Saturday, July 25, 2009

25 pesanan Luqmanul Hakim.

1. Hai anakku….. ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

2. Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

3. Hai anakku… orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

4. Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6. Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

7. Hai anakku…seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

8. Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

9. Hai anakku… janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11. Hai anakku… bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13. Hai anakku… janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14. Makanlah makananmu bersama sama dengan orang - orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15. Hai anakku… bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16. Hai anakku… bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17. Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18. Hai anakku… bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ (riak) yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20. Hai anakku… janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21. Hai anakku…usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22. Hai anakku…janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23. Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24. Hai anakku… bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25. Hai anakku…ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Tuesday, July 21, 2009

comic strips.

**petang-petang kerajinan seakan turun mendadak.
tidak seperti waktu pagi dengan segala macam perkara terasa mahu juga buat.
baca buku,mengemas rumah bla..bla..
demam masih tidak menghilangkan diri.suka benar datang singgah.lagi-lagi waktu petang begini.


**cari cerita pendek lucu yang boleh buat ketawa kecil.cukuplah ketawa dan suka yang sederhana.ketawa banyak-banyak itu boleh buat orang gelap hatinya.dunia cuma.
cerita pendek yang dicari kartunnya dalam kotak-kotak.sekadar jenaka sampingan.




musim durian.saya tak pasti pula musim buah-buahan yang tepat.sekarang ini seakan semua musim pun boleh jadi.tak tentu masa.bukan macam dulu.minggu lepas penuh satu mahallah ummu salamah di uia itu dengan bau durian.masing-masing dapat kiriman selonggok buah durian dari kampung mungkin.atau ada yang rajin,lalu membelinya.maklumlah banyak pula dijual dimana-mana.dulu saya suka benar durian.bila sudah besar,kesukaan tidaklah seperti kecil-kecil dulu.cukuplah seulas dua buat merasa.makan banyak-banyak pun tak elok.ikutlah sunnah, berhenti makan sebelum kenyang.





makanan dihotel selalu ciput-ciput.mahal pula.kualitinya itu mungkin penyebab kemahalan harga makanan.lagi pula,tempatnya eksklusif.manakan sama dengan warung tepi jalan. tapi saya pilih yang mana saja yang selesa.warung tepi jalan pun boleh apatah lagi yang dijual oleh pakcik motor penjual kuih.asal bersih saya sudi membeli.selalu pun,makan saja dikedai-kedai pemiliknya muslim.biarlah buruk manapun kedai makan,kalau hati ini kata boleh terima, maka jamu saja makanan disitu.hati selalu benar.kalau tidak elok,hati akan beri signal kegusaran kan?.





keluarga yang besar.saya tidaklah tergolong dalam keluarga yang besar.kecil saja bilangan ahli keluarga saya.tapi dalam kalangan sepupu sepapat saya,mereka semua itu boleh saya kategorikan dalam keluarga yang besar.teringat pakcik di kampung yang anaknya ramai sungguh.kerjanya cuma tukang bina rumah.tapi pakcik sudah tua sekarang.usianya mungkin sudah menginjak tujuh puluh tahun lebih.apalah sangat dikira pada gaji yang sedikit.tapi anak-anak pakcik membesar sihat.bijak-bijak dan sudah bekerja juga.punya keluarga sendiri.siapa kata duit gaji sepuluh ringgit sehari tak mampu besarkan anak-anak?.rezeki itukan kuasanya Allah.jangan pertikaikan.apatah lagi berputus harapan.yang kaya belum tentu bahagia.yang miskin belum tentu sengsara.bahagia dan ketenangan itu dihati.semoga itu milik kita.
insyaAllah.

Sunday, July 19, 2009

isra' mikraj.

"Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat" ( al-Isra’ : 1 )

Sungguh pada 27 Rejab dua tahun sebelum penghijrahan nabi Muhammas s.a.w dan pada tahun kesebelas kenabian telah tercatat satu sejarah yang besar dalam Islam. Peristiwa itulah yang namanya Isra’ Mikraj.peristiwa yang membuktikan keesaan dan kehebatan Allah SWT. Isra' membawa pengertian perjalan nabi Muhammad s.a.w pada malam hari dengan menaiki Burak bermula dari masji al-Haram di Mekah ke masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis. Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi s.a.w ke langit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Baginda s.a.w menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda s.a.w. Fitnah terhadap baginda s.a.w bertambah kuat malah ramai juga di kalangan mereka yang sebelum telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan baginda s.a.w maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh nabi s.a.w lalu beliau dengan tegas menyatakan : " Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda s.a.w mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jaubh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya ". Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasulNya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.

Sepanjang perjalanan Isra' dan mikraj, Rasulullah s.a.w telah disaksikan beberapa gambaran perilaku umat manusia samada mereka beriman atau pun tidak. Salah satu peristiwa yang wajar untuk kita sama-sama ambil iktibar ialah apabila baginda s.a.w telah tercium bauan harum Mashitah dan kelaurga yang telah gugur syahid kerana mempertahankan keimanan kepada Allah dan sanggup berhadapan dengan Firaun yang zalim. Mereka lebih sanggup dihumbankan ke dalam kawah yang bergelegak panas demi Allah daripada menerima azab Allah yang lebih pedih jika tunduk kepada Firaun yang sesat itu. Jika kita menghayati peristiwa yang berlaku ke atas Mashitah dan keluarganya ini maka kita akan merasa begitu kerdil sekali berbanding pengorbanan tinggi Mashitah seorang penyikat rambut anak perempuan Firaun dan mendapat gaji daripada Firaun tetapi tetap mempertahankan imannya.

Pengajaran daripada Isra’ Mikraj

**Allah berkuasa untuk melakukan sesuatu kepada hambanya. Jarak yang manusia bilang selama 40 hari hanya berdasarkan kepada hitungan manusia bukan berdasarkan kepada kekuasaan Allah SWT. Allah menjalankan dan mengatur perjalanan bulan, matahari dan menentukan jarak perjalanan. Maka tidak menjadi masalah kepada Allah untuk membuat lebih daripada itu.

**Allah berkuasa untuk menjalankan Nabi Muhammad SAW sampai ke Sidratul Muntaha maka, Allah berkuasa untuk menolong agamanya sekiranya hambanya sudah memenuhi syarat untuk memikul amanah agamanya.

**Ketegasan Nabi Muhammad SAW yang tegas untuk menceritakan peristiwa ini kepada kaumnya walaupun Ummu Hani’ melarang kerana orang Islam imannya tidak begitu kukuh lagi dan orang kafir akan mencari kesalahan yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW. Mereka menjadikan hujah Isra’ Mikraj sebagai jalan untuk menimbulkan keraguan kepada umat pada waktu itu. Nabi Muhammad SAW sebagai seorang Rasul yang yakin dengan kebenaran risalahnya maka terus tampil ketengah masyrakat untuk menceritakan peristiwa tersebut. Dengan Izzah Islam yang baginda bawa, maka baginda menceritakan kepada umatnya, walaupun tahu risiko kehilangan pengaruh.

Saturday, July 18, 2009

mata hati imam shafii.

Pandangan mata hati orang tua dan orang muda itu berbeza.yang tua melihat dari kaca mata hati dengan sudut yang berbeza dengan orang muda.pandangan mereka itu tersendiri.ya.sebab itu yang muda akalnya pantas dan berjiwa besar tapi perlu dipandu dengan nasihat-nasihat mereka yang sudah lebih dulu kenal dunia.yang tua jiwanya lebih lembut dan pendekatannya lebih halus. Amnya sebegitu.teringat saya pada kata-kata seseorang, “jangan kamu jadi tua sebelum kamu tua” .waktu itu sang penceramah sedang berceramah kepada kami yang dalam golongan orang muda lagi belasan tahun.mengingatkan kami agar membangunkan jiwa muda .

Kisah imam shafii.membangunkan jiwanya untuk rohaninya.imam shafii itu pada umurnya empat puluh tahun,sudahpun berjalan dengan tongkat.orang di sekelilingnya hairan kerana imam shafii masih lagi tegap dan sihat.beliau juga pemanah tepat dan penunggang kuda yang cekap.ketika menjawab persoalan orang tentang mengapa dia bertongkat,imam shafii berkata, “tongkat ini adalah untuk mengingatkan aku telah tua.cukuplah semua hadiah dan sanjungan yang kuterima selama ini.aku tidak perlukan lagi.tumpuan sepenuh hati ku sekarang hanyalah menuju Allah”.

Demikian ‘orang tua’ yang memandang dirinya dengan pandangan mata hati.ingatkanlah diri kita untuk menggunakan tongkat ‘pengingat’ seperti imam shafii yang boleh buat kita mengingat hari-hari hadapan yang tidak pasti sampai bila kita diizinkan-Nya untuk kita lalui.fitrah kehidupan.

rindu.

Pulang ke rumah sempena cuti mid-sem yang sebentar cuma.alhamdulillah.dapat juga jenguk-jenguk umi dan ayah.sudah lama tidak balik.maka kepulangan ke rumah di shah alam dengan hati yang penuh kerinduan.rindu pada umi.pada ayah.pada bilik.pada rak buku.pada rumah dan isi-isinya. =)

Rindu juga pada asilah.Sahabat lama di mrsm.

Saya bertolak pulang pun sudah agak lewat.maklum saja,semester kali ini setiap hari jumaat kelas akan habis jam 5 petang.maka,sampai di KL central hampir mahgrib.terus saja ke surau berdekatan menunggu waktu maghrib dan solat disitu.habis bersolat,tiba-tiba saya rasa ada orang memegang tangan saya dari belakang.subhanAllah.. asilah!.rindu pada asilah.kami berbalas senyuman dan bersalam.tak sangka pula jumpa asilah disitu.sudah lama tak bertemu sama asilah.selepas tamat sekolah semalam adalah hari pertama kami jumpa semula.tapi,perbualan tak boleh dipanjangkan.memandangkan asilah belum lagi bersolat dan perlu menunggu kakaknya. Ingat mahu tunggu saja asilah selesai solat.tapi kata asilah tak perlu kerana dia ada urusan dengan kakaknya.maka,pertemuan setakat itu saja.insyaAllah panjang umur kita jumpa lagi ye asilah. Rindu sungguh pada asilah. =)

Rindu pada adik awin.itu mesti.tapi adik awin tidak pula bercuti.waktu cuti selalu saja berlainan.jawapannya,telefon sajalah alat perhubungan setia.

Bangun pagi tadi badan rasa tidak begitu sihat.mungkin kerana terlalu letih dengan bermacam kerja yang datang dan pergi.lalu saya khabarkan pada umi.umi yang risau itu terus saja bersiap mahu menghantar saya ke klinik.kasihan umi.walaupun saya sudah katakan padanya saya boleh pergi sendiri.klinik lagipun tidaklah jauh mana dengan rumah. Tapi seorang umi itu tetap umi.umi yang sentiasa risau akan anaknya.pagi-pagi lagi sudah hantar saya ke klinik.Doktor kata saya Cuma demam biasa.apa pun umi,terima kasih ye atas kebaikanmu. =)

Maka saya rindu.terasa seperti saya yang masih kanak-kanak.saya yang kecil dan umi perlu bersusah payah menghantar ke klinik tiap kali sakit.rindu saat kecil dulu..



Mood : demam sudah pulih.kerinduan terubat. =)

Thursday, July 2, 2009

munajat.

amalanku.
aku tidak harap dengan amalanku
walau aku berusaha mengerjakannya
aku cuba bermujahadah
melaksanakan yang disuruh
meninggalkan yang ditegah
namun yang disuruh tak sempurna
yang ditegah terbuat juga
lemahnya aku

bertungkus lumus bermujahadah
melaksanakan yang diperintah
meninggalkan yang ditegah
tapi
tidak mampu juga aku sempurnakan
lemahnya aku
aku kecewa
sedih selalu

katakanlah kalau bukan dengan rahmat-Mu tuhan
atau bukan dengan kemaafan-Mu
aku hampir putus asa
tak mesti rahmat-Mu yang ku tunggu
setidaknya kemaafan-Mu

yang aku pinta
aku inikan hamba-Mu
kalau bukan belas kasih-Mu
siapa lagi yang mengasihiku?

persinggahan (ii)

Sometimes we must be hurt in order to grow
Sometimes we must fail in order to know
Sometimes we must lose in order to gain
Because some lesson in life is better learn through pain

Pening-pening lalat yang diharap berlaku sementara waktu saja selepas ulangkaji sedikit subjek basic legal method. Harap kepeningan bakal hilang cepat-cepat agar rasa segar kembali semula. Mungkinkah?

Kelas petang tadi madam mardhiyyah yang comel itu buat pengumuman.

Katanya : “your exam gonna be on 13th july.so, you can start your revision and feel free to meet me for a consultation”. Madam tersenyum. Kami semua melongo saja mendengar khabar dibawa madam.oh.tak lama lagi.banyak benar pengumuman sedemikian dibawa oleh muallim kami minggu ini.

Lalu saya jadi apa?

Hurt + fail + lose = life is better learning through pain.

Subjek makin susah.biasalah.hari-hari belajar pun otak memang perlu sentiasa terima ilmu baru.Saya mahu buat conclusion sedikit selepas habis membaca buku-buku law ini.iaitu :


*in an unusual grammatical form.
*potentially confusing.
*tediously literal and dense text.
*scant punctuation.
*liberally peppered with alphabetical and numerical dividers ( constitutions + indexes)

Mood : berlapang hati.semoga Allah permudahkan segala urusan.ameen ya rahman..