Minat benar saya pada sajak mata ayah yang ada dalam buku komsas tingkatan 2. Bila baca saja sajak itu, mesti teringat akan ayah.entah kenapa, saya merasakan watak dalam sajak seakan ayah dan saya.saya akan selalu ulang-ulang baca sajak bila ada masa luang. Sedih saja hati bila baca sajak mata ayah.nama pun sajak sedih, takkan pula mahu tersenyum bila baca.kan pelik tu.
Masa itu umur masih 14 tahun.Kerana minat akan sajak mata ayah melebihi dari sajak-sajak yang lain dalam buku komsas, saya lalu tulis sajak bertajuk mata ayah besar-besar atas kertas putih keras. Saya buat cantik-cantik dan letak corak-corak abstrak guna cat air atas kertas.saya warnakan guna cat air yang cantik itu hadiah dari seorang cikgu pada saya dengan hati riang agar lukisan saya jadi sangat cantik. Saya tulis sajak dalam pen dakwat basah hitam. Lalu saya letak reben renda warna krim yang saya dapat dari diyana di atas kertas. Habis saja kerja, saya tersenyum senang. Sudah siap. Saya baca kembali sajak dalam hati. Lalu, saya simpan baik-baik dalam laci. Ingat mahu tampal saja dalam bilik. Tapi rasa segan pula kalau ayah nampak. Maklumlah, saya kan tulis sajak tentang ayah. Waktu kecil-kecil dulu, malu selalu saja tak kena pada tempat. Sekarang juga sebenarnya.mungkin.
Hasil kerja saya yang itu tersimpan elok dalam laci. Sekali-sekala saya buka juga laci buat lihat-lihat kembali sajak.semasa umur 16 tahun, pertama kali saya tampal sajak mata ayah yang saya hias diruang yang boleh dilihat orang. Maklumlah, waktu itu saya masuk ke sekolah asrama. bila tahu saja yang saya akan ke MRSM, saya ambil sajak mata ayah yang saya decorate dan letak dalam beg galas. Boleh juga buat kenang-kenangan bila di MRSM nanti.sajak itu kemudian saya tampal di tepi katil yang boleh buat saya lihat dan baca selalu setiap hari.tempat sajak saya itu masih ditempat yang sama. Ditepi katil saya hingga saya tamat belajar di MRSM. Kertas sajak mata ayah saya bawa pulang .
Saya tidak buang. Adik awin kemudiannya menjadi pewaris hasil tangan saya itu. Saya beri untuk adik awin pula tampal di bilik asramanya agar adik awin juga akan selalu teringat jasa ayah membesarkan kami bila baca sajak itu..
Tidak banyak cerita tentang ayah.ayah seperti selalu seorang yang pendiam.dan cukuplah dengan kata-katanya yang sepatah dua untuk buat kita yang mendengar memahaminya.itulah ayah. Ayah tegas dalam diamnya.saya tahu.kadang-kadang saja ayah akan jadi orang yang banyak cakap.
Waktu kecil-kecil dulu, ayah suka mencium pipi saya.saya lalu akan menggaru-garu pipi kerana gatal disebabkan misai dan janggut ayah yang halus dan tajam-tajam itu terkena pipi saya.tapi saya suka pula tarik-tarik misai ayah.kelakar saja kalau teringat. =)
Kini, misai dan janggut ayah itu sudah ada warna-warna putih.rambut ayah juga. Bukan sikit yang sudah bertukar warna putih,tapi banyak.
Biarlah sudah banyak manapun uban ayah , saya tetap sayang ayah.biarlah sudah bertambah angka usia ayah, saya tetap sayang ayah.biarlah sudah banyak kendur dikulit ayah, saya tetap sayang ayah. biarlah sudah layu mata ayah yang penuh dengan cerita didalamnya, saya tetap sayang ayah.
Selamat hari ayah.setiap hari ialah hari untuk ayah.kerana setiap hari juga ayah ada dalam hati saya.terus tergambar dalam doa-doa saya. Buat ayah.
Sunday, June 21, 2009
Saturday, June 20, 2009
suluhan jiwa.
“semoga Allah swt sering memberi kita kekuatan, tidak mudah terhempas dan tidak terjerat oleh tarikan kuat dunia, hingga menyebabkan kita letih menaiki tangga-tangga akhirat”.
Entah kenapa saya begitu suka dengan kata-kata ini.kalau ke bilik study, mata saya akan selalu terlihat kata-kata yang naeemah tulis di meja study naeemah. Kesukaan itu lalu menyebabkan saya mahu pinjam kata-kata yang naeemah tulis buat saya taip pula di blog.
**kak pinjam ye naeemah.kita kongsi-kongsi. =)
Bila saya ulang-ulang baca seakan beri saya peringatan kuat.
Kata pada dasar hati : jangan pernah letih mendaki tangga akhirat.kerana itu tujuan kita yang akhirnya.biar pahit untuk pergi kesana.agar manis itu kita rasa dihujung perjalanan yang jauh itu.Perjalanan ke puncak tangga akhirat..
Semoga apa yang ditulis saya akan memberi ilmu dan manfaat untuk yang membaca dan diri saya sendiri. Kerana apa? Kerana dalam hadis Muhammad bin Abdullah bersabda :
“barangsiapa yang semakin bertambah ilmunya,tetapi tidak bertambah hidayahnya, maka dia semakin jauh dari Allah”. (petikan kitab imam al-Ghazali)

Monday, June 15, 2009
.pemergian.
Terpandang encik laptop kesayangan di tepi. Sesaat kemudian terpandang pula buku criminal law yang elok tersusun di atas meja. Mahu laptop atau buku? Nampaknya encik laptop lebih mencuri hati. Bukan tidak mahu baca buku. Mahu. Tapi tadi baru saja selesai baca-baca buku law and society yang penuh dengan law principles dan jurist views itu. Jadi, laptop adalah sasaran seterusnya untuk meringankan sedikit kerja harian. Harapnya, niat untuk menyambung bacaan buku criminal law tidak pergi dan berpergian begitu saja selepas ini.
*******************************
hari sabtu baru saja berlalu. petang hari sabtu saya di stesen LRT Taman Melati bersama dua orang sahabat. Perjalanan penat sedikit-sedikit saja. Walaupun bukanlah perlu berjalan kaki untuk kesana, tapi kesesakan manusia penyumbang pada keletihan yang Cuma 5%. Takpe lah penat sedikit. Niat pemergian kan mahu melawat sahabat kami yang lain. Tak elok benar merungut kerana letih.
Hujan turun renyai-renyai usai saja keluar dari LRT. sementara menunggu ukhti khadijah mengambil kami bertiga, kami duduk-duduk merehatkan diri di bangku. Hujan jadi makin lebat. Tiba-tiba henset di tangan saya memberi signal bunyi terima mesej dari azimah. Selepas habis baca, terus saya tunjuk pada sahabat untuk lihat kandungan mesej.innalillah.. itu saja yang mampu terkeluar. Kami berpandangan.
Ustaz Dr.fathi yakan sudah kembali ke rahmatullah. Penulis gerakan Islam berjiwa besar itu sudah meninggalkan dunia tapi seisi dunia masih boleh baca tulisan-tulisan beliau sampai bila pun. kehilangan yang besar pada dunia Islam. Teringat saya yang dulu saya pernah meminjam buku maza ya’ni atau apa ertinya saya memeluk Islam dalam bahasa melayunya tulisan Dr.fathi yakan dari sahabat di bilik sebelah. Buku maza ya’ni itu saya baca sampai habis. sunhanAllah. tulisan yang hebat. Saya tidak begitu mengenali beliau.hanya lewat cerita-cerita hebat tentang peribadi beliau yang sempat singgah pada pendengaran saya dari sahabat-sahabat. Al-fatihah..
Juga cerita pemergian. Takziah buat farah. Pagi tadi suasana dalam bilik jadi terkedu seketika selepas seorang roommate terima mesej dari farah. Semoga farah punya kekuatan menghadapi pemergian ibu ya. Siapalah yang sangka.kasihan farah. Muda-muda lagi sudah hilang ibu kesayangan.saya tahu.satu hari nanti, saya juga kan jadi macam farah.entah sampai bila lagi Allah akan pinjamkan nafas ini buat saya atau umi atau ayah atau adik awin. Semoga saya orang yang kuat dan tabah hadapi dugaan Allah.
Sesungguhnya daripada DIA kita datang, kepada DIA jua kita kembali.

**Kematian itu pasti.
Saturday, June 13, 2009
dimensi zikir.
Setiap hari ada kelas bahasa Arab.kecuali hari khamis. Sabtu dan ahad juga kerana itu memang hari cuti untuk kami semua pelajar-pelajar. Dapat lagi mua’lim baru. Ustaz Esam al-din baru pulang dari tempat kelahirannya, Sudan. Jadi, moodnya ceria sungguh.baru berjumpa keluarga.biasalah.tapi Dr.aziz untuk maharatul kalam belum sempat bertemu.minggu depan barangkali baru boleh mengikuti kelas Dr. Aziz. Ustaz Esam al-Din itu buat saya rasa senang.saya akan dapat selalu mendengar zikir-zikir daripada bunyi halus yang keluar dari bibirnya tiap kali kami sedang membuat tadribat dalam kelas. Tenang hati. Ustaz suka juga menyebut kalimah taiyyib pada kami semua setiap kali kami menjawab soalan ustaz walau jawapan kami semua tak semuanya betul.juga menyebut taiyyib talib atau taiyyib tolibah sebagai hadiah pada kami bila kami sering bertanya soalan-soalan pada ustaz biarpun yang kami tanya ialah nahu-nahu mudah yang sering kami lupa.hati rasa senang kerana setiap yang keluar dari mulut murabbi kita itukan doa. =)
Benarlah ketenangan itu dicapai melalui zikrullah.jadi, wajah ustaz Esam itu sentiasa saja tenang dan tersenyum bila ustaz sedang mengajar kami. Menyebut tentang zikrullah, teringat saya pada satu taa’lim yang diikuti membicarakan tentang zikir buat tazkirah mengisi ruang-ruang hati yang perlu sentiasa diberi makanan rohani.
Ramai antara kita yang sentiasa saja berzikir.tapi, zikir yang bagaimanakah memberi kesan dan impak pada hati?
Hakikat zikrullah bukan terletak pada sekadar sebutan tuturan kalimah.kita perlu letakkan bezanya roh makna kalimah zikrullah dengan membaca kalimah zikir.membaca itu berbeza dengan membaca +melafazkan dengan serapan hati.zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi.dimensi itu ialah dimensi lidah (qauli), hati (qalbi), perlakuan (fikli).
Sebagai contoh,katalah lidah kita ini menyebut subhanAllah ertinya maha suci Allah.itulah zikir qauli.maka perlulah kita lengkapkan dengan zikir qalbi dengan merasa betapa Allah itu maha Suci zat dan sifat-Nya serta merasa keagungan-Nya.lalu seterusnya ialah fikli dengan benar-benar terkesan dari merasa kesucian Allah swt sebagai yang Esa melalui perbuatan-perbuatan kita sebagai hamba Allah yang taat pada-Nya.
Firman Allah :
“...sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri.”
(al-Baqarah : 222)
Maka, sekiranya dimensi zikir yang tiga ini kita penuhi dan lakukan, insyaAllah, kesannya sangat mendalam pada hati dan sedari itulah wujudnya rasa kehambaan dengan sesunguh-sungguhnya. Rasa bertuhan yang mencipta diri ini, memahami maksud takdir dengan menerima ketentuan-Nya dengan berlapang dada kerana setiap sesuatu itu ada hikmah yang tak tersingkap hingga kita menemuinya.malah, akan merasa setiap ujian itu adalah hadiah buat kita untuk kembali pada-Nya.
Kebahagiaan itu ada pada zikrullah.sebutan-sebutan yang tidak perlu kita susah payah untuk membayarnya.insyaAllah, dengan zikrullah, hati ini akan sentiasa lapang walau rumah papan buruk adalah tempat berteduh kita atau rumah sebesar istana itu tempat kita tinggal.
insyaAllah.

Thursday, June 11, 2009
cerita ahad yang lalu.
Sudah lamakah tidak meng update blog? Ehm.mungkin juga.sawang-sawang belum lagi sepenuhnya wujud dalam blog. Sekadar habuk-habuk sedikit yang saya lap dengan kertas tisu. blog pun sudah bersih semula. =)
Selepas minum secawan Nescafe, mata jadi sangat segar. Sudah lama tidak menghirup Nescafe. Teringat umi dirumah yang sangat suka minum Nescafe. Penat mencari dan membaca artikel-artikel tentang tajuk conversion out of Islam : the legal and Islamic perspective untuk task public speaking minggu depan, terus saja saya merajinkan diri untuk menulis sesuatu di blog. Otak sudah penat bermain fikir-fikir dengan fakta-fakta berat.maka, kita bercerita-cerita buat seketika. Seronok juga.
Hari ahad lalu ada cerita dari kampung.untuk yang ini, cerita datang dari rumah kampung di jalan Haji Shafie, Sabak Bernam.sebetulnya bukan cerita-cerita isu panas yang akan jadi buah mulut orang kampung sampai orang yang di pekan Sungai Besar juga tahu. Cukuplah sekadar berita baik buat dikenang-kenang tetamu yang datang.
ini cerita orang bina masjid.
Ada walimatul urus di kampung keluarga sebelah umi saya di Sabak Bernam,Selangor sebenarnya. Sepupu saya, Kak Saadah mendirikan rumah tangganya dengan teman hidup dari Terengganu. Kak saadah yang cantik itu muda lagi.umurnya baru 22 tahun.sungguh muda untuk berkahwin.Cuma tua tiga tahun dari saya.tapi perlu apa untuk pertikaikan.sudah jodoh kak saadah kata umi bila saya berasa seperti masih lagi ternampak kak saadah memakai baju sekolah menengahnya. Lagi pula harap saya, semoga kak saadah dipermudahkan segala urusan.maklumlah, kak saadah itu masih lagi belajar.
Malangnya, cerita-cerita walimatul urus kak Saadah itu saya hanya boleh dengar dari adik awin. Adik awin bercerita itu ini bila adik menelefon saya di UIA. Maafkan saya ye kak saadah. Bukan tidak mahu datang.tapi ada tanggungjawab lain pula disini yang harus dipenuhi.
Seingat saya, sudah lama tiada walimatul urus diadakan di rumah pusaka itu.sejak adik umi yang bongsu,pakcik Harun saya berkahwin lebih dua belas tahun yang lalu, kak Saadah adalah orang bertuah seterusnya membuat majlis di rumah pusaka lama itu.yelah,selepas pemergian atok dan uwo, rumah kampung itu ditinggalkan. Selepas sekian lama,barulah mak cik ani yang membaiki semula rumah dan diam di rumah itu bersama keluarganya. Alhamdulillah, maka kami yang lain masih lagi boleh pulang ke rumah kampung jalan haji shafie bila-bila masa . =)
Kata adik, ayah jadi ketua tukang masak untuk walimatul urus kak Saadah. Seperti selalu juga, ayah memang akan jadi orang penting masak-memasak.ayah akan menasihatkan orang itu dan ini tentang masakan sambil tangan ayah ligat mencampur adukkan pelbagai jenis bahan dalam masakannya. lagi pula, kak Saadah itukan anak saudaranya.tentu ayah mahu masak yang lebih-lebih lagi sedap.awin pula kata,dia seronok duduk sahaja di dapur daripada jadi orang yang memberi cenderahati buat tetamu di luar rumah. malu kata adik.oh,macam selalu juga kalau ada saya, adik awin memang akan menyorok dibelakang saya sambil memegang hujung lengan baju saya. Walaupun dia tahu, dia itu sama tinggi dan besar dengan saya.bukan kecil dan rendah hingga tiada orang akan nampak.kelakar saja memikirkan sikap adik yang itu. =)
Oh,adik awin kata lagi dia seronok di dapur kerana ayah akan ajar dia dan sepupu-sepupu yang lain cara membentuk hiasan-hiasan makanan.yelah,ayah yang membuat rancangan hidangan pengantin. Maka, adik awin rasa seronok dengan sesi pengajaran ayah tidak langsung itu.cemburu saya mendengar.tapi tak mengapa.nanti bila punya kesempatan, akan saya minta ayah ajar saya pula secara special =)
Mesti indah walimatul urus kak Saadah.ruginya tidak dapat hadir.oh!
Gambar-gambar kak saadah dengan suaminya mungkin nanti boleh minta sahaja dengan pakcik dan makcik.kamera yang ada rosak pula bila ada majlis penting sebegitu.sedih betul kata awin.jadi, jawapannya, perlu minta gambar pada yang lain sahaja.
Dapat saya bayangkan senyuman kak Saadah yang gembira dan ceria itu.semoga perkahwinan kak Saadah beroleh barakah dari-Nya. dipenuhi rahmat dan keredhaan juga. =)

Subscribe to:
Posts (Atom)