Saturday, June 20, 2009

suluhan jiwa.

semoga Allah swt sering memberi kita kekuatan, tidak mudah terhempas dan tidak terjerat oleh tarikan kuat dunia, hingga menyebabkan kita letih menaiki tangga-tangga akhirat.

Entah kenapa saya begitu suka dengan kata-kata ini.kalau ke bilik study, mata saya akan selalu terlihat kata-kata yang naeemah tulis di meja study naeemah. Kesukaan itu lalu menyebabkan saya mahu pinjam kata-kata yang naeemah tulis buat saya taip pula di blog.

**kak pinjam ye naeemah.kita kongsi-kongsi. =)

Bila saya ulang-ulang baca seakan beri saya peringatan kuat.
Kata pada dasar hati : jangan pernah letih mendaki tangga akhirat.kerana itu tujuan kita yang akhirnya.biar pahit untuk pergi kesana.agar manis itu kita rasa dihujung perjalanan yang jauh itu.Perjalanan ke puncak tangga akhirat..

Semoga apa yang ditulis saya akan memberi ilmu dan manfaat untuk yang membaca dan diri saya sendiri. Kerana apa? Kerana dalam hadis Muhammad bin Abdullah bersabda :

barangsiapa yang semakin bertambah ilmunya,tetapi tidak bertambah hidayahnya, maka dia semakin jauh dari Allah. (petikan kitab imam al-Ghazali)





2 comments:

Unknown said...

hmmm,menarik!!

langittasbih said...

ehm?
terima kasih.
kongsi-kongsi saja apa yang ditulis.ilham datang dari-NYA.