Sunday, August 30, 2009

bercerita (ii)


sekadar tempelan.semoga hidup baik-baik selalu.insyaAllah.

Cuti 3 hari.alhamdulillah.ada jua ruang kesempatan bercuti panjang-sedikit walaupun hanya tambah satu hari.maklum saja, hari-hari yang baru berlepas penuh dengan kerja, aktiviti, dan assignment yang begitu peramah menyapa diri. Ruang yang ada semalam dimanfaatkan dengan mengikuti Bengkel Penulisan Islam.ala, bukan jauh mana pun mahu pergi.tempatnya cuma di masjid depan mahallah ummu salamah ini saja.daripada terperuk dalam bilik berjam-jam menanti waktu berbuka lewat petang, lebih baik ke majlis ilmu walaupun bukanlah di bawah anjuran Law Student Society, apalah salahnya beri sokongan pada anjuran persatuan pelajar-pelajar Ilmu Wahyu.

Ke bengkel penulisan.ada apa ya selain kutipan ilmu-ilmu sepanjang ceramah tentang penulisan?. Biarlah saya ini bukan pelajar aliran kesusasteraan melayu pun, menulis itu untuk semua. Hasil tulisan kalaupun bukan orang lain yang baca, kita sendiri boleh tatap untuk tahun-tahun mendatang. Sekadar membaca kembali coretan-coretan hari-hari yang dulu. Kadang-kadang boleh tersengih seorang diri baca coretan sendiri.kadang-kadang berkerut-kerut dahi baca sambil bertanya pada diri, betulkah aku yang tulis ni?. Macam-macam. =)

Sambil menyelam minum air.tapi itu kiasan saja ya. Mana boleh minum air waktu-waktu petang begini dalam bulan puasa.batal pula.jadi, sambil ke bengkel penulisan, saya beli jua buku untuk bacaan sendiri. Pertama tangan ini pantas saja membelek buku Rindu Bau Pohon Tin tulisan ustaz Hasrizal Abdul Jamil.sudah lama nak beli buku ni.tapi duit selalu menghalang.semalam dapat diskaun.apa lagi, lajulah saya membeli tanpa fikir dua kali. Beli juga buku U-turn ke jalan lurus karya ustaz Zul Ramli M.Razali.buku motivasi.juga dapat diskaun.seronok sungguh. =)

Entah kenapa,sekarang kalau ke kedai buku pun,jarang benar saya ke rak-rak bahagian novel.mungkin sudah banyak masa saya yang dulu ditemani novel.jadi kini mood bertukar sedikit. Mencari buku-buku yang lebih bersifat ilmiah.walaupun bukanlah jenis buku ilmiah yang kandungannya berat.mungkin waktu-waktu hadapan bila umur meningkat, kesukaan juga bertukar.mungkin.

Assignment banyak sungguh.memang banyak sungguh.2 case reports perlu disiapkan dalam masa kurang 1 minggu.satu kes tahun 1957 di UK.satu kes lagi antara Lim kit siang dan Dr.Mahathir tahun 1987.alhamdulillah,kes yang satu lagi sudah dibentangkan.tiada masalah.tapi siapalah tahu dengan markah saya.semoga dipermudahkan dengan rezeki markah yang baik. Dalam masa kurang dua minggu ini pula,ada mooting court session.subhanAllah. yang ini memang terlebih dari berat. 3 set bundle of authorities perlu disiapkan. Kena berlatih cara penyampaian di court lagi. Selalu saja orang salah sangka. Kami bukan berlatih debate. Lawyer di court perlu bercakap dengan sopan dan teratur. Bukan seperti debate yang perlu bercakap kuat dan berdegar-degar dengan tangan terhayun kanan dan kiri.

Maharatul kalam untuk subjek bahasa arab pula ada kuiz.bukan kuiz atas kertas.maklum lah, namapun maharatul kalam.mestilah kena bercakap.teks untuk tajuk kalam pun saya masih lagi on the way.bila pula mahu hafal teks arab ni.sudahlah kena bercakap dalam b.Arab dihadapan kelas dengan susunan nahu yang baik. Kalau b.melayu hati ini lebih tenang sudah tentu. Harap saya, semoga semua Allah permudahkan dan saya boleh lalui dengan berlapang dada. Nama pun masih belajar.kenalah belajar. =)

Mahu cerita apa lagi ya?. Em.tengahari tadi dapat mesej dari Nazihah.sahabat dari kampus UIA PJ. Bunyi mesej itu begini :

Wanita cantik menurut Allah adalah :
~melukis kekuatan melalui masalahnya..
~tersenyum disaat tertekan
~tertawa disaat hati sedang menangis
~tabah disaat terhina
~mempesonakan kerana memaafkan
~mengasihi tanpa meminta balas
~bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Illahi.

Wanita cantik? Cantik itu subjektif.sangat subjektif.
Ada orang berkata dan berpendapat :
Hidung kecil comel itu cantik.ada kata hidung mancung itu lebih cantik
Ada kata hitam manis itu menawan.ada kata putih merah itu lebih manis.
Ada suka mata sepet yang kecil comel.ada suka mata besar galak yang menawan...

Ada apa dengan cantik?cantik pada pandangan manusia tak membawa apa-apa.sampai bila mengharap pandangan cantik pada mata kasar manusia?cantik pada pandangan Allah itu lebih bermakna.isilah kecantikan hati dengan iman.maka kamu akan cantik bukan saja pada pandangan manusia.lebih-lebih lagi di sisi Allah.

=)

Tuesday, August 25, 2009

untuk kamu : adikku.

adik awin ditengah bersama sahabatnya.


adik awin.
SELAMAT HARI LAHIR KE-17. =)

semoga hidup adik awin dalam rahmat dan kasih sayang-Nya.
kamu.
hidup baik-baik.
bersyukur atas kurniaan umur yang masih panjang buat kamu boleh lagi memanjangkan kembara hidup kamu di bumi-Nya..merasai nikmat-Nya.harapnya agar kamu lebih dekat dengan-Nya.insyaAllah.

kamu,adik awin kaklong yang satu.
belajar rajin-rajin tahu.
kamu kebanggaan kaklong.
atas semua resah gelisah dan risau kamu untuk SPM yang tidak lama lagi itu.
kaklong hanya boleh jadi pendengar dan penasihat kamu.
tapi jangan lupa,mengadulah pada yang Esa.Dia lebih mengerti dan memahami siapa kamu.
utama dan penting sekali.

jadikanlah urusan kamu dengan Penciptamu,adalah urusan yang paling kamu ambil berat.urusan yang paling kamu utamakan.ad-Din kamu yang pertama.lalu,insyaAllah urusan kamu dengan umi dan ayah juga baik.semoga kamu jadi anak solehah ye.

kaklong beri nasihat.diri kaklong juga belum tentu sempurna.kaklong manusia biasa.yang kamu tahu,luaran saja kaklong ini orang nampak boleh berkata-kata dengan baik.tapi hati kaklong ini bukan mudah untuk kaklong luahkan dalam kata-kata.kalau kaklong lemah,kamu doronglah kaklong dengan nasihat-nasihatmu.

yang pasti.

kaklong sayang sangat pada kamu.

adik awin.

=)

Saturday, August 22, 2009

reflection of me.


hujan.selalu hujan.sampai bila kena berjalan dalam hujan tanpa payung atau baju hujan?.kena cepat ambil tindakan.kalau tak basah lenjun lah.huhu.hujan bukan selama-lamanya.Allah akan beri pelangi selepas hujan.kan cantik pelangi.. =)


.perlu senyum selalu biar lambakan dugaan menimpa.


hidup dalam lindungan payung warna-warni.selesa dan aman.tapi sampai bila? perlu keluar sekali sekala.jangan terlampau selesa dengan orang-orang yang hanya disekeliling kamu.ber-uzlah bukan untuk selamanya.diluar ada cerita untuk jadi pengajaran yang mematangkan hidup.


.bergeraklah walau terpaksa bertatih.


terbang setinggi langit.percaya pada janji Allah.berusahalah semampu kamu dengan keyakinan yang sangat kuat pada-Nya.cubalah.cuba. =)

.semangat dan keazaman!.


senyumlah biar sedih atau duka.kegembiraan dan ketenangan akan datang jua akhirnya.senyumlah.senyumlah wahai diri.senyum semanis mungkin.

=)

p/s: lahir dari hati ini.ambillah kalau baik untuk diri kamu-kamu.
tinggalkan kalau rasa tiada yang bermanfaat.

bercerita.

1 ramadhan.

syukur.

Allah beri pinjam nafas ini untuk ramadhan kali yang ini.gembira. =)
semoga lebih baik dari tahun yang lepas-lepas.insyaAllah.biar berpadanan dengan usia.

dapat pulang kerumah.untuk ramadhan yang pertama.semua cukup ada dirumah.ada ayah.ada umi.ada saya dan adik awin.lengkaplah isi rumah.walaupun untuk hari ini dan esok saja. nanti perlu pulang ke uia.adik awin perlu pulang ke mrsm.ilmu,buku-buku dan assignment memanggil-manggil.'mereka' tak biasa ditinggal lama oleh kami.heee~**

selepas makan sahur,ayah bercerita sementara menunggu azan subuh.
banyak cerita.dan nasihat.ayah.memang begitu.

dalam bercerita,akal terima juga signal-signal ingatan lampau sambil terima input cerita ayah tentang ramadhannya sewaktu muda remaja dulu.

****************************************************************

masih ingat.

bila datang saja ramadhan.

arwah atok dan uwo sebelah umi.atok dan uwo meninggal dunia masa bulan ramadhan.
teringat arwah atok yang penyabar.tak pernah marah-marah pada cucu-cucunya.atok yang suka tersenyum biarpun dia waktu itu sudah sakit dan terbaring saja diatas katil. arwah atok yang masih mahu berpuasa biarpun dia waktu itu sudah sangat uzur.arwah atok yang rajin bangun solat malam dan pagi-pagi bila saya buka tingkap kampung di Sabak Bernam itu waktu kecil dahulu, ternampak atok berjalan pulang kerumah dari masjid yang sangat dekat itu.
rindu atok.tak sempat berbakti padanya kerana dulu saya sangat kecil dan tak mengerti. hanya tahu bermain bunga api biarpun ramadhan baru bermula dan aidilfitri masih lambat lagi menjenguk muka.

arwah uwo yang pergi waktu bulan ramadhan.umi saya orang yang terakhir menjaga uwo waktu uwo sakit dulu.umi orang yang melihat uwo pergi.kata umi,uwo berbisik pada telinga umi yang dia mahu tidur sebentar.umi tarik selimut uwo supaya uwo selesa tidur.tapi, siapalah sangka, uwo bukan tidur sebentar tapi selama-lamanya.itu juga pada bulan ramadhan.uwo pergi waktu sepuluh ramadhan terakhir.

arwah che' sebelah ayah.arwah che' sakit tenat waktu bulan ramadhan juga.waktu awal-awal arwah che' sakit, saya masih ingat yang dia masih mahu azan subuh.waktu itu che' sudah terbaring.saya terbangun kerana dengar che' azan.mengejutkan anak-anak dan cucu-cucu untuk solat.suara che' sangat sedap.bunyi azannya masih kuat walaupun che' sudah uzur. maklum sajalah,bila bulan puasa, selepas sahur ramai yang tidur kembali.lagi-lagi bila ramai yang duduk dirumah kampung itu. macam-macam perangai ada.yang kecil malas bangun sahur.yang tua dengan cara sendiri.

waktu che' sihat pun,memang che' yang akan azan subuh dalam rumah kampung di pasir puteh itu.che' waktu muda dulu imam di kampung jelor,pasir puteh.dulu, dua-dua kaki che' kena potong separas lutut.kencing manis kata tuan doktor.sayu hati saya lihat che' dari balik langsir. saya terbangun awal hari itu.semua orang dalam rumah waktu itu belum bangun. dengan kaki che' yang sudah kudung saya lihat dia mengengsot duduk diatas sejadah kemudian azan. terus saya buka lampu dalam rumah dan ramailah isi rumah yang bangun.

ingatan che' sangat kuat.biarpun ketika dia sakit dan uzur umurnya sudah 104 tahun. dia masih ingat nama-nama cucunya.tapi hari kesepuluh aidilfitri,che' tinggalkan kami semua.sempat juga arwah che' merasa manisnya bulan ramadhan.

**semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat saya.bulan yang menjanjikan seribu macam anugerah dengan beribadat kepada-Nya.semoga sangat-sangat lebih baik dari tahun-tahun yang dulu.

wahai hatiku,terpandulah dengan janji-janji Illahi.terarahlah dengan sinar kebaikan dan kebajikan.yang rahmat luar biasa itu hanya pada bulan Ramadhan.

insyaAllah.


Wednesday, August 19, 2009

mencari.

pandangan samar-samar.
perlu pulang.
pulang.
pulang kembali.
hati dan jasad.
hati yang tercari.
jasad yang terarah.

cahaya di hujung jalan.

pulang.

pulang.

semoga sempat menyentuh cahaya ramadhan.
hati yang ingin pulang.

kuatkan aku Ya rahim..
doakan ke'pulang'an saya..

.mencari.