Thursday, July 8, 2010

my mind talks with hijab outside.

Bismillahirrahmanirrahim.

pada rasa-rasa hati saya, bacaan ini lebih seronok dibaca orang perempuan. orang lelaki tentu saja nanti rasa bosan. biasalah, ini cerita tentang tudung-tudung. bukan tudung saji buat tutup lauk-lauk sedap tengahari tadi daripada serangan puan lalat dan encik cicak. tapi tudung di kepala ye. oh ya, no offence. silalah teruskan bacaan kalau mahu. heh.

zaman 90-an dulu, (macam lama sangat pula) tidak pernah ada di pasaran pun tudung-senang-main-sarung-je. kalau zaman sekarang ini, baby umur 9 bulan yang comel-comel-comel pun sudah boleh bertudung. selalunya waktu hari raya sajalah. mahu bergambar lah katakan. waktu yang lain, tidak terlarat pula si ibu nanti mahu membasuh tudung si baby yang suka comot-comot kalau makan dan minum. masa saya kecil-kecil molek dulu, saya tidaklah dari umur 7 tahun sudah bertudung. tapi, memang sungguh-sungguh ingat tudung pertama saya warnanya biru laut dan berbunga batik warna merah jambu. sangat cantik. kainnya lembut dan dibeli oleh ayah di Pasar Seni Kuala Lumpur. oh, sebab itulah tudung itu bercorak batik. masa itu baru 5 tahun.

bila sudah besar sedikit, umur sudah menginjak angka 10, ayah beri arahan untuk memakai tudung lebih-lebih lagi kalau pulang ke kampung. kaum sepupu pula ramai lelaki dan mereka itu bukan muhrim. jadi, no free hair ye kaklong dan adik awin!. (kadang-kadang saya ber-free hair juga) tapi, biasalah, kecil-kecil nakal dan degil. maka, saya hanya memakai serkup sahaja kalau balik kampung atau ada orang datang rumah. ya. hanya berserkup. ya Allah. kelakar sungguh kalau diingat semula. macam makcik-makcik. haha.

berserkup lebih senang dan praktikal kira saya pada masa itu. maklumlah, kalau sudah bermain tidak ingat dunia. berbasikal pusing-pusing depan rumah dan waktu maghrib dipanggil suruh mandi baru pulang. tambah lagi, kalau kaum-kaum sepupu menggoda untuk pergi main lecak dan hujan. waktu senja waktu semua orang dalam rumah mahu siap-siap solat, gatal mata pula mahu intai kelawar dari balik pokok pisang di luar rumah. korek tanah sampai berlubang-lubang untuk main congkak berbuahkan biji celagi. ah, macam-macam. lalu, tudung atau serkup lebih selesa untuk bermain? tentu saja saya pilih serkup. haha. tapi, kebiasaan tamat bila sudah darjah lima. tudung yang harus dipakai. barulah tepat kriteria bertudung. (kata ayah). maka, pulang ke kampung dan bermain bersama sepupu-sepupu wajib bertudung dan bukan lagi serkup. itu sudah jadi kebiasaan untuk diamalkan. bertudung, memakai baju lengan panjang hatta bersama sepupu sendiri. apatah lagi itukan perintah Allah. kenangan. lambatnya baru bertudung betul.

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka….." ( An-Nisa' : 30-31)

sekarang, bila masuk universiti, entah kenapa susah pula mahu cari tudung yang sesuai. banyak karenah pula ya kamu akrimi. bila sudah mula pakai tudung bidang 60' jualannya kurang sedikit dipasaran. kalaupun ada, kainnya banyak yang bercorak dari yang kosong. (tidak kisah sebenarnya corak atau tidak). tapi, kalau baju sudah bercorak takkan pula tudung bercorak simpang siur sana sini. macam apa pula nanti. kalau baju kain kosong itu tiada masalah. kain tudung bawal pula kainnya jarang. nampak bayang-bayang tengkuk. kalau mahu juga pakai, perlu memakai inner tudung (tudung sedikit singkat dan kecil) di dalam untuk tutup leher. sedikit panas. tapi mahu buat macam mana. maka, tudung bawal memang tidak menarik perhatian tapi sulamannya memang menarik perhatian. heh.


ini contoh tudung 60'. sumber dari sini.

bila mahu masuk semester baru minggu depan, rasa mahu saja beli tudung banyak-banyak. oh. tidak bagusnya membazir. tudung yang ada rasanya sudah cukup dan umi ada beli sehelai dua yang baru. maka, pakai saja apa yang ada. lagi pula, semuanya masih elok. jadi, kawan-kawan semua, berfesyen baju dan tudung baru sempena semester baru yang katanya, "barulah semangat" tidaklah amat penting. yang amat penting, jiwa dan azam yang baru, kuat, bersungguh, dan tak mudah putus asa. selamat memperbanyakkan amalan dan ibadah!!


6 comments:

Nor Halimah Ahmad Ramli said...

saya ingin buat kenyataan.saya suka post ini^_^

Salim Harmanain said...

saya suke wanita bertudung..hihi :)

langittasbih said...

imah.haha..
terima kasih atas kenyataan anda.
mah, dah lah tudung bidang 60' yg plain coraknya suka betul garis-garis ditepi. xde investment kan.. nanti kita bisnes tudung muslimah lah mah.decorate corak yg cantik dan kain yg kualiti skit. tak licin sgt.x kasar sgt.

wohaaaa! XD

langittasbih said...

salim.ohhh?
yelah kau.
kau mahu buat kenyataan wanita idaman ye disini..
haha~**

XD

Salim Harmanain said...

ye...semestinya wanita bertudung bertudung jd idaman..sbb penampilan melambangkan peribadi..hihi

langittasbih said...

yelah salim oii..

XD