Sunday, February 17, 2013

bangun, matahari dah tinggi!

Bismillahirrahmanirrahim.


years goes by. sekejap sangat! selalu ber-wondering dengan diri sendiri in my freshie-first year, that would i able to finish my study dan masa seems so hard-wrecking lambat membilang hari-hari convocation. tapi takpun. dah jadi terbalik. rasa macam masa unbelievably faster sampai bangun tidur pun pelik fikir, "eh, semalam baru je tidur kejap ni dah kena bangun". "eh, rasa panas lagi kerusi dalam lecture theater kelas Evidence menghadap Prof. Akram ni dah mass lecture lagi". "eh, dah final year" bla.bla.bla.

yang lagi penting dan selalu bermain dalam kepala, ->what is my contribution to Islam?. oh, akrimi ! apa yang diri ni dah buat untuk da'wah? untuk tarbiyyah diri sendiri apatah lagi orang lain? apa yang berlaku pada semua orang Islam kat dunia ni? oh!!!

Sultan Mohamed Al-Fateh berjaya menakhluki kota Konstantinopel pada waktu umurnya 24 tahun. oke. that's amazing. me myself? kalaulah kena lantik jadi panglima perang, koff koff dan pada waktu menjangkau 23 tahun masih belum ada apa-apa persediaan melawan musuh Islam, memang kalah besar, malu besar, dan sila lah balut badan macam mumia besar dek humiliation terbesar sebab umat Islam sekarang hakikatnya:

1) tidak berapa cerdik : orang bukan Islam yang pandai lagi bijaksana menguasai banyak bidang ilmu, ekonomi, senjata, dan namakan lah sendiri semua cabang yang kamu semua nak letak. oke. mereka jadi kuasa besar sebab bijak tapi kita? bijak, tapi ha, buatlah pekasam kebijaksanaan yang Allah bagi tu. suka sangat kan? 

2) hina : masalah sosial? siapa juara? tengok malaysia sudah. rempit, dadah, rompak, akhlak macam sampah sampah bertaburan DBKL lupa kutip dan semua perangai tak tentu hala. bunyi macam kasar kan? dah tu, ingat orang yang nak mengutuk hinanya orang Islam ni jarang-jarang ye kalau mengutuk cakap bahasa sopan. sekian.

3) lemah : sekejap. cuba belek peta dunia kejap. nampak 'negara Israel'? eh, negara apa sebelah-sebelah Israel tu? kiri kanan tepi belakang depan keliling? negara Islam kan? tak mampu nak lawan Israel? si pendatang tanpa izin, si penceroboh, si tetamu tak diundang tu oh, kamu kata US tolong Israel tu, sebab tu susah. eh, US tu sebenarnya ekonomi dah goyah. hutang $1.6 Trillion pun kita takut-takut? 

4) berpecah : ambil pinggan kaca, baling tinggi-tinggi dan krakkkk, krrukkkk, krekkkk, berderai prangg prangg. macam tu lah saudara-saudara Islam. pecah belah. nak berpegang pada Quran dan sunnah pun berpecah dan terbit ideologi macam macam. apatah lagi isu negara Islam ni kaya, tapi tak tolong yang lemah ni, yang ni banyak duit tapi lagi best dia kata kalau buat hotel tertinggi di dunia kat Dubai nun. kalau macam ni, macam mana nak  ramai-ramai berdepan bagaikan panglima Islam yang gagah dan macho depan penentang Islam? 


pandang diri sendiri dengan mata hati. tanya. sebelum Allah tarik nyawa kita, dan Allah akan tanya, "wahai hamba-Ku, apa yang kau lakukan dengan umurmu?" take a little step at first, do good deeds untuk agama ini. agama yang Rasulullah saw susah-susah perjuangkan untuk umatnya. sampai sakit sakit Rasulullah saw tu berperang, tercucuk pipi dengan besi, di baling tahi, di ejek orang Quraisyh, takutnya dia-rasul kita waktu Jibril menurunkan wahyu pertama menyebut-IQRA'!. bacalah!. bacalah sebab dengan itu kita dapat ilmu. ilmu tu powerful oke! mana cinta kita pada agama ini? pada Rasulullah? TT

"dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai..." (Ali-Imran:103)

suatu ketika, Khalifah Umar berkata kepada sahabatnya: "impikanlah". seorang pemuda berkata: "aku mengimpikan negeri ini penuh dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah". Khalifah Umar berkata lagi: "impikanlah". seorang pemuda berkata: "aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah". Khalifak Umar berkata lagi: "impikanlah". mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi wahai Amirul Mukmunin". Khalifah Umar pun berkata: "Aku mengimpikan negeri ini dipenuhi RIJAL seperti Abu Ubaydah al-Jarrah, Muadz Bin Jabal dan Salim (hamba Abu Huzaifah). Lalu aku meminta tolong dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah". 

Rasulullah saw yang baik hatinya itu meninggalkan kita dengan hanya Quran dan Sunnah. insyaAllah, hidup berlandaskan ini lebih dari cukup dari segalanya. Nabi Muhammad saw tidak meninggalkan kita dengan harta kekayaan limpah limpah. bahkan Masjidilharam itu pun berlantaikan tanah, berbumbungkan pelepah tamar dan hanya itu tinggalan bangunan buat sahabatnya. hatta al-Quran waktu itupun belum Rasulullah buku kan pun. hanya memori dan hati yang bersih milik sahabat membangunkan pembukuan al-Quran. its engrave in their heart, people. sedarlah, sampai bila pun, the most important thing adalah human resources dan bukan financial resources. tersebarnya Islam oleh sahabat-sahabat bukan dengan wang dirham bergunung tapi human resources dalam jiwa yang awesome melangit itulah yang berjaya menegakkan Islam. wallahu'alam.


moga thabat dengan cinta Quran dan Sunnah.

No comments: