Wednesday, June 30, 2010

which one is you?

Bismillahirrahmanirrahim.




buat peringatan hati,

nafsu mengukur wanita itu cantik atas dasar rupanya,
akal menilai wanita itu cantik atas dasar kepintarannya,
hati menobatkan wanita itu cantik atas dasar keteguhan imannya.




"sesungguhnya dunia itu adalah keindahan semata, dan sebaik keindahannya adalah wanita solehah" (hadis riwayat Muslim)





Tuesday, June 29, 2010

i stare.

Bismillahirrahmanirrahim.



" you can know the name of a bird in all the languages of the world, but when you are finished, you will know absolutely nothing whatever about the bird. so, lets look at the bird and see what it is doing, that is what counts. i learned very early the difference between knowing the name of something and knowing something "





Richard Feynman, 1918-1988.

Sunday, June 27, 2010

afiqah ashari a.k.a chaa

Bismillahirrahmanirrahim.

post ini untuk chaa. tapi, orang lain nak baca boleh juga ☻





dear chaa,

this picture was taken around 2009. i know its quite an old one kan chaa. but, kak just love it lah (:

chaa ingat tak masa ni? masa ni hari sabtu kot. dan, chaa telah berjaya mengajak kak dengan jayanya ke library. oklah. library. not bad. study dalam bilik pun, jadi tak berapa nak study. haha. biasalah hari-hari cuti ni kan selalunya kita malas keluar. duduk je dalam bilik. pergi pun waktu petang. dahlah sabtu tutup pukul 5. sekejap je lah kita pergi kan. sampai-sampai je, chaa was like, ' kak kita duduk kat level law student lah. tak mahu duduk tingkat bawah, boleh tak? ' and ' lah, boleh je chaa. ramai je budak-budak course lain duduk kat level law tu. alah, chaa macam tak biasa pulak '. kak tak ingat lah chaa senyum ke gelak-gelak masa tu.

-----------------------------------------------

sampai-sampai, buku masing-masing pun dibuka. kak buat assignment. chaa buat apa ye? poetry? drama? ke literature ye? heh. kak pun tak ingatlah. buka buku baru berminit-minit dan.. 'eh,kita webcam nak?' 'ha,boleh juga' snap!snap!snap! dan snap! dapatlah gambar kat atas tu. masing-masing larikan muka sebab nak tergelak-gelak. ok apa. dapat suku muka. haha. punyalah sopan gelak. tertahan-tahan. dah tu, duduk library. kalau terkuat gelak, officer kat library tu jeling kita. haru tahu nanti. akhirnya, homework kemana. assigment kemana. lepastu terasa nak online lagi. heh. memang bagus benar trip ke library tu. kak kalau teringat 'peristiwa' ni mesti dah teringat muka chaa yang tersengih-sengih tu. (:

-------------------------------------------------

chaa, lama dah tak tangkap gambar kita dua. acehh. haha. sem lepas susah benar nak nampak batang hidung chaa. apatah lagi lesung pipit chaa. dalam 3 ke 4 kali je kan kita ter-jumpa. itupun kalau pergi main library. atau kak dengan rajinnya makan kat cafe kulliyyah human science yang jauh-jauh tu dari law's. atau chaa dengan semangatnya nak lunch kat law's cafe. haha. adatlah kan. masing-masing pun kulliyyah dah jauh. mahallah pun jauh. sem depan kita upgrade ye chaa. 5 6 kali ke. lebih lagi bagus. rindu sama chaa. ♥

Saturday, June 26, 2010

berbicara lah dengan baik.

Bismillahirrahmanirrahim.

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”(H/R Bukhari, Al-Fath dan Muslim )

Nas ini merupakan ayat pendidikan bagi setiap orang yang beriman. Menyeru agar mereka yang beriman sentiasa berbudi-bahasa, bersopan-santun dan sentiasa menggunakan perkataan yang terbaik kepada semua manusia, siapa dan apapun kedudukan atau pangkat orang tersebut. Firman Allah :

“Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia”
(Al-Baqarah, 2:38)

“Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia” ialah : “Berkatalah kepada manusia dengan kata-kata yang sopan dan lemah-lembut (bukan menghina). Dan termasuklah dalam hal ini menyuruh melakukan kebaikan dan menegah dari kemungkaran.” Tafsir Ibn Kathir.

Nabi Muhammad S.A.W apabila ditanya mengenai siapakah orang Islam yang mulia akhlaknya dan sikapnya? Baginda bersabda:

“(Islam yang baik ialah) barangsiapa yang menjadikan orang lain selamat dari lidah dan tangannya” H/R Bukhari, Al-Fath dan Muslim.

jangan mudah melenting apabila ditegur. berlapang dada kan lebih baik. ♥ bila orang yang tidak kamu sukai menegur hatta orang yang biasa-biasa saja dengan kamu, dengarlah. besar kemungkinan ada benarnya. hakislah sikap mudah melatah. ya, benar. sesiapa saja ada hak bersuara. tapi tolonglah berkata-kata dengan baik. biar marah setinggi langit, biar hati dan jantung terbakar-bakar, sabarkan hati. didiklah hati agar sungguh-sungguh imun dengan kata-kata yang pada kamu "itu sangat sakit hati. tolong faham boleh tak??!! ".. belajarlah menerima. kan warisan ada sebut, "kalau mahu tahu kejahatan kamu, kelemahan kamu, maka tanyalah musuhmu" well, musuh is not really means a real musuh kan. lebih baik kalau ibu bapa sendiri. ah, itu memang selalu. ibu dan ayah tentu menegur anak sendiri kan. hormatilah pandangan mereka. walau kamu rasa sangat tidak bertepatan dengan kehendakmu. suarakan. insyaAllah, jalan yang baik tentu pengakhirannya baik juga.

dan, muhasabah kembali. kamu lebih mengenali diri kamu sendiri.langittasbih.

Friday, June 25, 2010

don't judge a book by its cover

Bismillahirrahmanirrahim.

Ungkapan ini sering kita dengari. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat. “Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi” Katanya memberi buah fikirannya. Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok.”

Benarkah hujah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam? Ada juga yang sudah semakin ‘advance’ hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sahih iaitu : “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu.” (Riwayat Muslim).

Simpati bercampur kesal bila kita mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

“Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game’ semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: “Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu.”

Lalu jawab si pekerja : “Saya luaran je nampak main ‘game’ boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang.”

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu? Adakah Allah subhanahu wata’ala boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintah-Nya?
Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan Rasul-Nya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi sallahuu ‘alaihi wasalam pernah bersabda ertinya : “Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati.” (Riwayat Muslim).

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama, iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah atau selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, ‘we can judge a book by its cover in certain cases’, iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what’s inside the heart of a person’.

Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :

إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار
Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk diselesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka”
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.
Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi sallahu ‘alaihi wasalam:

من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً
Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa
setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya..”
( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya?

Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali: “Yakinilah bahawa Allah itu benar, Rasul-Nya juga benar, syurga dan neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya?




post ini telah diambil dari sini.
terima kasih ye cik im. ☺