Bismillahirrahmanirrahim.
cepat sungguh semester berlalu. ini pun tinggal saki baki beberapa minggu untuk final exam dan cuti semester yang tak tertahan panjang sampai bulan september. ah, mungkin sebab terlalu banyak kerja-kerja praktikal compulsory moots, lalu siang jadi malam ahad sudah ke isnin februari sudah masuk mac pun macam masa ini tak bergerak-gerak. cehh,, anda nampak bajet busy lah akrimi. ahahh. :))
marimari baca buku lebih dari bukak laptop. ahah.
sibuk nak ke final exam, jadual pun dah keluar. maka, sila-silalah tampal di bilik buat sedar diri dah nak final semester. ini peringatan yang lebih-lebih sebesar watermelon gergasi untuk akrimi ye! :)). subjek tak habis revise, law cases yang beratus-ratus bersusun tu tak habis ingat lagi. rasa macam tengah terapung-apung dekat lautan atlantik. boleh? ahah. moga-moga masa yang ada ini cukuplah buat saya. insyaAllah. ingat, Allah ada bagi masa tu. cari dan gunalah sehabis mampu.
kita sibuk nak periksa. yang nak ambil result SPM ni cerita lain pulak. empat lima hari ni ada juga dapat mesej dari adik-adik masa zaman MRSM dulu. aiyoo,, maaflah adik-adik sekalian, ada lah yang akak ingat dan ada juga yang akak macam ingat-ingat nak terlupa. wuwu. mengadu takut itu ini nak ambil result. dulu agak-agak saya ada tak macam takut-takut? ahah. tak ingat lah. nak bagi motivasi pada orang, diri sendiri ni pun tunggang terbalik lagi ni haa. tapi, orang sudah minta pendapat dan nasihat, maka, sepositif mungkin nasihat diterbangkan dengan membalas mesej adik-adik.
mudahnya, tak kiralah result spm ke, result final sem ke, diri sendiri kena bersedia. kita tahu tahap kita dan kita tahu usaha kita. banyak mana Allah nak bagi, itu kerja Allah. latih diri berlapang dada. sifat berlapang dada dan redha ni bukan untuk keredhaan tahap tertinggi time nak ambil result saja. mesti untuk semua bentuk ujian yang Allah beri.
"sesiapa yang bersyukur, maka Aku akan tambahkan untuknya (nikmat), sesiapa yang kufur, ketahuilah bahawa azab-Ku adalah amat pedih" (Ibrahim: 7)
dapat keputusan peperiksaan yang baik, itu Alhamdulillah. bersyukur dan jangan lupa diri. hidup yang Allah beri ini hukumnya meletakkan kita kadang-kadang di atas dan ada masa kita di bawah. tapi kalau harapan tak tercapai, impian hancur dan yang diharap tak menjadi, ingat, itu semua bukan penghujung dunia. kita belum tahu bila nyawa ini akan diambil Allah. maka, anggaplah hari esok masih ada untuk kita menjadi terbaik. berusahalah semampumu dan biarlah Allah jua yang menilai keikhlasan kamu dalam kesungguhan hidup.
"sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan memberikannya jalan keluar, dan memberikannya rezeki dari arah yang dia tidak sangka" (at-Talaq: 2-3)
kejayaan atau kegagalan dalam hidup dua-dua pun memerlukan kita untuk mendapat ketenangan di dunia dan akhirat. agar kita tak mudah lupa diri dan agar kita tak mudah tersungkur. kuncinya? jadilah hamba yang taat pada Allah. sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. insyaAllah.
No comments:
Post a Comment