Thursday, June 30, 2011

nota tangan-kaki

Bismillahirrahmanirrahim

  • alhamdulillah puasa ganti sudah awal-awal di habiskan harinya sejak dalam bulan syawal lagi. lalu, masalah last-minute tidak mengganggu fikiran. yang sedihnya, bulan rejab sudah mahu habis lagi dua hari. tapi puasa sunat rejab boleh dibilang guna jari sahaja. jumlah tahun lepas puasa sunatnya lebih banyak. ayuh! gandakan di bulan sya'ban.
  • adik awin terlalu ashik bertanya kaklongnya tentang negara mana untuk further study memandangkan borang harus dihantar hari ini. UK kah? ireland kah? australia kah?. lalu, jawabku, ikutlah firasatmu adik awin. alhamdulillah, result IB adik awin untuk 2 semester ini cemerlang dan kalau sudah ada pemilihan waktu ini, tentu-tentu sahaja adik awin layak fly. semoga exam akhir semester final nanti lagi-lagi cemerlang ok! kaklong trust you. juga, moga cita-cita adik awin jadi doktor muslimah yang solehah dimakbul Allah :)
  • kawan-kawan ajak join lagi ke yogyakarta cuti semester januari tahun depan. biaya tiket flight sendiri dan tempat tinggal usah khuatir. Anin dengan senang hati katanya mahu provide rumahnya buat tempat tinggal. kalau tidak pun, sewa bilik unires putra murah dan mampu dibayar. soalnya, bulan januari nanti sepupu menikah dan ada urusan lain kalau pindah rumah waktu itu. aduh, gimana dong? pengen pergi sana lagi. kangen banget!
  • rindu sungguh mahu pulang UIA dan ke kelas setiap hari. lama-lama bercuti buat otak tidak cergas dan karat karat. sudahlah jarang pula tangan ini membelek buku-buku Law yang dibawa pulang semuanya ke rumah memandangkan semester hadapan akan bertukar bilik. nota-nota senior sudah di ambil awal-awal lagi dengan niat bolehlah ulang kaji subjek semester hadapan. mahu sungguh study sebab interest dan bukannya duty. kalau interest pasti cuti yang sudah berbulan ini habis ulang kaji 1 subjek sekurangnya. tapi lihatlah sudahnya. akrimi, tolong rajin lagi boleh tak!!
  • ayah pagi tadi tiba-tiba semangat suruh isi borang pertandingan 'tropicana live life contest'. kata ayah, mana tahu kot kot ada rezeki, dapatlah hadiah. lagipun, semalam ayah pergi ambil borang dekat 7 eleven. apakah? maklumlah, kami memang-memang suka minum air tropicana twister oren tu. ayah kata, alang-alang dah selalu beli air tu, masuk jelah pertandingan dia. bukan susah pun. hantar label je. uhukss,, air twister oren tu bukan murah kalau nak beli selalu. aigooo.
  • seronok lihat baby baby saudara yang comel comel bijak dan keletah semuanya. lalu, tertanya pada hati, bagaimanalah agaknya rupa anak diri ini nanti. ah, Allah jua yang tahu :)
  • percubaan membuat kuih apam pelangi berinti coklat berjaya tempoh hari. alhamdulillah :) senang juga ya. maklumlah, tangan ni tak punya ke-kreatifan seni kulinari yang hebat. terima kasih kaklong hajar tolong ajarkan :)
  • terlihat 'orang itu' hari ini lagi. lalu, kerutan di kening dan keluhan di bibir setiap kali terlihat 'orang itu' hari ini diganti dengan senyuman tanpa sedar. alhamdulillah, Allah sudah ganti perasaan benci kepada lapang dada. ah, susah benar mengikis sifat yang satu ini dari hati. tolonglah wahai hati, jangan hitamkan dengan kebencian.
  • masih berfikir jalan dan cara terbaik untuk 'itu'. biar ada barakah. insyaAllah
  • ada 1 lagi kerja yang belum siap. menurut catatan pada buku kulit hitam itu, harus disiapkan sebelum end of june. wargh! perlu siap sebelum jam 12. sekarang!


babai!

ever after

Bismillahirrahmanirrahim



seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w, "siapakah yang menjadi sahabat yang paling baik bagi kami? " jawab Rasulullah s.a.w, "seseorang yang apabila kamu memandangnya kamu teringat akan Allah swt, apabila kamu dengari percakapannya, pengetahuan kamu tentang Islam bertambah, apabila kamu melihat kelakuannya, kamu teringat kepada kehidupan akhirat"



p/s: muchas gracias _ _ _ kerana jadi sahabat terbaik. kamu hadiah Allah :)

♫ ungu-surgamu

Tuesday, June 21, 2011

half of the book

Bismillahirrahmanirrahim


kamu bertanya perihal ku tentang hidup, dan jawabku mudah,

"seinci dari sisi hidupku adalah bilamana aku tidak terasa terasing jika aku tidak tahu movie terbaru di pawagam, tidak juga terasa terasing bilamana aku tidak tahu beg tangan Gucci terlatest, wedges terhangat di pasaran, shawl model terbaru, makeup Revlon ter-hot, dress terbaik dari Zara atau lagu terbaru lady gaga. apa yang aku mahu ialah hati yang rasa terasing bilamana aku masih merangkak membaca al-Quran dengan tajwid yang baik, rasa terasing jika solatku masih tidak sempurna, terasing bila banyak sungguh perihal agama ini yang aku masih buta, terasing bila akhlak ku tidak cantik dan terasing jika aku kata diri ku ini perempuan Islam tapi tidak pada cara ku dan roh ku"



langittasbih

Sunday, June 19, 2011

the tunnel

Bismillahirrahmanirrahim


sungguh aku tidak mahu menjadi ini bila mana Allah berfirman dalam surah an-Nur:40,

"atau amalan mereka seperti gelap gelita di tengah-tengah laut yang dalam, dilambung ombak, di atas ombak ada ombak pula, di atasnya ada awan. gelap gelita bercampur gelap gelita. apabila seseorang mengeluarkan tangannya, hampir dia tidak dapat melihatnya. barangsiapa yang tidak diberi Allah cahaya, maka tiadalah cahaya untuknya"

nauzubillah. sungguh ya Allah, jauhkanlah aku dan hatiku menjadi gelap dan kafir sedangkan luaran ku adalah muslim.


Saturday, June 18, 2011

a single step

Bismillahirrahmanirrahim

i enjoyed watching hindustan before. means waktu dulu kala. selepas tu cerita hindustan semakin mengarut dengan lagu dan tarian bertebaran sepanjang masa sampai-tak-tahu-tang-mana-cerita-dia. pelakon pulak semakin dan semakin kurang kainnya lalu lebih baik tengok iklan kan. eh, lama dah tak tengok cerita hindustan. kalau ada pun, dah lama tekan remote dan tukar siaran. but, after a while, petang tadi mata ni tengoklah juga film Aarman kat tv3 sambil makan laksa. ok lah cerita dia dan tak banyak mengarut menari terlebih-lebih pusing segala. one of the scene dalam cerita ni yang bagi kesan is when,

Dr Neha Mathur tengah sedih dalam office dia sebab kekasih dia si Anil Kapoor kahwin dengan orang lain. lalu, seorang-doktor-lelaki-yang-sebenarnya-suka-Dr Neha-tapi-Dr Neha-tak-suka-dia cakap lebih kurang macam ni (saya tak hafal dialog dia sekian),

" kanak-kanak yang saya rawat di wad, sakit tenat, tapi dia sentiasa gembira walaupun dia tahu umurnya tak panjang. kenapa kita yang sudah dewasa tapi punya masalah tak sehebat kanak-kanak tadi tak mampu bersabar walaupun sedikit?"

it really struck a chord in my heart on the way that, i'm always thinks yang orang dewasa much more easier to falls berjunam-junam once problem datang. memang betul kalau kita kata budak kecik still new in facing this life. diorang tak tahu apa-apa pasal susahnya hidup and bla,bla. but hey, both ada kelebihan. menjadi si kecil dan menjadi dewasa. that is life. orang dewasa diberi akal yang lebih matang, experience hidup yang lebih banyak boleh membantu dan kekuatan fizikal yang serba serbi lebih dari anak kecil. that is how Allah created us. menjadi orang dewasa bermakna perlu menggunakan semua kelebihan yang ada untuk meyelesaikan masalah dan meneruskan kehidupan. budak-budak? disebabkan secara nature nya budak-budak sentiasa happy go lucky dan tak tahu mengalah lah juga hidup ni menjadi lebih baik.


cuba bayangkan kalau baby umur 9 bulan yang sedang merangkak tu cepat mengalah, dah tentu sampai bila-bila pun dia tak akan tahu berjalan sebab selalu jatuh jatuh dan dahi benjol terhantuk lantai. and kalau lah budak cepat mengalah, sampai dewasa pun dia tak reti bawak basikal roda dua. lebih baik naik basikal roda empat. more safe dan tak akan jatuh dalam parit basah lenjun.

one more thing, way back masa saya umur lebih kurang 7 or 8 tahun, umi bawak adik awin and me pergi main dekat taman permainan seksyen 2 yang depan office SIRIM, kiri dia wet world and kanan dia kompleks PKNS. main sana main sini with adik awin, i saw one malay family bawak anak dia 4 orang semuanya main dekat-dekat dengan tempat saya tengah main jongkang-jongkit. tapi sorang anak dia tu down syndrom. lebih kecil dari saya kot umurnya. kasihan that kid. know what? adik-beradik dia yang lain semua tak mahu main dengan budak tu. macam aktiviti pulau memulaukan kan lah jugak kat situ. and lagi, parents dia malu agaknya dengan budak tu. jadi diorang duduk bangku yang agak jauh and marah-marah budak yang down syndrom tu sebab kacau abang and kakak dia yang lain nak main. it is so fresh in my mind and i can still remember every seconds of that memories. lalu, pergilah budak down syndrom tu dekat jongkang jongkit sebelah saya dan adik awin. dah nama pun duduk sorang, memang tak berjongkit lah jongkang-jongkit tu kan. and, until now, rasa kasihan tu masih ada and i just can pray that Allah bless and guard him.

ingat. Muhammad bin Abdullah pernah bersabda,

"barang siapa yang mendapat ujian dan menderita, kerana menguruskan anak-anaknya, kemudian memperlakukan mereka secara baik, maka anak-anaknya itu akan menjadi penghalang baginya dari api neraka" (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

see, even mak ayah pun boleh buat macam tu. how difficult orang dewasa can be kan. bila dah susah nak terima takdir, tak redha, maka macam mana hati nak tenang jiwa nak lapang. then, that's why masalah susah sangat nak selesai. bukan bermakna berserah pada takdir kita tak boleh berusaha. go and get a good life. usaha. belajarlah dari anak kecil, jangan mudah mengalah bila diuji. innallahama'ana. :)


p/s: esok nak kasi kad dekat ayah. mesti ayah akan cakap, "gapo dio gak kaklong" :))


Thursday, June 16, 2011

menjadi 'nur' yang 'bercahaya'

Bismillahirrahmanirrahim



" belajar al-Quran ni macam orang bercinta. kalau tidak kenal, makanya tidak cinta. jadi kalau tidak cinta, bagaimana hendak rasa rindu? kalau tidak rindu, sekuat manalah hubungan kita dengan al-Quran nanti. al-Quran tu surat cinta daripada Khalik untuk hamba-Nya dengan perantara kekasih Allah, Muhammad Rasulullah " (novel: Surat Ungu untuk Nuha, Noor Suraya)

lalu ingatlah bahawa sesungguhnya Allah telah berfirman dalam kitab-Nya lagi,

" sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, bertambah kuat imannya dan kepada Tuhan mereka bertawakal " (al-Anfal: 2)



p/s: kitakah orang yang seperti itu? yang mencintai al-Quran? yang rindu pada kalam-Nya? yang merasa kerdil dengan kejahilan diri bila dibacakan ayat-ayat Allah? atau kitakah yang hatinya membeku membiarkan Kalam Allah terbiar sepi tanpa alunan suara? tepuk dada tanya iman.


Wednesday, June 15, 2011

lunar eclipse

Bismillahirrahmanirrahim


gerhana bulan singgah malaysia from 1 am till 7 am on tomorrow 16th. according to MHI tengok pagi tadi, the maximum time when the moon is exactly at umbra bumi, is pada kira-kira 4.23 pagi. and actually masjid negara buat solat sunat gerhana bulan secara berjemaah with khutbah at 3 am. and together with planeterium negara, diorang letak ten teleskop untuk tengok bulan dengan lebih jelas and it is at masjid negara juga. rasa nak je pergi. tapi makhluk manalah nak bawa diri ni pergi masjid negara pagi-pagi buta macam tu. umi dengan ayah penat balik kedai. muhrim pun takde nak teman pergi. lain kali nak nak nak pergi. :)

p/s: jom buat solat sunat gerhana. kalau yang tak pernah buat, apa lagi, kan sunnah ni :)


he speaks little but smiles a lot.

Bismillahirrahmanirrahim

umur menginjak 50, ayah dah selalu sakit sakit. he's not that healthy as he used to be before. ayah is not working in a very nice office with air condition turn on 24 hours. not juga sitting on a very comfy chair and not even wearing black coat and shiny black shoes. he is an extraordinary heart-strong man with a superb motivation. and because of that, because kerja-kerja berat yang ayah buat since his childhood makes him sekarang kadang sakit sana kadang sakit sini. and i know everyone has a very superb father and alhamdulillah for that. for having seorang bapa yang wah, tak tau lah nak describe betapa besarnya pengorbanan mereka. because its tak terkata and you can just imagine and remember it in your heart every details of what they had done for us.


aceh, ni dah macam nak buat karangan untuk bapa-bapa sekalian sempena hari bapa yang belum pun sampai tarikhnya. ahah. setiap hari pun hari bapa and hargailah kehadiran mereka setiap masa dan hari-hari mendatang. dan one thing, bekal doa seorang anak yang soleh tu lah yang insyaAllah mententeramkan mereka saat mereka masih hidup hatta sudah saatnya di sana. nak jadi anak yang soleh tak? then, jangan kedekut or berat mulut or berat tangan nak menadah tangan dan berdoa untuk ibu dan ayah tahu.

"dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada orang tua. dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut, dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak keduanya. dan ucapkanlah keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, "Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana mereka mengasihi aku ketika kecil" (al-Isra': 23-24)

actually semalam ke Hospital Serdang nak cek pasal kesihatan ayah ni lah. pergi jauh sikit sebab sepupu yang sorang tu, abang Amri MA kat sana. (entah kenapa, sangat banyak dan banyak saudara sebelah ayah di Kelantan yang jadi MA-medical assistant tapi tak satu pun dekat shah alam) so, abang Amri yang sangat soleh tu (patutlah isteri dia pun solehah je :) dan baby irdina yang tak sampai setahun tu sangat cerdik) tolong ayah apa yang patut. and alhamdulillah cek sana cek sini ayah sihat. jantung ayah ok. mulut ni pulak bising tanya mesin ni macam mana guna, ni apa, ubat ni apa bla, bla.. eh, tiba-tiba rasa nak ambil medic. boleh? ahah. sudah, tak lama je nak habis study, grad dan sila jadi lawyer mengikut sijil dan bukan doktor. :))

and sebab tak tahu mana dah yang sakit, terus gerak ke Darul Shifa' dekat bangi. manalah tahu buatan orang atau apa. ikhtiar kan perlu untuk diri. seterusnya biarlah Allah tentukan. ustaz pun nasihat sekit sebanyak, ambil doanya bla, bla.. dan balik. biasalah orang meniaga memang selalu agaknya kena benda benda macam ini. kasihan ayah umi. dulu sebelum masuk MRSM, muka ni lah yang teman ayah (umi sihat je selalu) every 2 to 3 times per week ke Darul Shifa'. adik awin sekolah asrama dari form 1 so, dia tak ikut. ayah selalu sakit. kasihan ayah. berubat kena terus terus. baru cepat baik. masuk MRSM alhamdulillah ayah dah sihat betul. ada hikmah jugak Allah bagi diri ni masuk asrama lambat sikit. :)

ayah, ayah, ayah, ayah cepat sihat ye! :)


p/s: sangat seronok belajar pasal benda yang related with medic. sebab tu nanti rasa macam nak ambil elective medical law. lagi-lagi belajar dengan Dr Putri Nemie yang disukai ramai tu. mesti best. either saya yang akan menyaman doktor atau saya membela doktor. ahah :)) jadi, sila treat patient anda dengan berhikmah ye doktor doktor semua jangan ada kes. tapi commercial or banking law pun best. senang nanti kalau pasal business mem-business ni. so?(masih difikir fikir)


Monday, June 13, 2011

what fear you?

Bismillahirrahmanirrahim



everyone has their own fear. some of us tahu apa-lah-benda-yang-ditakuti-itu. some not until lah discover sendiri. it can be developed since child which basically related to trauma. or berkembang sendiri dengan perubahan masa, umur dan surrounding. kalau in a psychological-terms-so-called, ketakutan happened due to distressing negative sensation induced by perceived threat. this is occuring in response of specific stimulus such as threat of danger or pain. cantik kan Allah cipta kita? kadang-kadang rasa takut 'membalancekan' hidup kita. why? bersuka-suka yang melebih-lebih buat manusia cepat lupa diri. rasa senang sepanjang masa dan nikmat yang banyak yang tak pernah Allah tarik dan uji akan membuat kita rasa hidup ini terlalu mudah lalu takbur dan u'jub bersarang-macam-sarang-tebuan-besar-dalam-hati. Nauzubillah.

according to one research yang dah-tak-ingat-kat-mana-pernah-baca, greatest fear Asean people including rakyat Malaysia is loneliness as number 1 fear. meanwhile, respondents dekat Europe macam Germany and Spain far more worried about losing their looks. tengok, macam macam kan.

ok, we need to know and differentiate first what kind of fear we have so that, insyaAllah later we can overcome with it. itupun if ada. have two types basically. external and internal. alright, external selalunya comes from surrounding macam takut dekat nyamuk (ada tak agaknya eh? ), takut dengan cicak and bla, bla. internal is in the other way round. benda ni dari diri kita sendiri macam negative thinking and emotion, self esteem yang rendah and bla,bla.

simple je nak atasi. but need step-by-step lah. as, not that easy nak overcome ketakutan dalam diri lagi lagi bila memang dari kecik jenis penakut. tehee :)

  • positive mind sangat membantu walaupun brain jenis ais-beku-antartika susah nak set-mind untuk berubah. harus juga ubah. sebab ketakutan dalaman lebih bahaya bila dah beranak pinak dan menjadi degil. latih minda anda.
  • berdepan dengan ketakutan tu. bersedia mental fizikal and spiritual. contoh macam, kalau kita jenis yang takut berucap di depan, try to do it. public speaking sangat and sangat penting. contoh, ada paper work nak bentang, or assigment kena present, we still need to stand in front and talk. kalau dah kerja lagi lah. project paper perlu dibentang depan big big boss and orang kenamaan semua, tak ke berdegup-degup jantung tu peluh peluh tersimbah di ladang gandum. so, before the day comes, practice depan cermin ke ape ke, ask others to hear your speech and etc. and paling penting, berdoa agar urusan dimudahkan and mulakan everything dengan bismillah. er, kalau takut nyamuk. apa lagi, guna tangan yang Allah bagi tu dan buat tepuk tepuk kuat 'ketepek!'. haa, nanti matilah dia.
  • bila dah get over it, insyaAllah kita akan ada mind setting yang baru and fresh. practice makes perfect! :)

pernah tengok ada sorang kawan ni kat uia lah sangat takut berucap kat depan. ada sampai orang gelak kat dia. kesian dia. lama-lama sebab semangat yang kuat, kawan saya tu one of the best speaker sekarang and orang selalu jemput bagi talk bila ada program. :)

p/s: oh.lagi PENTING! lebih lebih takutlah kalau iman sudah hilang dalam diri dan sudah tidak sensitif bila berbuat dosa atau melihat dosa.




Monday, June 6, 2011

Allah lebih menyayangimu

Bismillahirrahmanirrahim



dear memories,

after 98 years of beautiful life, Allah took you away from us. it was so great for having you as my charming grandmother who used to ease us by your delightful smiles and stories to tell. your voice was all kind of words you knew, soft and gentle. you was so strong even the day was so dull. but still, life is a changeable thing. damailah dalam pengabdian, perjalanan menuju Tuhan. al-Fatihah.


Wednesday, June 1, 2011

the beads

Bismillahirrahmanirahim


"the best way to prepare for life, is to begin to live"

Elbert Hubbard