sometimes, people says that masa yang ada ni terlalu cepat sampai tak terasa begitu cepatnya masa berlalu and sedar-sedar umur dah meningkat and kedut kat muka dah bertambah. but sometimes, ada juga yang merasa yang masa terlalu lambat bergerak. ah, everything sebenarnya bergantung pada orang yang merasa. whatever it is, kuncinya, masa keep on going melangkah ke hari-hari depan dan melalui proses proses perubahan.
semua benda boleh berubah dan maybe akan berubah. waktu pagi berubah menjadi malam bila masanya tiba. anak kecil 4 tahun berubah menjadi orang dewasa 18 tahun mendatang. dulu ke Makkah naik kapal laut and now, we have Malaysia Airlines yang membelah awan untuk melaksanakan ibadah haji. everything acquires changes. and people too. some people do changes. depends sama ada berubah yang baik atau buruk, sikit atau banyak.
i admit that i do changes. saya sendiri merasa perubahan tu. its more pada sifat dan sikap sebenarnya. kalau fizikal tak sangat rasanya. ah-haa :)) masih seperti dulu. eh, baju kurung masa umur 15 tahun masih lagi saya pakai untuk ke kelas di UIA. ah-ha lagi sekali. ada sifat dan sikap yang jauh lebih baik and ada juga perangai perangai yang tak juga mahu hilang hilang seperti kotoran degil. Harpix pun tak mampu nak sucikan. ahah. tapi, akrimi masih seadanya dia. and even masa masih dan pasti akan berlalu, semoga setiap perubahan yang ada dalam diri ini adalah yang terbaik buat diri, yang terbaik untuk kehidupan di dunia, dan yang terbaik buat perjalanan di akhirat nanti. insyaAllah.
hati berubah? ahah. sudah tertulis Allah jadikan hati manusia itu sifatnya berbolak balik. semoga hati ini adalah hati yang suka kebaikan dan membenci kejahatan. yang kasih dan sayangnya hati ini tidak berbelah bahagi pada orang-orang tersayang dalam hidup ini seperti mana yang terucap dalam setiap baris doanya, nurul akrimi. insyaAllah.
p/s: teringat pertanyaan sorang kawan ni. "kimi, habis belajar nak buat apa?". dengan spontan dan sepantas kilat diri ini menjawab tanpa ragu-ragu, "em, habis belajar tunggu orang masuk meminang". bagus tak jawapan? ahah. rasa nak kena simbah air baru sedar diri. patutnya jawablah nak cari kerja ke nak sambung belajar ke. tapi betul juga lah tu kan. jadi, masih menunggu orang yang dare to take the challenge. :))
2 comments:
saya dare:-)
tp tunggu la abis blaja dulu ye cik Akrimi:-D
:)
Post a Comment