Wednesday, November 9, 2011

a giant step

Bismillahirrahmanirrahim.

sharing talk 60 minutes dalam radio IKIM pagi tadi memang best. itupun alhamdulillah sempat juga dengar dalam kereta sekejap. (kalau duduk dalam rumah, memang jarang benarlah diri ni rajin nak buka radio). punyalah tunggu DJ tu sebut nama penuh prof tu sampai akhir, tapi tak keluar keluar juga. maklumlah, dah ketinggalan sesi pembukaan talk. jadi, yang saya tahu ialah sharing talk bertajuk 'alasan dalam kehidupan' entah dari professor mana. jadi, kita panggil speaker tu sebagai prof sajalah di sini.



first sangat tertarik when prof tu sebut yang yang kita ni kalau hidup, "hiduplah dari dalam". hidup yang mengharapkan redha Allah dan bukan harapan manusia. memang penting juga perlu ada harapan manusia kerana itu yang menjadi alat dalam urusan dunia. tapi niat dan matlamat - kerana Allah dan solely kerana Allah. eh, ingat senang mahu buat semua perkara kerana Allah? cakap bolehlah. kalau hati tu kotor memang sila lah mimpi yang kita ini betul dan sungguh sungguh ikhlas kerana Allah. sebab - ikhlas is like seekor semut hitam di atas batu yang sangat hitam dan di tempat yang sangat gelap

hidup ini akan jadi ringan bebannya kalau kita memang ikhlas kerana Allah. prof tu tekankan yang kita ni jangan buat kerja kerana - "takut apa pula kata orang nanti". buatlah semua perkara kerana Allah dan semata mata kerana dia yang mana waitage nya di akhirat nanti. susah? penat? nak masuk syurga yang indah dan indah dan serba beautiful, surprising, gempak, hebat sangat, bombastic, magnificent dan segala yang baik baik itu perlu bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian tahu. 

for example, kita terlalu banyak kerja macam kena pergi kenduri, kena pergi jumpa orang itu ini, kena hantar assigment and dalam masa yang sama kita ada tuntutan untuk spend time dengan family kita yang baru sampai rumah misalnya. rasa serabut? then, do all the things based on priority and do it dengan niat sebab redha Allah dan bukan cakap cakap orang. jadilah orang yang berbahagia dengan mendahulukan dan memikirkan Allah setiap saat dalam hidup. boleh kan? :)

second, suka sangat bila prof tu usulkan yang kita ni perlu ada 'skrip kehidupan'. means that, we should plan on how our life should be. betul kita merancang, tapi Allah yang tentukan. so, jadilah manusia yang hidupnya ada pegangan dan prinsip. usaha. then let Allah decides. Allah yang ar-Rahman ar-Rahim itu akan sentiasa bagi kita yang terbaik eventhough apa yang Allah kasi tu, kadang kadang kita tak mampu dan rasa macam susah dan berat sangat. hey, He knows best!!

ketiga, jadilah muslim yang TERBAIK dunia dan akhirat bermula dari hati yang beriman dan baik. sebab seorang muslim akan jadi BERDUA bila menikah dan membina keluarga. dan menjadi bertiga, empat, lima, enam, tujuh bla bla. dan dari sebuah keluarga muslim yang baik akan lahir masyarakat yang baik, bangsa yang baik, dan negara yang hebat. sebab itu, didiklah diri dari sekarang! yes, sekarang!. kentalkan agama dalam diri. hebatkan langkah dalam urusan dunia. then, impian untuk punya keluarga muslim yang menyenangkan hati dan  barakah bukan lagi 'angan angan mat dan minah jenin' tapi kenyataan yang susah payahnya akan Allah balas! :)

p/s: prof tu kata lagi yang nak tengok kita ni confident tidak orangnya, tengok kalau kita ni  jenis yang tak boleh hidup sorang sorang, nak ke mana mana kena berkumpulan, nak kena berteman dan suka ada geng - that's the sign of less confident. orang yang confident, tidak perlu bantuan unless sangat perlu dan boleh berdiri atas kaki sendiri, dan boleh bergerak sendiri. (sila bezakan ini dengan orang kera sumbang). so, kita yang mana? tepuk dada tanya hati.

No comments: