Bismillahirrahmanirahim.
teet..teet..
1 message received
adik awin
"kaklong, qoute of the day pleasee"
"nak qoute of the day.macam tak semangatlah harini"
"cakaplah quote apa-apa"
pagi-pagi lagi adik awin sudah ganggu kaklongnya dengan quote dan quote-quote. selalu pula tu.
eh.eh.tak ganggulah. kaklong sayang awin! ahah. maka kaklong akan beri apa saja quote yang sedang berputar-putar dalam
brain. kadang-kadang kita reka-reka sajalah quote. agak-agak sedap dibaca dan bolehlah dikategorikan sebagai pemberi semangat, maka kaklongnya akan me-
reply mesej sepantas panahan uncle Robinhood. (itupun kalau ada kredit dan ter---perasan rupa-rupanya ada mesej masuklah!). maklumlah, kata kawan-kawan,
"kimi ni suka tak balas mesej" "kimi ni kenapa telefon tak angkat-angkat ni" blaaa..blaaa.. betul ke kamu orang saya macam itu? duh!! maaflah. bila encik henset
di-mode-silentkan, encik henset bagaikan kepit kuku yang hanya berguna bila mahu kuku diketip saja. heh.
eh.eh.
u-turn balik cerita tadi.adik awin.
adik awin kata, "susahlah belajar kaklong". belajar susah? mari sini tunjuk sama kaklong belajar untuk jadi orang berjaya dunia akhirat mana yang tidak susah. mari sini tunjuk sama kaklong. lalu, kaklong pada adik awin yang
the one and only ini akan beri nasihat panjang lebar yang pada rasa-rasa saya perkataan sama juga yang diguna setiap beribu masa nasihatkan adik awin. oh! Allah beri tanggungan itu pada kamu, kerana kamu mampu. mungkin itu ujian. mungkin itu rahmat. maka, jawapan nya mudah. waktu senang dan susah kebergantungan hanya pada Allah. senang bukan?
haaa,, wahai adik awin kaklong yang cantik budi pekerti, jangan mahu mengada-ngada fikir-fikir negatif tentang diri tahu.dan, eh. ramai pula kata adik awin macam kanak-kanak ribena. ahah. kaklong tak kata. orang yang kata. tapikan, kaklong rasa taklah sangat. kadang-kadang ada jugalah elemen
kanak-kanak dutch lady 123 tu.heh. ah, adik awin tetap adik. kalau sudah adik tu, adik lah juga. tapi kira saya, adik awin matang dalam berfikir. tapi adik awin bukan orang yang mudah tunjuk perasaannya. adik awin tahu menjaga pergaulannya dengan lelaki ajnabi. dan kaklong sangat hormat itu. adik awin tahu jaga auratnya tanpa disuruh-suruh. adik awin lebih baik bacaan al-Qurannya dari kaklong. adik awin boleh betulkan tajwid kaklong tanpa lihatpun al-Quran itu. (oh, ini semua jasa ayah yang jadi ustaz tetap kami belajar al-Quran. cara bacaan, makhraj huruf dan tajwid. terima kasih tau ayah!) ☺ oh! andai saja saya sebagus itu!
ah, rindulah kat adik awin. (haa,, sukalah tu..kaklong cakap macam ni) haha.kita jumpa minggu depan ye. boleh berbuka dan sahur sama-sama.
=)