Thursday, June 30, 2011

nota tangan-kaki

Bismillahirrahmanirrahim

  • alhamdulillah puasa ganti sudah awal-awal di habiskan harinya sejak dalam bulan syawal lagi. lalu, masalah last-minute tidak mengganggu fikiran. yang sedihnya, bulan rejab sudah mahu habis lagi dua hari. tapi puasa sunat rejab boleh dibilang guna jari sahaja. jumlah tahun lepas puasa sunatnya lebih banyak. ayuh! gandakan di bulan sya'ban.
  • adik awin terlalu ashik bertanya kaklongnya tentang negara mana untuk further study memandangkan borang harus dihantar hari ini. UK kah? ireland kah? australia kah?. lalu, jawabku, ikutlah firasatmu adik awin. alhamdulillah, result IB adik awin untuk 2 semester ini cemerlang dan kalau sudah ada pemilihan waktu ini, tentu-tentu sahaja adik awin layak fly. semoga exam akhir semester final nanti lagi-lagi cemerlang ok! kaklong trust you. juga, moga cita-cita adik awin jadi doktor muslimah yang solehah dimakbul Allah :)
  • kawan-kawan ajak join lagi ke yogyakarta cuti semester januari tahun depan. biaya tiket flight sendiri dan tempat tinggal usah khuatir. Anin dengan senang hati katanya mahu provide rumahnya buat tempat tinggal. kalau tidak pun, sewa bilik unires putra murah dan mampu dibayar. soalnya, bulan januari nanti sepupu menikah dan ada urusan lain kalau pindah rumah waktu itu. aduh, gimana dong? pengen pergi sana lagi. kangen banget!
  • rindu sungguh mahu pulang UIA dan ke kelas setiap hari. lama-lama bercuti buat otak tidak cergas dan karat karat. sudahlah jarang pula tangan ini membelek buku-buku Law yang dibawa pulang semuanya ke rumah memandangkan semester hadapan akan bertukar bilik. nota-nota senior sudah di ambil awal-awal lagi dengan niat bolehlah ulang kaji subjek semester hadapan. mahu sungguh study sebab interest dan bukannya duty. kalau interest pasti cuti yang sudah berbulan ini habis ulang kaji 1 subjek sekurangnya. tapi lihatlah sudahnya. akrimi, tolong rajin lagi boleh tak!!
  • ayah pagi tadi tiba-tiba semangat suruh isi borang pertandingan 'tropicana live life contest'. kata ayah, mana tahu kot kot ada rezeki, dapatlah hadiah. lagipun, semalam ayah pergi ambil borang dekat 7 eleven. apakah? maklumlah, kami memang-memang suka minum air tropicana twister oren tu. ayah kata, alang-alang dah selalu beli air tu, masuk jelah pertandingan dia. bukan susah pun. hantar label je. uhukss,, air twister oren tu bukan murah kalau nak beli selalu. aigooo.
  • seronok lihat baby baby saudara yang comel comel bijak dan keletah semuanya. lalu, tertanya pada hati, bagaimanalah agaknya rupa anak diri ini nanti. ah, Allah jua yang tahu :)
  • percubaan membuat kuih apam pelangi berinti coklat berjaya tempoh hari. alhamdulillah :) senang juga ya. maklumlah, tangan ni tak punya ke-kreatifan seni kulinari yang hebat. terima kasih kaklong hajar tolong ajarkan :)
  • terlihat 'orang itu' hari ini lagi. lalu, kerutan di kening dan keluhan di bibir setiap kali terlihat 'orang itu' hari ini diganti dengan senyuman tanpa sedar. alhamdulillah, Allah sudah ganti perasaan benci kepada lapang dada. ah, susah benar mengikis sifat yang satu ini dari hati. tolonglah wahai hati, jangan hitamkan dengan kebencian.
  • masih berfikir jalan dan cara terbaik untuk 'itu'. biar ada barakah. insyaAllah
  • ada 1 lagi kerja yang belum siap. menurut catatan pada buku kulit hitam itu, harus disiapkan sebelum end of june. wargh! perlu siap sebelum jam 12. sekarang!


babai!

2 comments:

Azwin Shukri said...

kaklong, sape yang kawin bulan satu nt? kaknor ke kaklong hajar?

eyt, tropicana live life contest tu psl ape? pelik je ayah semangat semcm. haha. tapi xpe mne tau ade rezeki. :D

hey.kuih apam pelangi berinti coklat? apekah? pos kt ak sikit. hantar kt banting nih. masin ke masam?

sapekah "prang" itu? ni mesti cerita ni. hutang kat ak. :D

jalan terbaik insyaAllah ada. cuma perlu korek2 sikit lagi. sape menanam die dapt hasil, sape usaha dpt la ape yg dicari. :)

kerja di buku kulit hitam? report ke indon aritu kah? cepat siapkan!!!

langittasbih said...

lorh.semua salah! haha. kak nadia lah. kan aritu dia tunang janji kahwin bulan 1. lupakah?

tau pun.yang tukang mengepos tentulah saya. atoii. insyaAllah.dia macam undian lah. so, kalau undi dapat, adalah hadiah.

oh? oh? lahh.tak tau ke. aritu kaklong hajar kata dia MMS mu gambar kuih apam pelangi berinti coklat tu. em. tak sampai agaknya eh. masin bukan masam pun bukan. tapi pahit kelat rasa ubat 'bena expectorant'. ahahhaha. rasa SEDAP ok! :)

prang ke orang? ape maen perang perang segala ni. haha. fine.fine. ok.ok. :D

oh.tolong tunjukkan jalan dan sedang menanam. hasilnya entah baik tidak. (mohon dimudahkan)

kerja di buku kulit hitam sangat banyak berjela. tak tertahan memikirkan perancangan itu ini macam orang ada tangan 8.