i enjoyed watching hindustan before. means waktu dulu kala. selepas tu cerita hindustan semakin mengarut dengan lagu dan tarian bertebaran sepanjang masa sampai-tak-tahu-tang-mana-cerita-dia. pelakon pulak semakin dan semakin kurang kainnya lalu lebih baik tengok iklan kan. eh, lama dah tak tengok cerita hindustan. kalau ada pun, dah lama tekan remote dan tukar siaran. but, after a while, petang tadi mata ni tengoklah juga film Aarman kat tv3 sambil makan laksa. ok lah cerita dia dan tak banyak mengarut menari terlebih-lebih pusing segala. one of the scene dalam cerita ni yang bagi kesan is when,
Dr Neha Mathur tengah sedih dalam office dia sebab kekasih dia si Anil Kapoor kahwin dengan orang lain. lalu, seorang-doktor-lelaki-yang-sebenarnya-suka-Dr Neha-tapi-Dr Neha-tak-suka-dia cakap lebih kurang macam ni (saya tak hafal dialog dia sekian),
" kanak-kanak yang saya rawat di wad, sakit tenat, tapi dia sentiasa gembira walaupun dia tahu umurnya tak panjang. kenapa kita yang sudah dewasa tapi punya masalah tak sehebat kanak-kanak tadi tak mampu bersabar walaupun sedikit?"
it really struck a chord in my heart on the way that, i'm always thinks yang orang dewasa much more easier to falls berjunam-junam once problem datang. memang betul kalau kita kata budak kecik still new in facing this life. diorang tak tahu apa-apa pasal susahnya hidup and bla,bla. but hey, both ada kelebihan. menjadi si kecil dan menjadi dewasa. that is life. orang dewasa diberi akal yang lebih matang, experience hidup yang lebih banyak boleh membantu dan kekuatan fizikal yang serba serbi lebih dari anak kecil. that is how Allah created us. menjadi orang dewasa bermakna perlu menggunakan semua kelebihan yang ada untuk meyelesaikan masalah dan meneruskan kehidupan. budak-budak? disebabkan secara nature nya budak-budak sentiasa happy go lucky dan tak tahu mengalah lah juga hidup ni menjadi lebih baik.
cuba bayangkan kalau baby umur 9 bulan yang sedang merangkak tu cepat mengalah, dah tentu sampai bila-bila pun dia tak akan tahu berjalan sebab selalu jatuh jatuh dan dahi benjol terhantuk lantai. and kalau lah budak cepat mengalah, sampai dewasa pun dia tak reti bawak basikal roda dua. lebih baik naik basikal roda empat. more safe dan tak akan jatuh dalam parit basah lenjun.
one more thing, way back masa saya umur lebih kurang 7 or 8 tahun, umi bawak adik awin and me pergi main dekat taman permainan seksyen 2 yang depan office SIRIM, kiri dia wet world and kanan dia kompleks PKNS. main sana main sini with adik awin, i saw one malay family bawak anak dia 4 orang semuanya main dekat-dekat dengan tempat saya tengah main jongkang-jongkit. tapi sorang anak dia tu down syndrom. lebih kecil dari saya kot umurnya. kasihan that kid. know what? adik-beradik dia yang lain semua tak mahu main dengan budak tu. macam aktiviti pulau memulaukan kan lah jugak kat situ. and lagi, parents dia malu agaknya dengan budak tu. jadi diorang duduk bangku yang agak jauh and marah-marah budak yang down syndrom tu sebab kacau abang and kakak dia yang lain nak main. it is so fresh in my mind and i can still remember every seconds of that memories. lalu, pergilah budak down syndrom tu dekat jongkang jongkit sebelah saya dan adik awin. dah nama pun duduk sorang, memang tak berjongkit lah jongkang-jongkit tu kan. and, until now, rasa kasihan tu masih ada and i just can pray that Allah bless and guard him.
ingat. Muhammad bin Abdullah pernah bersabda,
"barang siapa yang mendapat ujian dan menderita, kerana menguruskan anak-anaknya, kemudian memperlakukan mereka secara baik, maka anak-anaknya itu akan menjadi penghalang baginya dari api neraka" (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
see, even mak ayah pun boleh buat macam tu. how difficult orang dewasa can be kan. bila dah susah nak terima takdir, tak redha, maka macam mana hati nak tenang jiwa nak lapang. then, that's why masalah susah sangat nak selesai. bukan bermakna berserah pada takdir kita tak boleh berusaha. go and get a good life. usaha. belajarlah dari anak kecil, jangan mudah mengalah bila diuji. innallahama'ana. :)
p/s: esok nak kasi kad dekat ayah. mesti ayah akan cakap, "gapo dio gak kaklong" :))
No comments:
Post a Comment