara yang sia-sia. mendengar yang baik-baik itukan makanan rohani juga. :) lagi baik kalau mendengar perkara yang baik lalu hadamkannya dengan membaiki diri. ah, indah sungguh hidup kalau setiap hari diri ini jadi lebih baik dari hari-hari semalam. (banyak betul perkataan baik di ulang-ulang. nampak sangat bahasa melayu diri ni tak berapa bagus. kurang kosa kata dan penyusunan ayat. ahah).
  • jasad ini bagai baru diketuk selepas lama terlena. itu yang paling sesuai untuk menggambarkan diri buat masa ini. ahah. maklumlah, pengurusan masa dalam masa cuti yang panjang ini sangat tidak efektik berbanding musim akademik di UIA. lalu, padanlah, bila Allah uji sedikit sahaja dengan beberapa kerja dan responsibility, terus terasa susah dan terbeban, astaghfirullah! maafkan diri ini ya Tuhan. cepat benar aku mengalah dengan ujian yang sekecil zarah itu. maafkan aku..
  • kesusahan hati diganti dengan senyum optimis dan semangat baru hari ini. pasti ada hikmah untuk semua yang berlaku sekarang. jadi, follow takdir yang tertulis dengan melakukan yang terbaik. mungkin kerana satu kerja memerlukan saya punya kekuatan fizikal yang banyak dan satu kerja lagi memerlukan saya mengerah otak untuk lebih akademik buat saya banyak berfikir itu ini. maklumlah, sebenarnya diri ini kalaupun diberi kerja yang kecil, seperti mendapat satu tanggungan seberat alam dek memikirkan amanah orang. apatah lagi kalau memikirkan amanah Allah.
  • masih terasa tidak layak untuk ke selection mooting untuk Jessup International Moot Competition dan Red Cross international Humanitarian Moot Competition. dengan masa yang tingal sebulan lebih saja lagi, diri ini bagai tidak siap serba serbi. ah, kalaupun tak jadi mooters, harus sedar yang saya punya tanggungjawab untuk AIKOL. apalagi yang boleh diharap, setelah lecturer pula yang berharap pada kita?
  • sudah cuba home access untuk online database dari IIUM library untuk pengguna off-campus. setelah berjam-jam menunggu, lexis nexis total research, Current Law Journal, Law Net dan sewaktu dengannya tak boleh juga dibuka. sedih sungguh. tergendala lah lagi research online untuk membantu pencarian kes-kes dan artikel yang boleh membantu. lalu, research law tanpa case law seperti membaca manuskrip tak bertulisan. tiada makna.
  • sekarang ini banyak sungguh senyum untuk diri sendiri.

buat hati, ini ubat kamu:

" jikalau mereka sungguh-sungguh redha dengan apa yang diberikan Allah dan Rasul-Nya kepada mereka, dan berkata: cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian kurnia-Nya dan demikian (pula) Rasulnya, Sesungguhnya kami orang-orang yang berharap kepada Allah" (at-Taubah: 59)

P/s: optimis selalu. Allah kan ada :)

No comments: