Setiap hari ada kelas bahasa Arab.kecuali hari khamis. Sabtu dan ahad juga kerana itu memang hari cuti untuk kami semua pelajar-pelajar. Dapat lagi mua’lim baru. Ustaz Esam al-din baru pulang dari tempat kelahirannya, Sudan. Jadi, moodnya ceria sungguh.baru berjumpa keluarga.biasalah.tapi Dr.aziz untuk maharatul kalam belum sempat bertemu.minggu depan barangkali baru boleh mengikuti kelas Dr. Aziz. Ustaz Esam al-Din itu buat saya rasa senang.saya akan dapat selalu mendengar zikir-zikir daripada bunyi halus yang keluar dari bibirnya tiap kali kami sedang membuat tadribat dalam kelas. Tenang hati. Ustaz suka juga menyebut kalimah taiyyib pada kami semua setiap kali kami menjawab soalan ustaz walau jawapan kami semua tak semuanya betul.juga menyebut taiyyib talib atau taiyyib tolibah sebagai hadiah pada kami bila kami sering bertanya soalan-soalan pada ustaz biarpun yang kami tanya ialah nahu-nahu mudah yang sering kami lupa.hati rasa senang kerana setiap yang keluar dari mulut murabbi kita itukan doa. =)
Benarlah ketenangan itu dicapai melalui zikrullah.jadi, wajah ustaz Esam itu sentiasa saja tenang dan tersenyum bila ustaz sedang mengajar kami. Menyebut tentang zikrullah, teringat saya pada satu taa’lim yang diikuti membicarakan tentang zikir buat tazkirah mengisi ruang-ruang hati yang perlu sentiasa diberi makanan rohani.
Ramai antara kita yang sentiasa saja berzikir.tapi, zikir yang bagaimanakah memberi kesan dan impak pada hati?
Hakikat zikrullah bukan terletak pada sekadar sebutan tuturan kalimah.kita perlu letakkan bezanya roh makna kalimah zikrullah dengan membaca kalimah zikir.membaca itu berbeza dengan membaca +melafazkan dengan serapan hati.zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi.dimensi itu ialah dimensi lidah (qauli), hati (qalbi), perlakuan (fikli).
Sebagai contoh,katalah lidah kita ini menyebut subhanAllah ertinya maha suci Allah.itulah zikir qauli.maka perlulah kita lengkapkan dengan zikir qalbi dengan merasa betapa Allah itu maha Suci zat dan sifat-Nya serta merasa keagungan-Nya.lalu seterusnya ialah fikli dengan benar-benar terkesan dari merasa kesucian Allah swt sebagai yang Esa melalui perbuatan-perbuatan kita sebagai hamba Allah yang taat pada-Nya.
Firman Allah :
“...sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri.”
(al-Baqarah : 222)
Maka, sekiranya dimensi zikir yang tiga ini kita penuhi dan lakukan, insyaAllah, kesannya sangat mendalam pada hati dan sedari itulah wujudnya rasa kehambaan dengan sesunguh-sungguhnya. Rasa bertuhan yang mencipta diri ini, memahami maksud takdir dengan menerima ketentuan-Nya dengan berlapang dada kerana setiap sesuatu itu ada hikmah yang tak tersingkap hingga kita menemuinya.malah, akan merasa setiap ujian itu adalah hadiah buat kita untuk kembali pada-Nya.
Kebahagiaan itu ada pada zikrullah.sebutan-sebutan yang tidak perlu kita susah payah untuk membayarnya.insyaAllah, dengan zikrullah, hati ini akan sentiasa lapang walau rumah papan buruk adalah tempat berteduh kita atau rumah sebesar istana itu tempat kita tinggal.
insyaAllah.
No comments:
Post a Comment