Friday, March 30, 2012

kerana mereka saudaraku juga

Bismillahirrahmanirrahim.


kempen hari ni pulak:



Allah ada dengan orang-orang yang beriman :) 


teringat kata kata sorang ustaz ni waktu kuliah maghrib dulu, yang kita ini, dalam berdoa mintak macam macam dengan Allah, jangan jadi orang penting diri. ingat dengan pentingkan hal diri ni, Allah suka ke? so, insert lah juga potongan potongan doa buat saudara saudara se-Islam kita especially those yang struggle with their life di negara sendiri.doakan kesejahteraan diorang. doakan mereka yang pergi itu semua syahid pada pandangan Allah. doakan yang insyaAllah satu masa nanti sepertimana yang telah Dia janjikan, Islam akan menang dengan kuffar dan menjadi agama terhormat before the world end. doa senjata umat Islam yang paling hebat. none can beat du'a. :) and, this is one of the thing yang kita boleh dan mampu lakukan special for our Muslim brothers out there insyaAllah instead of, do spend some money as a sadaqah to help. 

kasihankan mereka. sungguh, tadi waktu tengok those videos on syrian struggles against Bashar Assad (antara manusia yang ter-paling-sangat kejam), jatuh air mata menderu deru macam hujan. akrimi kalau dicampak duduk di syria in that kind of situation and chaos belum tentu bertahan. kalau my own father, mother and sister was treated and killed 'in that kind of way' belum tentu kuat. verily, Allah said in al-Baqarah, 'la yukallifullahu nafsan illa wus a'ha'. He knows well.

Bashar Assad dengan kisahnya. (ade ke patut suruh orang sebut la illaha illa bashar - tiada sembahan selain Bashar). Astaghfirullah! dan sesiapa yang tak sebut akan dirobek mulutnya sampai terkoyak rahang. ya Allah. andai sahaja Allah turunkan bala-Nya pada engkau pakcik Bashar! Mahmoud Ahmadinejad and Hizbullah membantu Bashar menamatkan revolusi rakyat Syria. konflik negara negara Arab. Isu Palestin yang tak pernah selesai. Israel semakin bertambah kurang waras. UN tak berfungsi langsung. Russia and China menggunakan veto mereka menolak semua usul untuk mengenakan tindakan terhadap Syria. siapa peduli?

sungguh, tiada siapa yang boleh beri ketenteraman, keamanan, dan KEMENANGAN pada umat Islam kecuali Allah! bukan Obama, bukan ahmadinejad dan konco konconya, bukan nicholas sarkozy, bukan vladimir putin. kemenangan itu milik Allah! 

krisis ini bukan krisis mereka sahaja. bukan isu orang-orang arab sahaja. krisis ini krisis kita semuanya sebagai satu ummah.sepertimana sabda Nabi Muhammad saw dalam hadisnya " tidak beriman seseorang di kalangan kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri" (Riwayat Bukhari)

kan mereka itu semua saudara se-Islam kita. sama hubungan aqidah dengan kita. dan, ketahuilah hubungan yang paling suci itu ialah hubungan aqidah. bukan darah atau bangsa.  kalau bukan kita yang ambil peduli siapa lagi? di mahkamah Allah nanti, mereka akan bangkit bertanya di mana kita waktu saudara se-Islam memerlukan. apa yang akan kita jawab? sibuk berjual beli di shopping mall? sibuk tengok running man? sibuk memujuk hati kekasih? 

tepuk dada tanya iman.wallahu 'alam.

p/s: lupa pulak, by the way, tomorrow Global March to Jerusalem Malaysia is at stadium shah alam from 5pm - 11.30pm. insyaAllah Prime Minister Palestin, Ismail Haniyeh bersama sama :) so, sesiapa yang ada ruang dan kesempatan, digalakkan hadir ye :) 

No comments: