Tuesday, March 22, 2011

jalan pulang

Bismillahirrahmanirrahim.

nasihatku cuma ini. dan ini jua yang termampu, untuk hati ini dan hati kamu,,


"al-Quran dan sunnah itulah dua sumber yang akan menyelamatkan kita dari terhumban dalam kepayahan, kesedihan, kesulitan dan kesesatan. sabda Muhammad Bin Abdullah dalam khutbah terakhir Baginda, "Aku meninggalkan kamu dua perkara, tidak akan sesat selama-lamanya sesiapa yang berpegang kepada kedua-duanya, Kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya" (riwayat Malik). jika terasa berat sungguh ujian dalam hidup ini, tidak mungkin dua sumber agung ini tidak mampu memberi panduan? pulanglah. jalannya ada. tanyalah hati dan fikirlah sama ada kaki anugerah Allah itu mahu melangkah atau terus membatu".



langittasbih.

2 comments:

zulaikha shukri said...

iya, secara teorinya, mafhum diketahui umum. tapi, secara praktikalnya, bukan mudah. semestinya kaki ingin terus melangkah, namun masa amat diperlukan untuk langkahan yang pertama.
yang pertama dan bukan yang kedua, kerana yang kedua itu cuma meneruskan. memulakan adalah lebih payah dari meneruskan. bukankah?

langittasbih said...

betul memulakan payah dari meneruskan. perkara akan jadi susah kalau diri sendiri merasa susah. sampai bila mahu melangkah? sampai perkara menjadi senang? atau menunggu saja tanpa usaha?

determination and willingness.
ini penting.

contoh,,
kalau kita mahu dosa kita diampunkan Allah. adakah hanya dengan biarkan saja dan berharap Allah yang sifat-Nya mengasihani akan mengampunkan kita begitu-begitu saja?

kita ini yang perlu bertaubat dulu. banyakkan doa mohon pada Dia agar sudi mengampuni kita. solat taubat etc.

memang payah. sebab mendapat tiket ke syurga bukan semudah menempah tiket neraka.

:)