Bismillahirrahmanirrahim.
cinta itu luas menurut saya. cinta itu bukan hanya untuk sepasang anak adam dan hawa. cinta itu untuk umi dan ayah yang perlu saya sayangi dan hormati dan saya sedekahkan doa sehingga hari kiamat sekalipun. cinta itu untuk adik awin yang seorang itu agar dia tahu kaklongnya selalu ada senang dan susah. cinta itu untuk kawan-kawan yang perlu saya jaga hati mereka dari terluka dengan tindakan dan kata-kata saya. cinta itu untuk pohon-pohon hijau yang selalu bertasbih pada Penciptanya. cinta itu untuk burung-burung yang terbang dan untuk si kecil kucing yang mengiau meminta makanan. ah,, cinta itu memang luas. dan berbahagialah diri kerana merasa indahnya cinta.
boleh tidak saya mahu kata cinta itu macam makanan? sebab, kalau cinta itu makanannya yang baik-baik dan yang sihat-sihat, insyaAllah cinta itu juga cinta yang sihat, mencerdaskan brain dan mencergaskan badan :))
dan cinta bukan hanya untuk sehari ye. bukan untuk hari valentine sahaja. aiyarkk,, saya tidak suka sungguh menyebut-nyebut valentine ini. seakan melanggar fitrah diri. lalu, hati jadi sakit memikirkan pendeknya akal manusia yang lebih suka jadi keldai pengikut dari jadi pedagang yang membawa keldai.
umi selalu kata yang umi akan selalu doakan anak-anak umi yang dua orang sahaja ini dapat jodoh yang baik-baik. lalu, umi jadi semangat terlebih kalau bercakap-cakap soal cinta dan nikah kahwin. kesukaan dan kebahagiaan umi untuk dapat dua orang anak lelaki. dan, akhirnya umi akan kata yang umi tak percaya betapa cepatnya anak-anak umi membesar. :))
saya percaya yang saya hari ini, ialah saya lima tahun akan datang. lalu, saya menetapkan janji pada diri sendiri untuk menjadi yang terbaik hari ini, kerana saya mahu jadi anak terbaik buat umi dan ayah bila mereka sudah tua dan membilang usia, kerana saya mahu jadi isteri terbaik dan ibu terbaik buat si kecil saya insyaAllah.
saya perlu belajar berjalan atas kaki saya sendiri sebelum saya mengajar si kecil saya berjalan. saya perlu belajar melihat alam dengan mata hati sesungguh-sungguhnya sebelum saya mengajak si kecil saya melihat kebesaran Allah dan mencintai Pencipta mereka. saya perlu belajar membina akhlak terbaik kerana si kecil saya akan memandang ibu mereka sebagai contoh. dan, saya perlu belajar membina kasih terindah buat Allah yang mengizinkan saya bertemu dengan jodoh saya kerana dengan izin-Nya jua saya dapat menebarkan kasih dan sayang yang saya ada buat imam saya dan si kecil. malah, saya mahu jadi lebih baik dari umi.
sungguh, hidup ini terlalu panjang untuk saya lalui. semoga masa yang panjang ini memberi ruang buat saya untuk belajar dan mencintai hidup. dan semoga masa yang panjang ini menghulurkan kekuatan bila mana, ada masanya saya tidak lagi mampu berdiri dan kuat menempuh hidup yang belum tentu manis sepanjang usia.
:)