Sudah lamakah tidak meng update blog? Ehm.mungkin juga.sawang-sawang belum lagi sepenuhnya wujud dalam blog. Sekadar habuk-habuk sedikit yang saya lap dengan kertas tisu. blog pun sudah bersih semula. =)
Selepas minum secawan Nescafe, mata jadi sangat segar. Sudah lama tidak menghirup Nescafe. Teringat umi dirumah yang sangat suka minum Nescafe. Penat mencari dan membaca artikel-artikel tentang tajuk conversion out of Islam : the legal and Islamic perspective untuk task public speaking minggu depan, terus saja saya merajinkan diri untuk menulis sesuatu di blog. Otak sudah penat bermain fikir-fikir dengan fakta-fakta berat.maka, kita bercerita-cerita buat seketika. Seronok juga.
Hari ahad lalu ada cerita dari kampung.untuk yang ini, cerita datang dari rumah kampung di jalan Haji Shafie, Sabak Bernam.sebetulnya bukan cerita-cerita isu panas yang akan jadi buah mulut orang kampung sampai orang yang di pekan Sungai Besar juga tahu. Cukuplah sekadar berita baik buat dikenang-kenang tetamu yang datang.
ini cerita orang bina masjid.
Ada walimatul urus di kampung keluarga sebelah umi saya di Sabak Bernam,Selangor sebenarnya. Sepupu saya, Kak Saadah mendirikan rumah tangganya dengan teman hidup dari Terengganu. Kak saadah yang cantik itu muda lagi.umurnya baru 22 tahun.sungguh muda untuk berkahwin.Cuma tua tiga tahun dari saya.tapi perlu apa untuk pertikaikan.sudah jodoh kak saadah kata umi bila saya berasa seperti masih lagi ternampak kak saadah memakai baju sekolah menengahnya. Lagi pula harap saya, semoga kak saadah dipermudahkan segala urusan.maklumlah, kak saadah itu masih lagi belajar.
Malangnya, cerita-cerita walimatul urus kak Saadah itu saya hanya boleh dengar dari adik awin. Adik awin bercerita itu ini bila adik menelefon saya di UIA. Maafkan saya ye kak saadah. Bukan tidak mahu datang.tapi ada tanggungjawab lain pula disini yang harus dipenuhi.
Seingat saya, sudah lama tiada walimatul urus diadakan di rumah pusaka itu.sejak adik umi yang bongsu,pakcik Harun saya berkahwin lebih dua belas tahun yang lalu, kak Saadah adalah orang bertuah seterusnya membuat majlis di rumah pusaka lama itu.yelah,selepas pemergian atok dan uwo, rumah kampung itu ditinggalkan. Selepas sekian lama,barulah mak cik ani yang membaiki semula rumah dan diam di rumah itu bersama keluarganya. Alhamdulillah, maka kami yang lain masih lagi boleh pulang ke rumah kampung jalan haji shafie bila-bila masa . =)
Kata adik, ayah jadi ketua tukang masak untuk walimatul urus kak Saadah. Seperti selalu juga, ayah memang akan jadi orang penting masak-memasak.ayah akan menasihatkan orang itu dan ini tentang masakan sambil tangan ayah ligat mencampur adukkan pelbagai jenis bahan dalam masakannya. lagi pula, kak Saadah itukan anak saudaranya.tentu ayah mahu masak yang lebih-lebih lagi sedap.awin pula kata,dia seronok duduk sahaja di dapur daripada jadi orang yang memberi cenderahati buat tetamu di luar rumah. malu kata adik.oh,macam selalu juga kalau ada saya, adik awin memang akan menyorok dibelakang saya sambil memegang hujung lengan baju saya. Walaupun dia tahu, dia itu sama tinggi dan besar dengan saya.bukan kecil dan rendah hingga tiada orang akan nampak.kelakar saja memikirkan sikap adik yang itu. =)
Oh,adik awin kata lagi dia seronok di dapur kerana ayah akan ajar dia dan sepupu-sepupu yang lain cara membentuk hiasan-hiasan makanan.yelah,ayah yang membuat rancangan hidangan pengantin. Maka, adik awin rasa seronok dengan sesi pengajaran ayah tidak langsung itu.cemburu saya mendengar.tapi tak mengapa.nanti bila punya kesempatan, akan saya minta ayah ajar saya pula secara special =)
Mesti indah walimatul urus kak Saadah.ruginya tidak dapat hadir.oh!
Gambar-gambar kak saadah dengan suaminya mungkin nanti boleh minta sahaja dengan pakcik dan makcik.kamera yang ada rosak pula bila ada majlis penting sebegitu.sedih betul kata awin.jadi, jawapannya, perlu minta gambar pada yang lain sahaja.
Dapat saya bayangkan senyuman kak Saadah yang gembira dan ceria itu.semoga perkahwinan kak Saadah beroleh barakah dari-Nya. dipenuhi rahmat dan keredhaan juga. =)
No comments:
Post a Comment