Sunday, January 30, 2011

turn up.

Bismillahirrahmanirrahim.

sunyinya mahallah cuti-cuti ni.

sudah mid-semester break. hari khamis lagi berduyun-duyun orang pulang. hari ini sudah ahad malam.dan esok isnin dan selasa dan bla,bla,bla,,hari ahad depan pun sampai dengan megahnya tengg tengg kringg kringg mengarah akrimi mengemas barang-barang bersiap untuk pulang semula. ah, cepat sungguh masa berlalu kan?

tapi fakta indahnya cuti berlama-lama belum muncul lagi. ha, ini sebabnya sekarang masih lagi duduk dengan tenangnya dalam uia. ahah. :)

fazreen si roomate tersayang :

"kimi, bila nak balik ni.sedihnya duduk dalam mahallah yang sunyi ni"
ehemehem cik faz. ini sudah kali entah keberapa lah cik faz menanyakan soalan yang sama pada saya. :)


nanti kita balik ye fazreen. habis semua assignment kita balik ehh. betul ni.
jangan sedih-sedih. :)
tapi gambar faz kat atas ni pun macam sedih sangat je.




ganbatte faz!!



Friday, January 28, 2011

will you

Bismillahirrahmanirrahim.







dear nadzirahrahimah sahabat yang baik hatinya,
tolong ingatkan saya.

:)

Sunday, January 23, 2011

flows in vessels

Bismillahirrahmanirrahim.

"orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa berusaha (supaya menjadi seorang yang taat dan patuh) dan beramal untuk apa yang akan berlaku selepas mati manakala orang yang malas (berusaha) pula ialah orang yang mengikut hawa nafsunya dan berharap agar Allah akan mengampunkannya" (riwayat al-Tirmizi, Ahmad, Ibnu Majah, al-Baihaqi dan al-Hakim)



siapa kata mahu jadi orang bijak dan pandai dan bagus dan berjaya tak perlu jaga agama? ingat, kalau kita sakit, ubat adalah usaha dan sebab untuk sembuh. tapi Allah yang tentukan. sama juga dengan menuntut ilmu, belajar itu wasilah. berusaha sehabis baik itu sebab kita mahu berjaya. tapi Allah yang tentukan kepastian dan barakah untuk berjaya. kalau agama letaknya jauh dari hati, pekerjaan semuanya sia-sia.


mari jaga minda dan hati ;)



daffodils in the summer

Bismillahirrahmanirrahim.



"melamar itu bukanlah hanya meminta dari ibu dan bapa seorang wanita. tetapi meminta daripada Allah. menikah itu juga dihadapan Allah pastinya, lalu nilai cinta itu dipertanggungjawabkan nanti di hadapan Allah jua. maka, janganlah hanya mencari isteri, tetapi carilah ibu buat anak-anak kita dan janganlah hanya mencari suami, tetapi carilah ayah buat anak-anak kita. untuk mencari yang terbaik buat pendamping hidup dunia dan akhirat tidak susah. caranya mudah, didiklah diri dari saat yang sekarang untuk menjadi yang terbaik"



oleh: kawan cik langittasbih
;)

Saturday, January 22, 2011

it begins with an end

Bismillahirrahmanirrahim.


hari ini, saya buka helaian lama buku catatan kulit hitam dalam laci, lalu saya terjumpa catitan sendiri,




" agaknya, kalau Allah ambil nyawa saya sekarang, saya bersedia tidak?"



langittasbih


Monday, January 17, 2011

benefit of the doubt

Bismillahirrahmanirrahim.



"benarkanlah hati menerima yang benar.tepuk dada tanya iman"




"apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan, "kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta"(al-Ankabut:2-3)



langittasbih

Sunday, January 16, 2011

as time goes by

Bismillahirrahmanirrahim

hikmah Allah itu luas pada pandangan mata saya. dan kitalah yang perlu mencari hikmah Allah yang terselit dalam waktu. waktu boleh menjadi ubat yang menyembuhkan hati dan jasad tapi waktu juga boleh jadi virus yang membunuh jiwa lalu jasad menjadi lesu dek hati yang mati. nauzubillah.


terkadang saya rasa waktu berjalan pergi selaju-lajunya dan saya akan bertanya pada hati, 'kenapa cepat sungguh masa berlalu?'. tapi, terkadang saya tidak merasa masa berjalan dengan baik. lalu, hari saya terasa begitu panjang dan meletihkan. maka, harusnya mana yang lebih baik? ah, saya tahu dan saya pernah mendengar yang muslim dengan jiwanya yang syu'ur (perasaan)penuh dengan amalan kebaikan akan merasa cepatnya masa berlalu. itu sebab, manusia yang senang dengan kebaikan akan merasa hidupnya sementara. sungguh ini saya katakan. pernah tidak kita merasakan Ramadhan yang sekali dalam setahun itu begitu cepat berlalu? (oh, ya. bukan cepat berlalu sebab tak sabar nak bergaya sakan time Aidilfitri ye!) jawapan pada soalan ini subjektif pada hemat saya. tapi sebetulnya, cepatnya merasa Ramadhan itu berlalu kerana merasa ibadah dan amalan kebaikan yang dilakukan tidak cukup lagi. apatah lagi kalau dibanding dengan dosa yang bergunung-gunung. subhanAllah!

waktu menuntut ilmu pada saya adalah antara ruang lingkup masa yang sungguh cepat berlalu. kerana apa? kerana percayalah, waktu menerima dan memahami ilmu adalah antara saat kita hampir dengan Allah. ilmu itu datang dengan izin-Nya. dan ilmu itu sampai pada kita juga dengan izin-Nya. berlapang dadalah dan besarkan jiwa kerana Allah telah memilih kita menjadi salah satu penuntut ilmu-Nya dari bercabang-cabang ilmu yang luas.

hakikatnya, bagi manusia yang menjaga waktunya dengan mengisi waktunya dengan sebaik-baiknya, maka Allah itu sentiasa bersama-samanya. 'sesiapa yang bersama dengan Allah (yakni mengisi hari dan waktunya dengan Allah), maka Allah akan bersama-sama dengannya sepanjang waktu'

"dan sekiranya hamba-ku bertanya tentang-ku kepadamu (wahai Muhammad) maka (katakanlah) sesungguhnya Aku amat dekat" (al-Baqarah:186)

tenangkan jiwa dan lapangkan dada. bersangka baiklah dengan-Nya. jika merasa sukar menuntut ilmu, ingatlah, susah itu guru yang mengajar. Allah pasti ada hadiah untuk kita yang sabar menghadapi susah dan peritnya mencari kesenangan untuk hari depan. ;)

p/s: dan sekali lagi dan selama-lamanya, peringatan ini untuk diri saya sendiri juga ;)