Friday, March 9, 2012

kerana Allah menyayangi kamu

Bismillahirrahmanirrahim.

Allah gerakkan hati ini. untuk terus kuat! dan diri ini akan terus terus kuat. kerana diri ini mahu menyambut kasih sayang Dia :)


"Manusia yang paling berat ujiannya adalah para nabi, kemudian yang terbaik sesudah mereka, kemudian yang terbaik sesudah mereka. Seseorang diuji sesuai kadar agamanya. Jika agamanya kuat, ujiannya berat. Jika agamanya lemah, dia diuji sekadar agamanya. Ujian terus mendera hamba sampai membiarkannya berjalan di muka bumi tanpa menyandang sedikit pun dosa." (Muhammad bin Abdullah saw)

dan,
akrimi mahu terus tersenyum senang. biar pun ribut dan hujan menenggelamkan pelangi indahnya :). kerana,

"Apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan mengujinya. Jika hamba itu bersabar dan redha maka Dia akan memilihnya menjadi kekasihNya"
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

akrimi hamba yang kerdil.dia tak tahu urusan Tuhannya. maka akrimi akan berusaha untuk terus senyum dan lapang hati. walaupun dia sendiri tahu langit tak selalu cerah, bintang bukan selalu kelihatan, siang akan berganti malam. hidup ini tak mudah. lalu mujahadah itu pahit, syurga itu manis :)

"Kami tak tahu ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik pada Allah."
(Salim A Fillah)




:)

No comments: